Tuesday, September 15, 2015

upt pertama selepas bersalin

Salam semua..

Ini hasil upt pertama selepas hampir 5bulan 2mggu bersalin.kena lagi sekali buat urin test kalau hasil dia mcm ni.kabuur sgt.maklum lar jerebu teruk lani.hehehe...

Kalau sungguh Allah kata ada rezeki kami...syukur alhamdulillah. Siapalah kami nak menolak pemberian allah kan..

Ok.nanti sehari dua lagi kami update lagi pasal upt ni.

Benar atau tidak..

Friday, April 10, 2015

alhamdulillah,selamat bersalin anak ke-2

Alhamdulillah.berakhir sudah penantian aku sebagai ibu mengandung.akhirnya selamat bersalin pada 3.4.15/ 7.18pagi.
Kisahnya macam ni..

38minggu
Disebabkan cuaca tak menentu panas hujan panas maka aku pun kena sakit tekak dan batuk.batuk teruk gak minggu tu.sampai terkencing-kencing. Masa tu memang kemana-mana siap dah pakai pad.badan pun memang rasa berat sangat.tak larat,dgn melayan aireel yang punyalah lasak.menangis umi kenkadang tu.huhuhu..

38minggu 1hari
Senja tu masa nak mandi perasan ada lendir coklat kt pentiliner.masa kencing pun perasan ada mcm darah period coklat2 keluar.tapi tak rasa sakit apa-apa.cuma pinggang rasa lenguh mcm nak period. Cakap dengan suami,ok xpa.tunggu sakit lah baru pi hospital.

Besoknya, keluar sikit darah coklat2 pun tak sakit lagi.lepas tu tak ada dah.....

38minggu 3hari
Pagi tu ada checkup kat KKIA.masa tu bagitahu doktor dah turun bloody show tapi tak sakit.doktor pun cek bukaan pintu.emm,dah bukak 2cm.doktor kata mybe sehari dua lagi baru bersalin.its ok balik rumah dulu.
Petang tu,aku balik rumah mak untuk 3 hari sebab suami ada kursus di Melaka. Ok,sepanjang 3hari kat rumah mak tak ada rasa sakit.sakit kepala melayan aireel ade lah,dok panjat turun naik meja.main air blablabla...hahaha

38minggu 5hari
Pagi tu aku n aireel bersiap nak ke rumah mertua. Mertua offer diri nak jaga aireel sepanjang aku berpantang nanti.sedih oi tapi nak buat mcmana.perjalanan ambil masa 1jam 30mnit lebih kurang dari rumah mak.bawak kereta slow je sebab xmo sakit tengah jalan.maklum lah dah keluar bloody show kan. Sampai rumah mertua perut memang rasa tak selesa.tapi tak tahu pulak nak jeniskan mcmana. Tunggu suami dari Melaka, kami pun balik ke rumah berdua tanpa aireel.sepanjang perjalanan rasa tak selesa tu masih ada.buat tak tahu jelah.belum sakit pun lagi. Sampai rumah rehat-rehat. Malam tu kami ber'BD.wahahaha...selusuh ajaib lagi semulajadi orang kata.

38minggu 6hari (esoknya)
Terjaga pagi tu rasa macam nak buang air besar.tapi kenapa sakit perut sekejap-sekejap.kejut suami g kerja,dia bangun bersiap semua dan g kerja kol8 pagi tu.lepas suami g kerja,aku pun masuk toilet. Bukak seluar dalam tengok ada darah.emm...buang air besar dan mandi.pun sakit lagi.eh,ini sakit contraction! Call suami kata dah turun tanda n sakit contraction.tapi tak nak pg hospital lagi.Cuma minta dia standby jelah. Letak je telipon aihhh makin tajam pulak sakit dia.erghhh,call balik suami minta hantar pergi hospital. Tak lama lepas tu kami pun keluar pi sarapan pagi dulu.lepas tu terus ke hospital.

Sampai hospital,buat ctg.sayangnya cuma ada 1contraction. Tapi aku dah bekerut-kerut muka.mungkin aku jenis tak tahan sakit.doktor cek bukaan baru 1cm.lorr...doktor pun tanya,nak masuk wad atau nak balik.emm,rasa nak balik je sebab rumah dekat.tapi mikirkan takut jadi apa-apa aku cakap nak masuk wad je.lagi pun kat wad tu cuma ada seorng pesakit.sunyi tak ada orang.

Sepanjang hari dalam wad memang tak ade langsung sakit contraction.cuma darah dan lendir tak berenti keluar.duduk saje makan+tidur je dalam wad.hahaha..doktor n nurse datang silih berganti diorg kata besok keluar wad lah kalo tak sakit.isyy,mcm menghalau lak kan?
Mak kat kampong pun asyik call,tak sakit lg ke...tak sakit lg ke..

Malam tu suami datang bawak makanan.aku makan banyak malam tu.sengaja. Walau tak rase langsung sakit contraction. Pukul11.30pm lebih kurang,aku pun tidur dengan senang hati.sesekali aku terjaga terasa baby mengeras.tapi teruskan tidur.sebab dalam kepala tak sabar nak tunggu siang.cadang nak pergi bejalan kat JJusco besoknye.

2.15pagi
Tengah sedap tidur tetiba rasa baby tendang dan ada bunyi pop. Tak sakit tapi terkejut.bangun tengok kain pink dah basah.turun katil selambak lagi air keluar.tak ada bau.sah ketuban pecah. Pergi cari nurse bagitau air ketuban pecah.buat ctg n cek bukaan baru 3cm.jauh lagi. Nurse suruh balik ke katil semula.emm,sampai katil terus aje rasa sakit.tak boleh nak duduk atau baring.dok berdiri jelah sambil tertonggeng tonggeng.arghhhh...contraction ohhh contraction.kenapa lah sakit sgt..hehehe...Masa ketuban pecah sempat lagi whatapp suami,bgtahu air ketuban dah pecah.minta maaf semua.dia kata nak datang,tapi boleh pulak aku tak bagi datang.padahal rumah-hospital dekat tak sampai pun 1km.masa tu aku pikir,dia penat baru balik kerja.tak apalah kalau sakit sensorang pun...

3.00pagi
Masuk labourroom.bukaan naik 5cm. Sakit tu biasa.terkencing-kencing atas katil.tak ada ubat,tak ada bantuan oxygen.semua manual. Perut,pinggang,peha rasa macam nak pecah. Tapi alhamdulillah dah pandai control pernafasan bila sakit datang.berzikir,beristifar,ingat allah je sepanjang sakit. Tapi ada gak sesekali terbabas sebut merapu apa lagi kena marah lah dgn nurse.huhuhu..huh,cakap mcm lah awak tu kuat sgt time bersalin. Tapi aku buat tak tahu je.lantak lah ko kak....

7.00pagi
Dah ada rasa nak meneran.sempat aku korek vagina masa tu rasa macam benda bulat dah nak keluar. Diorg cek bukaan dah full 10cm.alhamdulillah.masa tu tak sabar sangat nak meneran.Diorg kata,ok aida dah boleh teran. Tak sukar mana sebab ingat lagi teknik nak bersalinkan aireel dulu. Sakit tak terasa mana.teran teran teran....

7.18pagi
Alhamdulillah,keluar lah cahaya mata kedua kami.keluar sihat,cukup sifat,sempurna dan cantik orgnya.syukur ya allah...

Lepas baby keluar,uri pulak lekat.tarik-tarik tak nak keluar.bepeluh diorg mencuba,15minit jugak main tarik-tarik akhirnya keluar jugak.sempurna. dan jahit sikit.tak koyak banyak cuma kulit tu nurse kata pecah sikit.berkat tak angkat bontot kot....cehhh..

8.45pagi
Keluar labouroom.sampai sana org depan katil terkejut,eh dah bersalin ke? Malam tadi elok je gelak-gelak,makan bagai.tuptup siang hari keluar dah anak.heeee

Sampai katil terus call suami.tak angkat.pastu aku whatapp..'ba,tak nak qomat anak ke?'...itu je aku bagitahu.tak lama tu bertalu-talu whatapp masuk.surprise lah konon.

Walau suami tak teman dalam LR,pada aku tak apalah.tak pulak aku rasa sedih atau terkilan.aku tahu,suami aku tahu sakitya mcmana.susahnya mcmana.lepas bersalin dia betul-betul tolong buat kerja rumah.tolong jaga anak.bantu apa yang patut.dihargai..alhamdulillah..

Aiesya
3.65kg
3.4.2015/7.18am

Syukur ya allah.39minggu menanti penuh debar.dengan masalah kesihatan yang berganti-ganti.berkorban perasaan dengan air mata.hanya allah yang tahu.

Moga Aiesya menjadi anak yang solehah. Berjaya di dunia dan akhirat.umi..baba sentiasa mendoakan Aiesya yang baik-baik.

Cukup lah sampai disini.




Friday, February 6, 2015

lain anak lain ragam..

Dok rehat-rehat macam xde kerja nak buat ni memang kemarahan bonda kat kampong.itu zaman anak dara lah.memang kena leter berpanjangan.kakaka.anak dara pemaleh katanya. Tapi lani tengah mengandung dah sarat memang mak suruh berehat.best..itu pun kalo balik kampong.kalo kat rumah sendiri mana boleh dok saje.sapa nak masak,basuh baju,kemas2,jaga anak,jaga laki...kan.....

Anemia.
Masa pregnant kan si aireel memang xde masalah langsung dgn HB.cantik je bacaan.sebab jaga makan,minum,jarang2 lah minum minuman berkafien ni.milo pun seminggu sekali.punyalah jaga HB kan.tapi,yang adik dia ni memang xjaga.sedih betol lah dengan kekilafan diri sendiri.lani dah nak masuk 32week.baby dah besar,badan dah berat.memang sarat.selalu terasa berdebar2,mengah bagai xcukup oksigen walau buat kerja simple iaitu mandikan aireel.nurse dah warning itu tanda anemia.bahaya anemia boleh jd mimpi buruk yg tak sanggup nak cakap kt sini.sejak nurse warning,doktor pun warning terus insaf dan nekad nak jaga makan,minum demi nyawa aku dan anak.sekarang ni on iberet folic500 dengan jambu batu sebiji sehari.atas saranan doktor.

Urin kotor.
Haih,teruk keputihan kali ni.kena masuk ubat ikut bawah 2 kali,lepastu makan ubat antibiotik untuk elak jangkitan kuman pada kandungan. Ada protien bocor sikit dlm urin tapi xserius.berat naik mendadak dan kena follow ambik BP 2hari sekali selama seminggu.baru-baru ni kena follow BP lagi seminggu.letih toksah cakap lah kalo dah kena ke klinik 2hari sekali.muak.nak buat camno,salah diri sendiri jugak.xjaga makan,minum...

Berat.
Rasanya mengandungkan aireel lagi berat kot,82kg.tapi kuat,cergas! Waktu 31week aku boleh lagi bawak kereta n9-raub ambik laki aku lepas tu sambung raub-rantau panjang.rehat 2hari kat kelantan boleh pulak pi Perak,berkursus seminggu kat sana.mak aih,memang kuat tenaga aku.rileks je. Tak ade pulak rase berat semacam.sedangkan sekarang ni berat baru 76kg.oh lupa lak,camne tak rasa berat kalo si aireel makin manja nak menepek dgn umi dia.merajuk sikit beguling2 minta pujuk n dukung...adedededeiiii..

Boy or  girl ni???

Scan masa 28week.saje aku suruh doktor tu ambik gambor celah peha dia.supaya boleh aku terus tersenyum kambing sampai dia keluar nanti.kakaka

So korang rase? Girl atau boy tu??


Banyak betol masalah ye.baru aku tahu perasaan ibu2 ngandung yang ada problem tu.bukan sesuka hati nak tarik perhatian.kekilafan diri sendiri dan ketentuan Allah untuk sedarkan aku dan kembali ke jalan Nya.moga semua ok dan tenang hingga bersalin nanti. Menyesal sungguh tak jaga kesihatan dan makan vitamin sejak awal mengandung lagi.lani banyak problem baru lah nyesal....................................





Monday, January 26, 2015

update ala facebook gitew..

Assalamualaikum...

Lama sungguh kami hilang menyepi.blog kesayangan ni terus kami biar sepi tanpa ada kabar berita dari tuannya.isyhhh,maaf banyak2.kami busy.leka dengan aktiviti harian.

Lani nak update status lah ye. Untuk tahun baru 2015 ni belum ada satu entri pun kami buat.so mlm ni rasa nak buat sekejap lepas anak tidur..😁

1) anak...
Aireel shah untuk bulan ni dah 1tahun 7bulan.alhamdulillah diberi allah swt kesihatan yg baik kpd dia.cuma akan demam kalo nak tumbuh gigi. Makanan kegemaran....xpasti sebab aireel suka makan.emm,ayam goreng kot.masih tidur pelok pelok dgn umi. Tak tau macamana nanti ni kalo adik dia keluar.berebut lah kot.oh ya,makin dekat nak jadi abg makin manja pulak die.

2)my self...
Sibuk dengan urusan jaga rumah,jaga anak,jaga makan minum pakai laki.bekerja sendiri.sesekali pi jengok kedai makan yang kami suami isteri usahakan.kadang pi duduk rumah mak sehari dua,umah mertua sehari dua.kadang malas,kadang rajin.lani pikir nak rileks je sebab dah sarat....huhuhuhu...

3) kandungan ku...
Alhamdulillah.masuk 30week sudah.cepat betol masa berlalu.makin hari makin berdebar pulak. Kadang rasa xready nak bersalin,kadang rasa tak sabar nak bersalin.entahlah....tp dlm hati tetap excited nak sambut org baru dalam keluarga kami.isy,nebesnye...

      


Ok.cukup setakat ini.update terbaru dr tuan blog. Lepas ni tak tau bila pulak nak update status ala ala facebook ni.kikiki....

Bye...😍😍😍

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...