Saturday, September 27, 2014

aku dan orang istana??

hai!

takut umi tak tulis orang istana. nak tulis nama pun segan,kang orang google nama dia terus pulak keluar cerita ni.malu!

macam ni,
masa memula dapat tahu umi pregnant hari tu.ada lah terdengar satu berita ni kat radio. pasal kate middleton mengandung lagi dan mengalami alahan yang teruk sampai masuk hospital.dan..dan umi tersenyum...

bukan apa.
macam kebetulan je pulak kan. masa dia mengandungkan anak dia yang sulung tu pun kan dia mabuk teruk.masa tu umi pun mabuk jugak,cuma tak ke hospital lah. due anak dia 22 Julai 2013 dan Aireel pulak 25 Julai 2013.eh..eh...dia dapat baby boy.umi pun baby boy gak.....

yang baru ni, dia mabuk.umi pun mabuk. dengar due anak dia April 2015.dan umi pun April 2015.haaaaa, tu yang umi senyum kambing sensorang tu.

kebetulan. tengok lah nanti siapa besalin dia.umi atau si cantik kate Middleton atau kak Ton..kakaka

tata..


Monday, September 22, 2014

11week

assalamualaikum...

alhamdulillah.11week dah baby dalam perut.tapi mcm lambat betol masa berjalan.mungkin sebab umi kena alahan.Berat badan hilang 8kg dah buat ms ni.pecah rekod alahan si abg aireel.Apa pun umi bersyukur sebab Allah bagi umi rasa nikmat ini.dulu masa tengah TTC hari2 minta nak rasa alahan pregnant tu.Lani dah dapat alhamdulillah umi nikmati...pulak sekarang ni umi rasa xsabar nak tunggu baby inside 5bulan.sebab,insya Allah masa tu alahan dah makin kurang.selera dah ada.tenaga dah ok.sebab apa tau,jenuh lah sekarang ni nak kejar abg aireel.kadang memang tak terkejar rasanya.cepat penat.tenaga tak ada.

ok.lain kali update lagi. update guna fhone ni memang tak puas.terkedek-kedek je rasa.

ok.bye..

Sunday, August 10, 2014

Alhamdulillah.positif !

syukur alhamdulillah..
selamat hari raya semua.raya tahun  ni kami sekeluarga beraya sakan kat Rantau Panjang. sakan sangat sampai seminggu kat sana.hehe..

ok.cuma nak update satu berita. sekadar catatan untuk kenang-kenangan kami.alhamdulillah,tadi sengaja buat test upt. sebab dah 4bulan tak datang period. dan  hasilnya..... positif.

aireel shah sekarang baru 13bulan.usia kandungan umi yang kali ini umi tak berapa pasti (sebab lupa tarikh last period haha).baba kata besok petang lepas habis kerja baba nak bawak umi pi scan.untuk comfirm'kan balik kehamilan ni.

baba? ofcoz terperanjat.!dan mengucapkan syukur alhamdulillah...

umi? ketar kaki,tangan nak nangis bagai.ya allah, patut lah selama ni selalu rasa penat.penat yang teramat-amat. tak sangka pulak dah positif.

aireel?selaku bakal abang long,aireel pun tak sempat nak berjalan lagi.adoi.baru nak belajar jalan jatuh.penat sikit dia bantai merangkak.walau kat mana dia berada...

ok.tak dapat nak cerita panjang-panjang sebab masa sedang berlari dengan pantas skarang ni.

umi amat memerlukan rehat yang cukup. sebab besok umi kena kerja! ada banyak tempahan makan yang perlu umi setlekan..

ops, sebelum tu umi sentiasa ingat dan mendoakan rakan2 TTC yang lain berjaya dalam usaha mereka. ada juga beberapa ahli keluarga umi yang masih ber'TTC juga umi doakan mereka peroleh zuriat secepat yang mungkin.insya allah,moga Allah perkenankan doa-doa kita.

assalamualaikum..

Friday, July 11, 2014

assalamualaikum..i'm back!!

assalamualaikum....

lama sungguh aku menghilangkan diri bukan uall.kesibukan bekerja membataskan diri nak berblog je kawan. jadual kerja yang sentiasa sibuk dan memenatkan amat-amat membataskan diri aku nak kembali menulis. alah...tulis pun pasal ape je. pasal anak,suami, life yang biasa-biasa je. tak ade yang special pun. tapi rasanya ada takk yang rindu kat kita?? hehehehe.....

lama sungguh tak menulis. rasa kekok dan semacam je pulak ha.tak macam dulu dah kawan2. idea pun kelauuut semua. tapi hari ni tetiba terindu pulak nak menulis.nasib baik masih ingat password n email id. kalau tak memang sia-sia je...



u all. anak TTC kita dah setahun. dah pandai nakal. lasak kemain! cuma tak pandai minta adik je lagi. kalau dia minta memang jam tu jugak kita usahakan.kikiki

sepanjang kita senyap sunyi menyepi ni macam-macam yang telah berlaku dalam hidup kami sekeluarga. ada suka,ada duka. 

perkara pertama yang berlaku ialah, kita dah ada bisnes sendiri. jawatan di jabatan kerajaan kita lepaskan sebab......??(malas nak cerita)perlahan-lahan kita kayuh.kadang dengan air mata kita harungi seorang diri. sedih sangat masa diawal perniagaan. sekarang ni masih goyah dan belum kukuh tapi hati dan telinga ada sedikit tebal untuk harungi semuanya.insya allah...

isy,kalau nak cerita memang panjang. memang tak cukup seminggu nakcerita. cukuplah sipi-sipi bahasa je.ok?

myhusband?
si kacak haloba kesayangan hamba tu sekarang ni pun dah ada perniagaan sendiri. katanya dia geram tengok isterinya berniaga.hehehe. tak lah. bohong je. myhusband memang minat berniaga dari kecil. memang dah darah berniaga. kalau campak kat mana pun masih berniat nak berniaga. jadi, ku biarkan dia dan cita-citanya.doa ku sentiasa ada untuk mu..gitew,..



cahaya mata yang dinanti setelah penat berTTC... 
semoga dia menjadi anak yang solleh,

sebelum anak kita nak lelap mata. waktu dia tengah cari keselesaan nak tidur tu kita suka sangat pesan kat dia...
antara pesanan kita, semoga dia menjadi anak yang soleh,berjasa pada agamanya (islam), berjasalah pada org tua dia,masyarakat,dan negara. kita pesan lagi, jadilah anak yang sentiasa berbuat baik pada org lain.
....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...