Tuesday, December 24, 2013

aireel 6bulan oledi..yeayh!

yeay!

6bulan oledi laa. alhamdulillah. siang tadi pergi KKIA check up 6bulan. berat aireel naik sikit je. yeay, menjadi diet susu formula aireel. bulan lepas (5bulan) aireel ada masalah berat badan. bacaan BMI dia tak cantik jadi nurse suruh diet sikit.emmm...

aku pun terpikir-pikir. macamana nak diet?sedangkan kalau kalau dia lapar terus je nangis.uwa..uwa..uwa nak nenen! tak kan nak cakap kat dia..
'adik tak boleh nenen.kena diet!'
oh tidak. kesian mybaby. jadi aku dengan iktiar sendiri telah menggagahkan diri menyusukan aireel secara ekslusif.walau aku rasa macam tak mampu =_= tapi buat-buat kuat.

susu formula pun aku bancuh sikit 5oz je. memang tak cukup pada mulanya.aireel akan mengamuk sakan. tapi cepat-cepat sumbat susu badan pulak.ohyaa... biasanya aku buat-buat malas nak bancuh susu formula. bila aireel nak susu aku bagi je susu badan.hehehe..alhamdulillah tadi berat badan airel naik 1mg je!!

anak bujang saye dah berangan nak pegang streng kereta.
aduiii...

sekarang ni ummi aireel tengah gigih mengumpul resepi bubur sedap untuk aireel. petang tadi buatkan dia bubur nasi campur sayur bayam dan ayam.sedapnya.walau tawar hebeh.kikiki. tapi aireel tak berapa nak makan pulak dah. kesudah,aku gak yang makan,uwaaa....kenapa nak?kamu tak endak makan bubur yang ummi buat =_=



ok.itu je nak cakap.kami semua keletihan. besok nak gerak ke johore bahru..horeyy!



1 comment:

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...