Friday, December 27, 2013

hati mak anak sorang..

hati mak tak pada sesiapa. 
kalau gaduh dengan baba mak mesti pandang muka Aireel. mak tahu marah mak pada baba akan hilang bila tengok muka Aireel. lebih manis kalau masa tu Aireel senyum kat mak.

kalau masa tu Aireel tengah tidur,masti mak menangis. betapa bodohnya mak gaduh dengan baba atas sebab kecil. apa lah nasib kalau mak dan baba terus bermasam muka. tak ceria rumahtangga kami.

hati mak tak pada sesiapa.......



sayang kamu..

=.=


cuti-cuti JB

sempena cuti krismas hari tu kami suami isteri pakat ambil cuti lebih sikit dari sehari. saya kena habiskan cuti tahun. memang syok laa kalau kita tak nak cuti pun pejabat suruh gak cuti.eeuuu,syoknyaaa..

rancang punya rancang kami deside nak pi Johore Bahru! emm,tempat yang dah 2tahun kami tinggalkan. 

rindu yang lama dipendam akhirnya hilang bila kami hirup udara bandaraya johor bahru. rindu!

nampak pejabat lama..rumah sewa..tempat lepak bersama bff..tempat berdating. aahh, johor bahru dah banyak berubah!

kedatangan kali ni bersama sicomel.memang meriah! lenguh tangan oi kendong budak comel ni. dah la tak nak duduk dalam stroller. kebetulan pulak tangan ummi dia terkehel.aduuuh..kesian baba.hehehe..


pagi di johore bahru..
tetiba ummi rindu kesesakan..

lepak-lepak ambil angin petang kat Stulang Laut 
saja nak kasi tau aireel...
'ini tempat umi n baba lepak kalau boring duduk rumah tau sayang'..

nasi ayam penyet.
awat pelik sangat dia punya kaler daun pisang ehh??
rindu ayam penyet punye pasal
ummi belasah jee...
rase macam dah tak sedap macam dulu arr..
pesal eh?

aireel dah pandai melasak dalam kereta skarang ni..

nangis dalam kereta sebab tak dapat guling-guling..
dia dah biasa,kalau nak tido mesti nak ajak ummi mengempeng sama.
oleh itu dia pun start enjin menangis nak baring-baring..kikiki

sampai hotel terus baringkan dia atas tilam..
ummm,senyum lepaq bak ang...






memenuhi permintaan kawan-kawan lama yang nak sangat jumpa si Aireel ni. lagi pun ummi memang kerinduan kat diorang.sangat-sangat!








setelah 2hari 1malam. 

sebenarnya kami nak bercuti kat sana 3hari 2malam. tapi atas sebab-sebab tertentu kami tak boleh lama kat sana. hotel pun kebanyakannya penuh. sapa datang walk in memang sipi-sipi nak dapat.

hati memang tak puas. sebab banyak tempat tak sempat nak pergi lagi. banyak kedai makan kami tak sempat nak masuk lagi. emmm....

johore bahru tunggu kami lagi yer.

moga ada rezeki dan panjang umur untuk kedatangan yang akan datang.rindu...........















Tuesday, December 24, 2013

aireel 6bulan oledi..yeayh!

yeay!

6bulan oledi laa. alhamdulillah. siang tadi pergi KKIA check up 6bulan. berat aireel naik sikit je. yeay, menjadi diet susu formula aireel. bulan lepas (5bulan) aireel ada masalah berat badan. bacaan BMI dia tak cantik jadi nurse suruh diet sikit.emmm...

aku pun terpikir-pikir. macamana nak diet?sedangkan kalau kalau dia lapar terus je nangis.uwa..uwa..uwa nak nenen! tak kan nak cakap kat dia..
'adik tak boleh nenen.kena diet!'
oh tidak. kesian mybaby. jadi aku dengan iktiar sendiri telah menggagahkan diri menyusukan aireel secara ekslusif.walau aku rasa macam tak mampu =_= tapi buat-buat kuat.

susu formula pun aku bancuh sikit 5oz je. memang tak cukup pada mulanya.aireel akan mengamuk sakan. tapi cepat-cepat sumbat susu badan pulak.ohyaa... biasanya aku buat-buat malas nak bancuh susu formula. bila aireel nak susu aku bagi je susu badan.hehehe..alhamdulillah tadi berat badan airel naik 1mg je!!

anak bujang saye dah berangan nak pegang streng kereta.
aduiii...

sekarang ni ummi aireel tengah gigih mengumpul resepi bubur sedap untuk aireel. petang tadi buatkan dia bubur nasi campur sayur bayam dan ayam.sedapnya.walau tawar hebeh.kikiki. tapi aireel tak berapa nak makan pulak dah. kesudah,aku gak yang makan,uwaaa....kenapa nak?kamu tak endak makan bubur yang ummi buat =_=



ok.itu je nak cakap.kami semua keletihan. besok nak gerak ke johore bahru..horeyy!



Thursday, December 19, 2013

hai anak..


kan...
masa saya masuk hospital sebab pintu rahim dah bukak 3cm
emak kat rumah tetap tak boleh tidur malam....
sedangkan suami saya tidur berdengkur kat rumah..
haih...



Wednesday, December 4, 2013

hye december..


cuba mencatat sesuatu supaya kita tak terputus hubungan

aireel shah masih menyusu badan
tidak sepenuh masa
tapi permintaan masih ada terutama ketika mahu tidur
ketika rindu ummi,ketika sedih,ketika penat.. =)
 dan alhamdulillah susu pun ada.

hari-hari kata badan gemuk..gemuk..gemuk..
kata-kata itu doa ye kawan-kawan..
kini aku gemuk bebetol.
sungguh!montok!
aku tidak merancang lepas bersalin.
kini period ku dah lewat seminggu++..
hati ada sedikit gusar.
aireel masih bayi.
dan emaknya dah lewat period pulak lepas 2 kali pusingan




dan ..
kesibukan ku benar-benar membuatkan blog ku sunyi sepi...
zzZZzzzzZZzzzZZzzzzzzz













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...