Monday, November 11, 2013

update 11.11 with cinta..

assalamualaikum.

lama dah tak update. last update masa raya korban hari tu.lama kan? maaf sebab lama mendiamkan diri. sibuknya tulang empat kerat ku bergerak hingga tak terbuka blog cumel ni. lupa kejap. sedangkan dulu kat sini lah aku menepak tiap masa. bercerita,kongsi itu ini.sekarang ni buat-buat sombong pulak eh....maaf yer sayang-sayang ku semua..

bukan maksud nak mendiamkan diri terus dari kawan-kawan semua tapi kesibukan aku sebagai isteri,ibu yang bekerja hingga tak ada masa nak cerita-cerita kat sini. di pejabat memang aku tak ada masa nak sokseksoksek macam orang lain. bontot memang panas atas kerusi je. kalau u all nak tahu, mata aku ni dah makin kabur kot..dek mengadap peta daerah hari-hari. balik rumah mesti lah aku sibuk uruskan hal rumah tangga pulak..rutin yang sama tiap hari..tak boring pun.seronok.

sekarang ni aku tengah gila buat kek.tabiat lama telah kembali beb.kikiki. dulu masa mengandung, sentuk kuali pun tak hingin. sekarang ni,bontot kuali,periuk semua aku sentuh. dapur ku kembali ceria.,waaaah....

cerita banyak tak guna.jom layan gambar dulu..


disebabkan mysuami bekerja di hari minggu..
ummi pun minta izin baba untuk bawa aireel keluar jalan-jalan..
aireel pandai naik kereta.diam je dia...

aireel dengan aunty Radiana
soooo cute!
love dua-dua..

ummi sempat posing masa sibuk pilih buku masak-masak

permata hati kami

ttc 8 tahun..
moga kak ina dapat baby lepas gomol-gomol si aireel ni..
amin.amin.



Malam Kebudayaan Dan Kesenian Pihak Berkuasa Tempatan
tema,Retro...60an..70an..80an..
gile gemok aku..
adoi..

baju polkadot ni ditaja oleh pihak Majlis Daerah J...

Tahniah untuk pasukan tarian Majlis Daerah J..
tarian Agogogo korang memang meletop-letop..


nasik tak tumbang vespa ni...
hahaha

kerja..kerja..kerja




kek coklat baru buat tadi...heheheeee

kami sedang berdiet.
tak makan nasi pun..
tapi makan kek ni banyak tak mengira masa.
hahaha..rosak..rosak..


okey nak cakap sikit.
aku happy je.
walau kadang hati aku bergelora
aku rela simpan walau kadang ada yang tersimbah keluar.
yaaa,aku minta maaf 
andai yang tersimbah itu terkena baju kalian..

untuk aku sekarang
hidup aku..untuk aku sahaja..
............

1 comment:

  1. Geram tgok aireel ni, sedap btoi bdan dia...Pipi mcm kuih pau dh,hehe....Gebuu

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...