Monday, November 11, 2013

kek coklat sedap..

sori...

malam ni teringat nak salin resepi kek coklat kesukaan ku. saje tulis kat sini moga tak terlupa. kalau tulis kat kertas takut koyak,hilang atau renyuk kat tangan anak.kikiki..




bahan-bahan :

2 cawan tepung bluekey
2 cawan gula kisar
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
3 biji telur
1 sudu esen vanila

cara-cara :

panaskan pengukus dulu. biarkan panas.jom kita buat kerja... 

1) ayak tepung bluekey dan serbuk koko

2) masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar. kecuali air panas.

3) putar campuran bahan-bahan hingga sebati.

4) dah sebati, baru masukkan air panas.putar lagi hingga sebati. (kejap je)

5) tuang adunan dalam loyang yang siap disapu minyak dalamnya.

6) kukus 45minit atau 1 jam..

siap!!

1 comment:

  1. bestnyaaa lama dh x membaking ni. samalah, cikji pun simpan resepi dlm blog jgk lepas tu print skrin simpan dlm tepon,hihih.

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...