Saturday, October 19, 2013

aidiladha kami..

assalamualaikum..

sebelum tu aku nak ucap selamat hari raya aidiladha untuk semua yang beragama islam. untuk tahun ni aidiladha kami kat Rantau Panjang,Kelantan. pertama kali bawa aireel raya sana.untuk pertama kalinya juga bawa aireel jumpa dengan sedara mara kat sana. tak sabar sangat dah depa nak jumpa aireel...

perjalanan jauh yang ambil masa berjam-jam tu memang mencabar. rasa nak termuntah dalam kereta. dengan jalan sesak dengan kenderaan, aireel meragam sebab tak selesa nak tidur.adoi.....bertolak dari rumah 12.00tghari..sampai Kelantan 1.30pagi.waghhh....
tapi mengenangkan sedara mara nak sangat nak jumpa aireel ni, kami jadi semangat nak balik. walau pun aku duduk kat belakang tu dah macam kembali bunting. meloya tak tentu pasal..ahaha..

gambar raya tak banyak kami ambik. sebab busy layan anak.eceeehh. gambar banyak suami yang ambik. sila lah layan gambar yee. kami tak tau nak cakap apa.bluuur sebab lama sangat tak nulis.. =)

sedia untuk di korbankan..

dengan anak sedara suami.

lepas minum pagi.
sesaja ja kami berdua berdating kat tebing sungai golok 
sambil tengok orang naik sampai pi beraya ke seberang..


selamat dah ko lembu.
sedap sungguh daging mu..


lepas solat sunat hari raya tu ramai yang datang rumah tok suami ku. kebetulan rumah tok sebelah masjid je. aireel pun tetiba jadi glemer terlebih sebab ramai yang geram dengan aksinye yang tergedik suke bila diagah.

sepanjang 4 hari balik beraya memang umi rehat habis. sebab ramai sepupu n mak-mak sedara aireel yang melayan. rehat kaw-kaw sampai kami boleh pi shopping sakan kat Golok. depa kata,senang jaga aireel sebab dia tak banyak ragam,.huiiii..suka umi dengar. nak je dengan sesapa pun. kecuali dia dah betul-betul teragak nak umi dia. kalau dia dah mengamuk teruk tu tandanya dia nak nenen umi ler...


bertolak dari rumah umi dan aireel duduk depan.
tapi umi larat pangku aireel sampai Karak je,
lepas tu umi pindah pi tempat duduk belakang.
bentang tilam bagai.perghh..selesa sangat untuk umi
tapi aireel asyik terjaga je dari tidur sebab kereta asyik tehentak.

masa balik pulak. terpaksa dengan berat hati umi dan aireel duduk depan.
sebab kereta terlalu penuh dengan barang-barang.
kereta myvi je uall...
tapi kengkawan punye kiriman penuh,
nak muntah rasa dengan toto,beras siam., budu..waghhhh..hahaha!!
happy pangku aireel selama 8jam..hehe
kesian anak ku..



ini masa nak balik rumah emak kite lak.
dekat je. 1 jam perjalanan..

lepas habis raya.
kembali balik ke rumah sendiri.
yeayy...best!
umi n baba boleh berguling dengan aireel sama.








3 comments:

  1. dik, nape tak pakai carseat.. bahaya le letak atas toto dlm kete

    ReplyDelete
  2. Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...