Friday, September 20, 2013

anak ku dan BF..

assalamualaikum..

lamanya tak update entri. maaf banyak-banyak kalau ada yang menunggu entri terbaru ehh. kita tak ada masa nak duduk lama depan laptop. busy lah, banyak kerja nak kena buat.

jadual harian ku..

6.00pagi : bangun mandi dan bersiap pi kerja.kalau aireel tak bangun lagi, aku sempat masak nasi, buang sampah,gosok baju kami laki bini. kalau aireel dah bangun aku kena bagi dia nenen dulu. lepas tu baru mandi.

7.00pagi : siapkan barang aireel nak hantar ke rumah pengasuh.

7.30pagi : hantar aireel pi rumah pengasuh

8.00pagi : masuk kerja

5.00petang : ambil aireel kat rumah pengasuh. 

6.00petang : baba aireel baru balik kerja. baba pulak ambil alih main-main dgn aireel.so baru boleh umi masak.

7.00petang : baba/umi makan malam. mandikan aireel lewat sikit sebab dia cepat berpeluh. biasa dia dah mandi dulu masa ambil kat rumah pengasuh.tapi mak tetap nak mandikan dia...hehehe

9.00malam : aireel dah mula mengada-ngada nak tido.bawa aireel masuk bilik.bagi nenen sambil baring sekali dengan dia.aireel dan umi pun tidur sekali....hehehehe...

sepanjang malam.aireel akan bangun 2jam sekali untuk menyusu. aku singkap je baju kasi nenen. dia lebih sedap nak tidur sebab kena peluk,aku pun dapat sambung tidur....


gambar terbaru aireel.aku ambil dari facebook. semangat sangat anak ni. umi memang tak larat nak dukung lelama. duduk dalam stroler tak nak, masuk dalam buaian tak nak, puting kosong pun tak nak. senang je anak ku ni. senang nak jaga.senang nak bela. janji susu sentiasa ada.

tak ada alahan susu,alahan pempers pun tak ada.syukur ya allah.alhamdulillah.buat masa ni aireel minum susu paling murah dalam pasaran ditambah pulak dnegan susu umi. pempers pulak aireel pakai drypers. pernah jugak dia pakai pempers beli kat kedai 1malaysia.tapi pempers tu ayik bocor je sebab anak ku ni kuat terkencing.kejap-kejap dah basah seluar..isyh....

susu badan pun alhamdulillah sangat-sangat. masih ada. aku amalkan diet yang sederhana ketat.cehhh..tak boleh makan pedas,KFC dan kawan-kawanya pun tak boleh!minum minuman sejuk,makan pun kena pilih-pilih. kemain menggedik selera aku sekarang ni. semua ni sebab aireel masih menyusu badan. pernah aku bedal mee goreng pedas,4hari anak aku terberak-berak cair,hijau lagi.sehari mau 20keping pempers dia guna.punggung habis melecet.aduii..sejak dari tu aku taubat.

diet untuk maintain susu badan pulak, aku amalkan minum air horlic setiap hari,jus kurma,air suam 700mlx4botol sehari.makan sayur-sayuran,nasi dan buah-buah.itu je.....

pasal susu badan ni. rasa nak cerita sikit. masa dalam pantang hari tu aku kecewa sangat sebab tak dapat nak susukan aireel sepenuhnya. banyak alasan yang dibuat-buat oleh orang sekeliling aku. susu tak adalah,susu tak laju lah,anak mengamuk sebab tak cukup susu lah, niple tak panjang lah.semua itu alasan bagi aku. tapi aku redha dan pejam mata je bila mulut anak ku kena sumbat susu FM dan air masak.sedih sangat sebab aku tak berdaya untuk melarang. 

alhamdulillah.sekarang ni aku gigih menyusukan anak ku dengan hanya sebelah buah dada. sebelah lagi dah tak banyak susu sebab aireel langsung tak nak isap. so niple pun kecik n tak keluar. dengan sebelah breast ni lah aku usaha kenyangkan aireel sampai dia tertidur.

aku jugak dapat buktikan pada mereka yang aku mampu bagi anak aku kenyang hanya dengan sebelah buah dada.walau kadang aku pun terpaksa bancuh susu formula untuk aireel. tak apalah,yang penting dia dapat susu umi dia dulu.

ketepikan alasan orang sekeliling. yakin lah pada diri sendiri. insyaallah dari setitik mungkin akan jadi secawan.

kaaaan.... =)

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...