Saturday, September 21, 2013

gelagat aireel..




tengah layan abang Tegar live kat tv9.
nasi lemak kopi OOO katanya..

lepas mandi pagi kena selimut sikit.
sejuk lah sayang..

masa untuk main-main..

aireel dalam pantang
aku tak pasni ini pukul berapa.
aireel dalam pantang memang kuat berjaga tengah malam.
bangun pukul 2pagi..
pukul 4pagi baru nak tidur.
selebihnya banyak menung atas bahu umi.
mata panda sangat umi masa ni..





selamat pagi.sedapnya cuti...

di kejiranan rumah kami.
jiran tetangga sibuk bergulung lagi dalam selimut
termasuklah suami dan anak ku..
hari cuti je semua kakitangan kerajaan macam kami ni 
memang akan bercuti sakan.
penat weyh bekerja 5 hari seminggu.
penat perah otak,goyang tulang temulang buat kerja.
waktu cuti ni lah kami nk bergomol-gomol dgn anak dan suami.
wahhhh..over lak.

koleksi udang plastik suami ku.
diperbuat dari plastik lepas tu anyam jadi udang.
bukan suami yang buat tau..
tapi kawan dia yang buat.
harga xtau...

tabung duit si aireel.
comel tak?
umi beli kat Romantika Melaka
harga rm 10 

alhamdulillah.
gambar umi dan baba masa akad nikah
tanpa kami sedar hampir 3 tahun sudah usia perkahwinan kami
panjang lagi perjalanan kami ni.

rindu pulak saat malam pertama kami berdua.
aireel hanya tidur sepanjang malam.
bau darah masih terbau-bau masa ni..
rindu lah!


Friday, September 20, 2013

anak ku dan BF..

assalamualaikum..

lamanya tak update entri. maaf banyak-banyak kalau ada yang menunggu entri terbaru ehh. kita tak ada masa nak duduk lama depan laptop. busy lah, banyak kerja nak kena buat.

jadual harian ku..

6.00pagi : bangun mandi dan bersiap pi kerja.kalau aireel tak bangun lagi, aku sempat masak nasi, buang sampah,gosok baju kami laki bini. kalau aireel dah bangun aku kena bagi dia nenen dulu. lepas tu baru mandi.

7.00pagi : siapkan barang aireel nak hantar ke rumah pengasuh.

7.30pagi : hantar aireel pi rumah pengasuh

8.00pagi : masuk kerja

5.00petang : ambil aireel kat rumah pengasuh. 

6.00petang : baba aireel baru balik kerja. baba pulak ambil alih main-main dgn aireel.so baru boleh umi masak.

7.00petang : baba/umi makan malam. mandikan aireel lewat sikit sebab dia cepat berpeluh. biasa dia dah mandi dulu masa ambil kat rumah pengasuh.tapi mak tetap nak mandikan dia...hehehe

9.00malam : aireel dah mula mengada-ngada nak tido.bawa aireel masuk bilik.bagi nenen sambil baring sekali dengan dia.aireel dan umi pun tidur sekali....hehehehe...

sepanjang malam.aireel akan bangun 2jam sekali untuk menyusu. aku singkap je baju kasi nenen. dia lebih sedap nak tidur sebab kena peluk,aku pun dapat sambung tidur....


gambar terbaru aireel.aku ambil dari facebook. semangat sangat anak ni. umi memang tak larat nak dukung lelama. duduk dalam stroler tak nak, masuk dalam buaian tak nak, puting kosong pun tak nak. senang je anak ku ni. senang nak jaga.senang nak bela. janji susu sentiasa ada.

tak ada alahan susu,alahan pempers pun tak ada.syukur ya allah.alhamdulillah.buat masa ni aireel minum susu paling murah dalam pasaran ditambah pulak dnegan susu umi. pempers pulak aireel pakai drypers. pernah jugak dia pakai pempers beli kat kedai 1malaysia.tapi pempers tu ayik bocor je sebab anak ku ni kuat terkencing.kejap-kejap dah basah seluar..isyh....

susu badan pun alhamdulillah sangat-sangat. masih ada. aku amalkan diet yang sederhana ketat.cehhh..tak boleh makan pedas,KFC dan kawan-kawanya pun tak boleh!minum minuman sejuk,makan pun kena pilih-pilih. kemain menggedik selera aku sekarang ni. semua ni sebab aireel masih menyusu badan. pernah aku bedal mee goreng pedas,4hari anak aku terberak-berak cair,hijau lagi.sehari mau 20keping pempers dia guna.punggung habis melecet.aduii..sejak dari tu aku taubat.

diet untuk maintain susu badan pulak, aku amalkan minum air horlic setiap hari,jus kurma,air suam 700mlx4botol sehari.makan sayur-sayuran,nasi dan buah-buah.itu je.....

pasal susu badan ni. rasa nak cerita sikit. masa dalam pantang hari tu aku kecewa sangat sebab tak dapat nak susukan aireel sepenuhnya. banyak alasan yang dibuat-buat oleh orang sekeliling aku. susu tak adalah,susu tak laju lah,anak mengamuk sebab tak cukup susu lah, niple tak panjang lah.semua itu alasan bagi aku. tapi aku redha dan pejam mata je bila mulut anak ku kena sumbat susu FM dan air masak.sedih sangat sebab aku tak berdaya untuk melarang. 

alhamdulillah.sekarang ni aku gigih menyusukan anak ku dengan hanya sebelah buah dada. sebelah lagi dah tak banyak susu sebab aireel langsung tak nak isap. so niple pun kecik n tak keluar. dengan sebelah breast ni lah aku usaha kenyangkan aireel sampai dia tertidur.

aku jugak dapat buktikan pada mereka yang aku mampu bagi anak aku kenyang hanya dengan sebelah buah dada.walau kadang aku pun terpaksa bancuh susu formula untuk aireel. tak apalah,yang penting dia dapat susu umi dia dulu.

ketepikan alasan orang sekeliling. yakin lah pada diri sendiri. insyaallah dari setitik mungkin akan jadi secawan.

kaaaan.... =)

Friday, September 6, 2013

mengandung lagi..

assalamualaikum..

hah! mengandung lai weyh.apa nak buat,rezeki allah nak bagi.terima je lah. sapa lah kita ni nak menolak ye dak? sementara badan masih kuat,usia masih muda ni.lagi pun rekod mengandung lepas bersih.tak ada darah tinggi..tak ada kencing maneh..tak ada itu..tak ada ini.rekod cantek beb.hehe,syukur alhamdulillah...



berdebar tak korang bace? aku yang dengar cerita ni pun berdebar dan sangat terkejut. belum sempat nak kurus dah mengandung balik.kikiki...

jangan berdebar uols..bukan i yang mengandung. tapi mykawan sepejabat ni yang mengandung. baru sangat lagi kami berdua ni cerita pasal pregnancy pertami kami bulan april lepas. mykawan tu bersalin awal 2 bulan dari aku. kira dia cuti dulu larh.tak sempat nak jenguk dia pun kat hospital.

tadi siang pi jalan sekejap kat pejabat. saja nak ambil mood bekerja sambil bawak baby kenal-kenal dengan nenek/atok/makcik/pakcik dia kat opis tu. terserempak dengan mykawan ni. eh,pelik lah..napa pakai baju ala-ala pempuan pregnant nih?

mykawan :: kak..orang ngandung balik. [senyum lebar]
aku :: hah? ko biar betol?
mykawan :: hehehe,haah lah...
aku:: anak ko skarang berapa bulan?
mykawan : baru masuk 5 bulan.orang rehat 2 bulan je...kikiki..
aku::hahaha,dasyat ko.nyilu penjahit aku weyh...
mykawan ::hahahaha...org pun tak sangka. suami dengar macam tak terjun katil masa tu.hahaha..
aku :: tak apalah. rezeki allah nak bagi kat ko. terima tu. ko suka tak?
mykawan :: suke laah. orang memang nak anak jarak setahun sorang pun.
aku :: kikiki...tahniah lah Sha.

isy. bertuah badan. aku sebenarnya memang nak sangat lagi dan lagi mengandung.jarak setahun sorang pun tak apa haih.

tapi, bila dengar mykawan mengandung balik penjahit ni rasa pedih-pedih je pulak.aaauuwww....sanggup kah aku? emm, akan jadi sanggup kalau Allah kurniakan rezeki lagi.insya allah....






Wednesday, September 4, 2013

kerja.ada beberapa hari lagi..

ya allah, kau jadikan lah aku seorang ibu yang kuat ketika meninggalkan anak ku dibawah jagaan pengasuhnya nanti. kau jagalah anak ku ketika ketiadaan ku nanti....

hai korang. tempoh bercuti 3 bulan makin hampir ke hujungnye. 2 minggu terakhir ni aku dah berpindah ke rumah sewa kami. 2 minggu jugak aku menjadi ibu,isteri yang menguruskan segalanya secara sendiri-sendiri.

hari tu duduk dengan family. banyak perkara family tolong. tolong jaga anak, tolong masak. ada banyak masa boleh melepak-lepak lagi. sekarang ni, nak makan pun sambil riba anak kalau dia meragam. masak nasi seawal subuh.basuh baju,sidai baju,masak pun berkejar-kejar.hihihi..aduii,sungguh mak terkial-kial.maklum laah..tak ada pengalaman.

minggu depan dah kerja. sedihnya hati nak inggal anak dengan pengasuh. pengasuh pulak dah call tanya bila nak hantar anak kat dia. sebab dia excited nak jaga baby. dia dah lama tak jaga baby.rindu katanya.....

ontah lah. rasa bosan je nak mengadap muka harimau kat pejabat tu. mesti ada yang tak kena sepanjang ketiadaan 3bulan aku hari tu. adakah aku perlu bawak kapas sumbat dalam telinga atau......huh, buat tak tahu je lah.

sodapnye tidur.
dapat mak nyer buat entri pendek kejap..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...