Saturday, August 24, 2013

tak berkenan tapi terpaksa

hai.

tajuk pun dah tak berkenan tapi terpaksa jugak. macam kawen pakse lak yer, meronta-ronta hati sebab tak nak tapi terpaksa dan memaksa rasanya..

dua perkara yang aku tak berkenan sejak belum mengandung lagi. iaitu..
  • bagi anak isap puting kosong.
  • letak anak dalam buaian
puting kosong.

terpaksa bagi ko. memula masa dalam pantang ada sorang hamba allah ni suruh aku pi beli puting kosong. sebab anak aku ni asyik nak menepek je. mulut dia kalau boleh nak ada puting sentiasa. kalau tidur letak sekejap atas tilam kena 10minit melalak balik.walaupun dah kenyang minum susu.memang aku sakit bila dia menepek lama-lama. disebabkan dia masih kecik,merah lagi,usia pun tak sampai sebulan aku pun tolak mentah-mentah je cadangan hamba allah tu...suami pun kata tak nak beli sebab kesian anak lapar, tapi kena sumbat puting pulook.isyh..

sekarang ni aireel dah nak masuk 2 bulan. dia pun makin mengganas bila isap susu. kalau susu tengah banyak memang dia sedap.baik je dia. tapi kalau susu dah tak banyak dia mula pulas-pulas niple mak dia. adoooi.sakit!bila dipikir-pikir balik, terpaksa lah kami bagi jugak. supaya dia puas. tidur pun lena tidak lah asyik terkejut je..


mula-mula ajar dia memang tak nak.
kadang tu ter'uweek-uweek aireel.hehe..
dia nak gak menepek dengan puting mak dia..

kena seminggu dok ajar akhirnya dia boleh lah terima sikit-sikit.
itu pun kadang secara paksa..
paksa-paksa pun kadang terus tertidur sebab nyonyot puting kosong
adui..kesian anak ku..

dan aireel sebenarnya tidak lah bergantung sangat dengan puting kosong ni.
disebabkan sekarang ni dia dah suka berborak jadi aku tak sumbatkan sangat pun.
sumbat time dia nak tido jer lah.
kalau sumbat sentiasa tak dapat lah tengok anakda ku senyum dan membebel..

main-main dengan kakyong afrina






Buaian

dari sebelum mengandung lagi aku tak nak ajar anak pakai buaian. takut nanti anak susah tidur bila tak ada buaian.lepas tu aku trauma bila dengar cerita ada budak jatuh buaian bagai.emm..ini lah benda yang tak berkenan tapi terpaksa namanya.

masa dalam pantang,aireel sangat kuat merengek. tapi asal dienjut, dipangku dia diam.dengan itu abah aku pi belikan untuk cucu dia ni buaian. beli buaian elektrik lagi. tak payah enjut pakai tangan katanya.

tapi sayang, aireel melalak masuk dalam buaian. kalau nak paksa dia tidur memang tak boleh masukkan dalam buaian. tapi kalau dia dah tidur lena tak sedar apa, boleh lah masukkan.kena selalu tinjau.sebab apa, dia akan terus meraung kalau sedar dia dalam buaian.hehehahaha!!

sekarang ni kira okey lah. senang je nak tidur kan aireel. bagi susu,tepuk-tepuk sikit,peluk-peluk sikit dah lelap.senang kerja..



lepas nenen terus sedap tidur atas pangku ummi.
ummi pun lenguh terus letak dalam buaian..
kikiki...











3 comments:

  1. salam... 2 perkara yang awak cakap ni pun pernah buat saya susah hati. anak saya dulu memang asik menempek je ngan saya... ramai yg suruh beli puting.. mula2 takmo tapi last2 beli jgk.. mujur laa tempoh berputing ni tak lama n anak saya tolak mentah2. risau jgk kalau bergantung pada puting tiruan ni lama2. sama jgk buaian.. tapi buaian ni tak pe lagi. atleast bagi anak tu tido lebih lena. buai tu kami tinggalkan dirumah pengasuh dan kat rumah pulak dia hanya tido atas katil.. sib baik la tak mencari buai jgk... apa pun, keadaan anak yang asik menempek je ni tak lama.. nnt lepas 2-3 bulan, ok la tu. umur mcm ni dia masih ingat dia dalam perut. tu yang nak berkepit je.. baru dia rasa selamat. take care. kiss kiss utk baby...

    ReplyDelete
  2. Sama mcm auni dulu kak... Puting tpaksa bg, buai pun.. Tp bila dh masuk 4bln dia sendiri xnak dua2.. Jgn isau yer... :)

    ReplyDelete
  3. Sama la time saya pun Aida... jgn risau.. tu hanya sementara, sementara nak membesar, mmg agak rumit nak jaga baby yg bawah 4 bulan.. mmg saya kelihatan stress, kurus cengkung n tak cukup tido... tapi InshaAllah tu sementara kite nak biasakan diri dgn anak kecil...buaian la.. nak kasi dowang tdo.. puting mmg dah try.. mmg tak jalan.. kasi susu botol..memula tu mmg tak nak.. terpaksa la kan.. Alhamdulillah... bile dah besar ni.. cam lega skit...

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...