Monday, August 19, 2013

selamat hari raya 2013

assalamualaikum..

selamat hari raya semua.! maaf lama menyepi atas sebab-sebab tertentu. ada kerja-kerja membaik pulih katanya. ramadhan dah lepas, sayu betul hati sebab sebulan tak dapat berpuasa. nifas habis ngam-ngam hari terakhir ramadhan. walau tak puasa sebulan tapi time orang berbuka, kami dua beranak ni pun sibuk nak makan sama.hehe. raya pun sama, orang sibuk beli baju raya kami pun sibuk nak beli baju raya. tak sedar betul pantang tak habis lagi...

syawal tahun adalah syawal ke-3 buat kami suami isteri. alhamdulillah.syukur sangat sebab syawal ke 3 ni kami pun sambut bertiga. teruja sangat nak sambut syawal dengan aireel, sampai kami berdua tak ada baju raya. aku pakai baju raya tahun lepas jer.suami pun sama, baju raya entah tahun bila ntah. aku hanya ada sandal raya je, itu pun beli sebab sandal lama dah tak cantik. lusuh. aireel ada macam-macam. baju raya, stokin raya,pempers raya pun ada.hahaha!!!..aireel sangat kecik nak pakai baju melayu bagai. aku pun tak sanggup nak tengok dia kepanasan pakai baju raya berlapis-lapis. cukup ler pakai romper di pagi raya.heeeuuu...

selamat hari raya dari baba,umi dan aireel.
kami pink tahun ni!!

aireel yang makin semangat...


aireel mandi awal pagi raya tu.

rezeki aireel murah sangat. sebab banyak dapat duit raya.hoyey! terima kasih kat semua pakcik-makcik yang bagi aireel duit raya. ummi dia cadang nak simpan dalam bank. tapi masih terpikir-pikir nak simpan kat bank mana.ermm...




raya ke...(tak ingat) kami balik raya ke kuantan pulak. gambar aireel raya dengan family kuantan tak ada pulak. tapi gambar kami jalan-jalan raya ada.hehe.kami pi bawak aireel rasa angin laut kat teluk cempedak.tempat berdating ummi n baba dia duluuuuu...








No comments:

Post a Comment

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...