Friday, August 2, 2013

sambungan cerita :: pengalaman bersalin

assalamualaikum..
sori. sambungan lambat sangat nak keluar. asyik tergendala je. baru menaip anak bangun tidur. kena lah mengadap muka dia.hehe.

aku hanya nak cakap.hanya nak cerita. hanya nak bagitahu. bersalin kat hospital kerajaan memang best. aku sangkal cerita-cerita kengkawan yang kata beranak kat hospital kerajaan ni 'sakit' sikit. aku pun tak paham apa yang diorang ni sakit sangat. layanan kah? kalau kira sakit bersalin ni sama je. mana ada bersalin tak sakit kengkawan. belum pun nurse atau doktor usik badan kita, kita memang dah menangis sakit contraction.

layanan okey. padan lah kan beranak free kat hospital. bawak je surat goverment letter ( untuk yang kakitangan kerajaan) dapat ler korang beranak free. pada aku doktor kat hospital yang aku bersalin ni sangat baik. doktor pelatih,doktor pakar sama baik, lemah lembut. tak menyinggung perasaan pun. tapi.....ada sesetengah nurse dia yang memang aku dah cop mulut celupar. 3 hari 2malam duduk hospital aku dah kenal mana satu nurse yang mulut aku rasa nak selotip mulut dia.hahaha.

dah lah kita ni tengah sakit. diorang boleh pulak memekak.suruh aku turun katil pun nak marah-marah.doktor marah ko,ko marah aku balik. ape hal...??eem..sabagai pesakit, aku sabar je lah. orang tengah marah ni balas dia senyum je. senyum je lah aku sepanjang 3hari 2 malam kat sana.

rehat. pada aku sepanjang kat sana aku memang tak dapat langsung rehat yang cukup. dari sebelum bersalin sampai lah nak keluar wad. sibuk memanjang kacau aku tidur. kadang tu baru je nak lelap mata dah kena kejut.sehari entah berapa kali lawatan doktror daa..huhu. 

lepas je kami ni dua beranak keluar dari labour room lagi lah aku tak dapat rehat. dengan anak asyik uwe-uwek-uwek, nak menepek je celah ketiak masa tu susah beb nak menyusukan anak.adooi. baru nak susukan anak, dah datang segerombolan doktor n nurse. nak cek perut,usik-usik baby.blablabla...bile diorang dah pergi katil lain,aku pun singkap balik baju. baru nak singkap baju lalu pulak orang lelaki (pekerja hospital)..letak baby balik. nak singkap balik baju datang pulak ipar duai,family semua..kesudah,anak aku asyik uwekuwekuwek je.strees jadinya...huhuhu..

malam pertama aku dengan baby pun masih kat hospital. baby dah mula berak. korang tahu betapa kalutnya aku bila anak aku berak.kakaka. sungguh aku tak pandai nak cuci montot dia.rasa nak panggil nurse je tolong aku. tapi diorang nak tolong ke? minta maaf lah ye. banyak kerja diorang nak buat,nak basuh berak anak aku lak kan.xde..xde.. last-last aku pun cuci sendiri je pakai tisu basah. malam tu aku takut sangat kot-kot anak aku meragam. jadi aku tidurkan dia atas katil aku, aku tidur sambil duduk atas kerusi. tak tidur sangat pun aku sebab takut anak meragam. bila dia nangis, aku bagi nenen.wek, sumbat nenen.wek sumbat nenen. sampai nenen aku mengelembung dan melecet tau.sakit sangat... 0.o

aku ibu muda. belum ada pengalaman jaga baby sekecil ini..
aku  ingat lagi. dalam pukul 6pagi macam tu. aku tengah baring-baring lepas bagi anak susu badan. dia aku tidurkan dalam troli. tetiba datang doktor pelatih nak cek penjahit. dia minta aku datang kat satu bilik ni. tak lah jauh sangat dari katil aku. masa tengah doktor tu cek tetiba aku dengar suara anak aku menangis. doktor tu buat tak tahu je. aku pun tak tahan dengar anak aku nangis dari jauh, aku pun kata 'dooktor,tunggu kejap..saya nak ambik anak saya'...doktor tu tercengang sebab dah ready nak jahit missv.sebab dia kata nak tambah lagi 5 penjahit. pasal kena jahit aku tak kisah tapi anak melalak aku kisah. korang tahu, pagi tu missv aku dijahit sambil aku dodoikan anak kat dada. last-last datang sorang akak nurse tolong jagakan anak aku. lagi pun masa tu dia tak ada kerja. dok melepak kat meja kaunter.adoi, kalo ingat kesian anak aku. udah lah pagi tu dalam wad tu ramai yng tengah sakit nak bersalin. mesti diorang tambah stress dengar suara anak aku yang nyaring tu.heheeh..maaf bebanyak lah yer.

hari ni anak ku dah 39hari. penjahit dah kering. tapi kalau kemut terasa nyeri lagi.auww! kencing takut, nak berak apatah lagi. memula buang air besar lepas bersalin memang menakutkan. menggigil, berpapah aku keluar toilet.serius seram.jangan ketawa yer...hikhik

oh yer, kesimpulannye bersalin kat hospital kerajaan ni best. tak semua nurse mulut jahat. yang mulut jahat tu sorang dua je. mulut tahap nak bagi penampaq orang kata.yang lain-lain alhamdulillah baik. berhati mulia. layanan pun macam kawan-kawan.

aku tak pandai nak bagi anak aku nenen. diorang ajar aku cara nak bagi nenen kat baby. ajar cara nak simpan susu badan dlm peti sejuk. macam-macam ilmu aku dapat tau.. masa nak bersalin pun diorang tak marah aku. siap puji memuji lagi.pujuk aku masa tengah tahan sakit contraction yg dasyat tu..urut-urut pinggang lagi.aduhai,rindunya suasana dalam labour room. rasa nak bersalin lagi jer...eh!


aireel suka tido mengiring.
kaki bersilang tu memang dia buat sendiri tau..
hehehe





5 comments:

  1. Owh...kiutnye aireel... Hosp gov skang pun dh lebih baik mutu perkhidmtannya. Biasa la sorang dua yg mulutnlaser, bukan semua org bleh tukar mentality ke tahap service yg gov mahukan. Anyway, selamat hari raya aida :-)

    ReplyDelete
  2. hosp gov skrg tak macam dulu.. lagi2 ikut kelas. kalau kelas 3 mungkin kureng sikit layanan nya sebab ramai kan, pastu macam2 kerenah nurse tu nak layan. Yana haritu kat Selayang wad 2 rasa seronok je.. hehe

    ReplyDelete
  3. Sakit bersalin mmg same je mn2 swasta @ gomen. Tp klu ade duit swasta lah best. Swasta leh pilih date. Byk ekut ckp kite. Klu gomen kite kena dgr ckp derang :)

    ReplyDelete
  4. congratulations...sy tgh try to pregnant..harap2 Allah makbulkan doa sy...

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...