Wednesday, August 21, 2013

morning....

masa dalam pantang aku mandikan aireel pada pukul 9pagi. paling lewat aku pernah mandikan dia pukul 11pagi. itu pun sebab aku terlalu mengantuk dan penat sebab berjaga malam. aireel masa dalam pantang kuat meragam. kadang aku tido 2-3 jam je sehari. tak boleh tinggal sorang kalau tak dia bantai meraung sampai lekang. tido asyik teperanjat walau dah di bedung. dah tu kuat mengamuk.selalu gak aku sakit kepala sebab tak cukup tidur. aduii,aireel masa dalam pantang memang haru biru satu rumah.hehe. bukan aku je yang tak cukup tidur suami, mak dan abah aku pun tak cukup tidur sebab nak layan dia.hehehe...

sekarang ni dia makin senang nak jaga. alhamdulillah.nak tido pun senang je, tak payah pakai buaian. bagi susu badan sambil baring,peluk-peluk jap dah tidur.siap menganga lagi.senang kan. tapi itu time senang,ada gak dia buat perangai tak nak tidur...kalau buat perangai tengah malam tu aku serah kat suami. sebab dia rajin melayan aireel berbual.hah, aireel sekarang dah pandai berbual.entah apa dia kata pun aku tak tahu...

waktu mandi pun dah berubah. di sebabkan aireel ni badan ketak-ketak jadi dia asyik berpeluh. biasa dia akan bangun pukul 4.00pagi untuk menyusu. akan berlarutan sampai pukul 5.00pagi. lepas menyusu tu dia akan tido balik. dan aku akan kejut dia pukul 7.00pagi untuk mandi. heeeehaaaaa,mandi air suam yer kengkawan. sedap nye dia mandi. habis hilang bau-bau masam susu tu.keke.

lepas mandi dia akan feeling happy. badan dah rasa sangat selesa. lepas tu aku bagi lagi susu badan. biasa dia akan tido.kalau tak tido aku bawak dia pi berjalan keliling rumah. bungkus badan dia dengan kain bedung tebal n bawak pusing keliling rumah......eeeuuu,sedapnya angin pagi.sampai tertido u.



keluar rumah

mengamuk dulu.
takut duduk dalam sroller..kekeke

diam...syook ler tu..



mengamuk lagi.
sebab nak tido

ehh, dah tido daaaa....


1 comment:

  1. hai comei nye Airell ni.. yelah ramai jugak kawan2 yang cakap anak dorang meragam dalam pantang, habis pantang elok je. mungkin nak biasakan diri dengan kehidupan dunia lah tu.

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...