Saturday, July 6, 2013

pengalaman bersalin ku..

seminggu sebelum bersalin asyik baca pengalaman bersalin orang je. puas menghayati perasaan nak bersalin tu macamana. puas feeling-feeling sakit bersalin tu macamana. tapi masih tak dapat menghayati. sekarang ni dah rasa sendiri, sementara masih ingat dan segar dalam kepala ni.aku nk cerita sikit lah.

17.06.2013 (isnin)
checkup perut.masa tu berat badan aku turun dalam 1kg++. nurse kata dah nak bersalin.wahhh, teruja sangat. masa tu dapat kelas cara-cara nak breastfeeding baby, persediaan dan tanda-tanda awal bersalin.

23.06.2013 (ahad)
11.oo pagi :: pagi tu ada jemputan majlis sambut puasa kawan mak aku. aku kalau boleh malas nak pergi sebab kena drive jauh dalam 20km gitu. tapi mak aku macam nak sangat pergi sebab kenduri kawan baik dia kan. pergi jugak masa tu dengan sarat maratnya. masa kenduri ramai yang tanya bila due. pastu ada yang cakap macam dah dekat. aku senyum je.....

9.00 malam :: malamnya aku penat sangat-sangat. mungkin sebab kepenatan drive jauh pergi kenduri tu kot. dalam kepenatan tu aku sempat makan ikan kerapu goreng yang abang aku bawak dari Mersing. lepas makan, aku terus masuk bilik dan tidur. tak sempat pun nak call suami cakap manja-manja macam biasa 0.o 

24.06.2013 (isnin)

2.00 pagi :: bangun terkencing. perut ada rasa macam nak period. perut asyik mengeras je pulak, tapi aku buat tak tahu je sebab masa masuk 36minggu baby memang kerap mengeras. sepanjang malam tu 3kali aku bangun terkencing dan perut tetap rasa mengeras.

8.00 pagi :: bangun pagi nak bersiap ke klinik untuk checkup macam biasa. masa bangun tu aku dah rasa macam tak selesa kat missv. ada rasa basah-basah gitu. bila pi check rupanya dah turun darah coklat cair setompok kat pentiliner. aku pun tertanya-tanya, eh....dah turun tanda dah ke??

terus pi cari mak kat dapur. tunjukkan pantyliner tu kat mak. mak kata betul itu darah. masa tu terus lah rasa period pain. kemain seronok sangat hati ku. mak suruh mandi bersiap cepat dan daku pun terus jugak call suami minta balik kampung cepat.

lepas call suami daku pun terus mandi, cukur segalanya kat missv sesiap.hehehe. bukan apa, kalau nak bersalin malu tau kalau missv semak tak bercukur. nanti nak bersalin bukan suami yang pandang missv tapi doktor dan nurse yang nak pandang. bukan sekali tapi berkali-kali tau..

emak ku masa tu dah kelam kabut. aku pulak lepas mandi je, besiap lawa-lawa kemain. berbedak, berlipstik, minyak wangi lagi!bersiap lelawa macam nak pi shopping tu. sempat lagi makan meehun dan minum teh o. barang baby dan barang daku pun dah siap letak kat depan pintu.

11.00 pagi :: sampai hospital dalam pukul 11 pagi. terus pi kat bahagian kecemasan dan terus naik ke labour room. masuk kat labour room check bukaan baru 2cm. contraction dah mula terasa. aku kira dalam 15minit - 20minit sekali. sakit dia macam senggugut tapi lebih tajam terutama di bahagian bawah perut, lenguh dibahagian pinggang.tapi sakit datang hanya dalam beberapa saat saje. selesai urusan di labour room, doktor suruh masuk wad sebab bukaan baru 2cm.

2.00 petang :: suami ku sampai hospital bawak nasi dan lauk pauk. lapar sangat. masa ni sakit dah rasa makin menajam tapi rileks......



4.00 petang :: suami dan mak datang melawat lagi. bawak ayam golek giant. tapi dah tak ada selera langsung nak makan. sakit 15minit-20minit sekali tapi masih okey.boleh senyum-senyum,gurau senda lagi dengan suami dan mak.

9.00 malam :: perut lapar sangat. tengok tak ada bekalan makanan. yang ada cuma buah epal 2 biji, air masak dan milo. aku sempat makan epal sebiji dengan air masak dalam kesakitan yang makin kuat.

11.00 malam :: malam tu aku dah tak tahan sangat. makin kerap terkencing. dan setiap kali terkencing mesti ada ketulan darah selebar tapak tangan budak kat dalam mangkuk tandas. aku bagi tahu nurse ada darah fresh keluar, dia kata itu tanda dah nak bersalin. dia suruh aku pi tidur dan berehat cukup-cukup. nanti bila dah tak tahan sakit baru panggil dia.

11.30 malam :: ohhh, tidak! contraction makin kuat dan tajam. rasa tak sempat nak tarik nafas. sakit dia sukar aku nak cerita kan kat korang. terlalu tajam. aku cuba sedaya upaya berjalan pergi ke kaunter nurse cakap aku dah tak tahan sangat-sangat!

akak nurse tu suruh aku masuk dalam satu bilik untuk check bukaan. sampai je dalam bilik tu tetiba aku rasa panas je kat kaki. eh, terkencing dalam seluar ke aku ni? lepas tu mencurah lagi air.ehhh, air ketuban ke ni? aku pun cakap kat akak nurse tu ada air keluar. betul..air ketuban aku dah pecah. dari situ bermula lah contraction kuat.

doktor datang seluk. bukaan baru 3cm. tapi aku dah sakit sangat-sangat. akak nurse tanya aku, aku minum air selusuh ke? aku jawab tak pernah minum pun. kenal pun tidak air selusuh kan.

sepanjang malam tu aku tak duduk kat katil. sebaliknya aku duduk dalam satu bilik khas untuk buat CTG dan VE (seluk). korang bayangkan, bukaan masih 3cm sepanjang malam tapi sakit sampai aku rasa naik ke gigi. menggigil pegang geriji tingkap wad. bila baby mengeras, diorang mesti nak pegang perut. masa tu aku menangis merayu kat diorang aku tak sanggup nak buat CTG dan merayu jangan pegang perut time contraction datang. serius  aku tak leh cakap macamana sakit dia. air ketuban pun dah banyak keluar. kain memang lenjun habis. sekali seluk darah pun keluar.ya allah....subahanallah....

25.06.2013


7.00 pagi :: akhirnya doktor wad call doktor yang bertugas dilabour room. minta supaya aku dihantar ke labour room. bukaan naik 4cm tapi sakit dia buat aku sakit macam nak meracau. mybe dah lama sakit. tenaga pun dah kurang. aku lembik sangat masa di tolak masuk ke labour room.

sampai labour room sekali lagi aku dikerjakan. CTG,seluk dan contraction memang menyakitkan. aku pun dah tak berapa sedar berapa ramai yang menyeluk aku dari malam sampai lah ke siang. ubat tahan sakit pun dah 3kali dicucuk ke punggung dari malam tadi. tapi masih tak mampu meredakan sakit contraction yang maha dasyat tu...

11.00 pagi :: tiba-tiba dalam mamai,mengantuk dan sakit suami aku masuk dalam labour room. dia kata dari pagi tadi dia call tapi tak dapat. mak dan MIL call aku banyak kali pun tak dapat. memang tak dapat pun sebab beteri telepon habis sejak malam tadi. dalam sakit tu aku dah tak tahu telepon letak kat mana. suami aku tahu aku masuk labour room pun masa dia datang waktu melawat nak hantar makanan. bila sampai katil tengok aku dah tak ada. atas katil ada bord tulis 'BERADA DI DEWAN BERSALIN'. terus si suami pecut ke labour room..

suami masuk sekejap je. lagi pun suami aku tak isi borang nak teman isteri bersalin pun. maka lepas dia borak dengan aku 5minit je kot terus dia keluar dari bilik tu. dia tak sanggup nak duduk lama-lama dalam bilik tu, aku pun dah tak pedulik  apa dah kat dia.hehehe.. yang aku tahu, aku nak meneran je masa tu. sampai terkencing-kencing atas katil.hehe. tapi sempat cakap kat dia ' b..pinggang ayg nak pecah.bontot ayg nk pecah'....

12.00 tghari :: kalau korang nak tahu.sepanjang hari dari malam tu bukaan pintu rahim hanya 4cm sahaja. tapi sakit tok sah cakap laaah! lepas sorang-sorang datang menyeluk. aku pun berserah je pada Allah swt. sesekali bila aku tak tahan, aku genggam tangan doktor sekuat hati. kadang aku merayu supaya jangan sentuh perut aku.

dengan kuasa Allah swt. datang doktor pakar pempuan check bukaan pintu rahim. terus dia kata.. 'eh, dah 9cm lah. boleh dah meneran ni puan...' lepas je dia kata bukaan dah 9cm datang lah 5-6 orang doktor pelatih untuk menyaksikan sesi melahirkan. aduhai....ramai, penuh sesak dalam bilik tu. tapi aku redha je. lantak lah..yang penting aku nak cepat bersalin.

suami masa ni sedang sabar menunggu kat luar labour room. dia kata, hati dia berdebar-debar. bila nampak pintu labour room tu terbuka dia mesti teruja. kot-kot lah nurse datang bagitahu isteri dia dah selamat bersalin....

12.10tgahri lebih kurang :: masa ni aku sedang berusaha meneran. kepala baby dah nampak kat pintu. nurse,doktor pun bagi semangat supaya meneran.seronok masa ni.hahaha.tapi tetiba doktor pakar tu kata ' eh, mana suami dia?? tak panggil masuk ke? kepala baby dah nampak ni.cepat panggil suami dia'..bekejar pulak nurse keluar panggil suami aku kat luar.

niat suami memang tak nak masuk. sebab takut tengok darah. tapi bila situasi terdesak dan didesak oleh akak nurse. maka suami aku kuatkan semangat masuk dalam labour room untuk tolong aku. time tu jugak pi tandatangan borang dan masuk dalam labour room.

suami aku kata dia ada rasa macam nak marah bila masuk labor room tengok ramai sangat yang tengok. tapi atas dasar profesional dan pikir yang tengok tu pun doktor jugak kan. maka suami aku relakan aje lah...

meneran :: memula teran nampak kepala. doktor gunting sikit kat missv. diorang ajar cara nak teran masa tu. lepas tu aku angkat badan, pegang buku lali dan terus teran sekuat hati baru keluar kepala. suami aku terkejut.hehe. 

aku baring balik. sekarang nak teran keluarkan bahu baby pulak.ambik nafas sekejap lepas tu angkat badan,pandang perut, tangan pegang buku lali dan terus meneran sekuat hati lagi sekali. tapi tak keluar. aku tahan teran tadi cepat-cepat curi nafas sambung meneran sekuat hati............... (sempat cakap masa tu 'ya allah........sakitnya!!!'...doktor pulak kata ' memang sakit puan, sikit lagi puan. eh..eh..comelnya anak puan'....wahh, lagi semangat aku nak meneran...

12.20tghari :: dengan sokongan dari suami. sokongan dari mereka-mereka yang bersorak-sorak dalam bilik tu akhirnya keluar lah permata hati ku. terus hilang sakit yang maha dasyat tadi. hilang..hilang...terus hilang. aku pun melembik kepenatan. rasa nak tidur je masa tu...
suami?dan lagi sekali suami ku terkedu. =.= 

lepas je baby keluar. aku terpandang tali pusat yang panjang dan besar kaler biru-biru gitu. diorg potong tali pusat terus tunjuk anu baby kat aku " puan, baby apa ni..." "baby boy'jawab aku lemah...

lepas tu dia letak baby atas dada aku sambil diorg memulakan sesi menjahit missv pulak.ops, sebelum tu suami pun terus azankan anak sambil air mata bergenang. tak percaya pun ada.

sebelum tdapat lah aku 3 jahitan atas berkat tak menggangkat bontot.hihihi...tak sakit pun.jahit sekejap je. sambil tu aku pujuk baby aku yang macam merungut je atas dada. nak nenen dah kot...

lepas jahit diorang ambik balik baby sebab nak bersihkan. aku pulak dipakaikan pad dan pindah katil nak masuk wad. sambil menunggu baby dibersihkantu diorg bagi aku minum milo suam. siap semua urusan dalam labour room, dokumen kelahiran baby pun dah dapat, nurse terus bagi aku baby untuk disusukan. lepas tu terus tolak masuk wad semula.

yey! masuk wad senyum-senyum je kat katil sebelah menyebelah yang sedang menahan sakit contraction.hehehe. lepas dah aku.....alhamdulillah.

habis.

yeay!baru sampai wad.

2 jam selepas lahir.

......................................................

tanda darah :: darah hitam,coklat yang berketul-ketul.

air ketuban :: turun sikit-sikit. suam-suam je rasanya bila dia meleleh kat celah peha.kalo tak ada pengalaman macam aku ni, korang mesti ingat itu air kencing.dia tak ada bau.warna aku tak pasti.

sakit contraction :: sakit paling sakit yang pernah aku rasa. terlalu sukar nak aku ceritakan betapa sakitnya sakit contraction ni. ingat allah.banyakkan sebut allah huakbar je lah bila sakit tu datang.

lebih kurang macam ni lah keadaan aku masa dalam labour room.hihi
rambut kusut masai, air mata melelh pastu genggam tangan sekuat hati dek menahan sakit.

situasi org lain.bila contraction datang.

sakit :: bagi aku, sakit sebelum bersalin (contraction) adalah lebih sakit dari sakit mengeluarkan baby. masa baby keluar rasa macam sembelit setahun je..tup-tup dah keluar anaknya.....

sakit jahit :: entah lah. tak sakit dah kot bila dah ada anak depan mata. aku tak bius. selamba je diorang jahit.

makan :: kalau dah tahan wad dan turun tanda tu jangan pulak korang sesaja kata tak ada selera nak makan. malam sebelum aku sakit tu, aku hanya sempat makan epal sebiji dan air masak secawan je. memang letih..

meneran :: sebelum aku masuk wad, mak mertua dah ajar aku sesiap cara nak meneran. caranya, tarik nafas dalam-dalam>teran>tahan teran kat missv>curi-curi tarik nafas dan sambung terus meneran sampai habis.nafas keluar ikut mulut tau. sesapa tengah mengandung ni dah boleh buat. mana tahu dapat membantu.

okey.kalau tak paham pun, buat-buat paham je lah ehh...hihihi
tata..

day 6
muhammad aireel shah








9 comments:

  1. Tahniah Eda!!!!...Selamat Berpantang

    ReplyDelete
  2. huwaaa seriaunya dgr part2 seluk tu. Alhamdulillah dah selesai semuanya. berapa kg aireel shah keluar? nmpk cam bsr jgk

    ReplyDelete
  3. super comel!!congrats aida...doakan kitrg pulak ye..hehe

    ReplyDelete
  4. adoi nebes nya baca nih ! tapi thanks untuk tipe meneran tu

    ReplyDelete
  5. akk besh lh..dgr bby selamat semuanye..dya skg dh de takut2 nih..hihihi..

    ReplyDelete
  6. good job sis...teringat pulak time neran ke aidil dulu..hehehe...

    ReplyDelete
  7. tahniah.. touching bace entry ni.. rase bergenang ayor mate.. hehe.. doakan sy pulak yer.. dah 3 tahun menanti permata hati..

    ReplyDelete
  8. Tahniah...slamat berpantang dan kim salam baby Aireel ye..doakn sy plak ye, masih menunggu pluang ni utk sy..

    ReplyDelete
  9. Tahniah... comel sgt baby aireel...

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...