Monday, July 29, 2013

aireel selsema.ada sedikit pesanan ringkas...

assalamualaikum semua.selamat berpuasa.minggu depan dah nak raya kan. ini entri menandakan diri ini masih ada masa untuk berbelog. tak ada masa nak cerita panjang-panjang. cuma nak bagi tahu kesihatan bayi ku aireel shah semakin sihat berbanding minggu lepas. cuma selsema masih berbaki dan demam sikit masa cucuk sebulan ari tu.

ada sedikit pesanan. kalau korang tak sihat.batuk+selsema jangan lah cium-cium/gomol-gomol anak orang sesuka hati. nanti berjangkit kesian kat baby.kesian jugak kat mak ayah baby tu.baby lagilah kesian sebab susah nak tidur malam,susah nak menyusu asyik mengamuk je.hurm..

memang lah mak+ayah baby tu diam je,pandang je padahal dalam hati diorang ni? Allah saja lah yang tahu. nak tegur kang memasing dah tua.sendiri tahu lah yer.tak mo buat macam tu. kalau rasa diri tu tak sihat jangan sentuh,jangan dekat dan jangan cium apatah lagi. walau pun baby tu montel sampai korang rasa hilang kawalan diri nak mencium. sabar okey..sabar...





opps!saya terseksi pulak..

p/s :: aku pun jarang cium anak sendiri. kesian dia, macam lemas je kena gomol n cium-cium tu. cium sikit-sikut tu boleh lah.kan darling..





8 comments:

  1. Comei nya Airell dah botak, dah tembam ! memang sedap gomol nih ! hehee.. tapi kalau ada demam selsema tu mmg tak elok lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. botak dah. day 6 lagi dah kena gondol kepalanya..hehe
      nanti anak yan ajaga elok-elok.jgn bagi sebarangan org yg tak sihat cium-cium-gomol-gomol walaupun suami kita..susah nak jaga nanti. kesian baby...

      Delete
  2. alahai kiutnyeee aireel hihi... hi aireel, baby imran kirim salam kat awak tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih aunty ieza..
      aireel kata,kim salam balik kat abg imran..

      Delete
  3. alaa comelnye... anak kalau selsema mmg jenuh. sbb dia tak reti nak hembus.. sudahnya akan susah nak bernafas bila menyusu... yang dia tahu menangis je laa... nnt awak dah kena praktiskan ilmu sedut menyedut ni.. (terpaksa...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menangis je kejanya. dapat pulak waktu malam kalo idung dia tersumbat. rasa nak bergaduh je dgn dia.hehe..
      bab sedut memang rasa nak buat tapi xde ilmu..

      Delete
  4. ALAAA...cute diee...emmm Faiq pon kena selsema masa umur 35 ari .. malam2 tk bleh tido last.. sedut kahak di klinik.. sakit jiwa masa buat itu... anak nangiss.. sgt2.. kita nie susah ati.. tak buat .. lagi laa.. nak susu n tido tak bleh ....last2 sedut gas bagi cair kahak....lega ske.. ini org tua yang sakit tak cuim.. budak kecik yang tidak paham apa2 .. p cium.. nak buat cam mana lagi .. takkan nak larang .. mak ayah die ada.. emmm susah susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak..
      tahu tak apa. nk tegur kang salah, tak tegur kang salah jugak. ..aida rasa hari ni nak pi klinik pi sedut kahak dia. kesian. takut jadi athma pulak...

      Delete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...