Tuesday, July 9, 2013

Aireel kena Jaundice

assalamualaikum..

terima kasih semua yang bagi ucapan tahniah kat umi dan aireel. tak terbalas rasanya. sekarang ni tak ada masa dah nak mengadap blog dan facebook lama-lama. maklum ja lah beranak kecik. bila baby jaga, kita kena dok adap je muka baby. takut kot-kot termuntah,tersedak ke apa. tapi buat masa ni alhamdulillah semua okey. bila baby dah tidur, ini lah masanya umi nak rehat n tidur sama dengan baby.

2 minggu selepas kelahiran Aireel. perkara pertama tentu lah umi sedih sebab cuti seminggu baba dah habis. rasa tak best pulak bila tiba time susukan Aireel sensorang ni. kalau baba ada perasaan lebih rileks n terasa santai jeee. sambil susukan dia, umi n baba boleh borak-borak, cerita-cerita. so dapatlah Aireel susu yang berkualiti. kenyang perut, Aireel pun tertido...

jaudice(kuning). setiap baby yang lahir mesti ada jaudice, cuma tinggi atau tidak je. macam Aireel, hari ke3- kelahiran, bidan dah nampak kuning. so kami kena hantar Aireel pi klinik untuk ambil darah dan jumpa doktor. hari pertama di klinik Aireel senyap tak menangis masa ambil darah. nurse kata dia ambik sikit kat tumit kaki. darah pun sikit je dia ambik untuk hantar ke makmal. result jaudice Aireel untuk kali pertama tu 177 umol/L saja. tinggi sikit dari paras normal iaitu untuk 130 umol/L.kami kena repeat lagi sekali ambil darah di hospital pulak.

kami risau. aku bagi Aireel banyak minum susu badan dan formula supaya Aireel banyak terberak dan terkencing. bila Aireel tak mau puting badan, aku perah susu masuk dalam botol pulak. kadang aku bagi minum air anggur hitam yang aku lenyek sendiri buahnya sampai keluar air.

besoknya kami ke hospital pulak. masa kat hospital ni Aireel meraung sekuat-kuatnya. aku n suami tak boleh masuk dalam bilik ambil darah tu. lama Aireel menangis. aku pun menangis kat luar. sedih betul hati bila dengar anak meraung sampai tak ada suara. bila nurse keluar, aku nampak dia bawak satu tabung besar darah Aireel. kira aku macam tabung darah masa aku mengandung dulu.pergh...mendidih darah beb. bila dah selesai, cepat-cepat ambil Aireel bawak masuk bilik menyusu. aku susukan dia sambil menangis. tersedu-sedu, meleret-leret aku menangis dalam bilik tu. sedih betul hati.trauma aku weh....aku rasa nak terajang je orang yang ambil darah Aireel tu. nasib baik aku dalam pantang.lemah lagi.jahit kat missv pun basah lagi.eeee....

tak lama lepas tu doktor panggil masuk, bacaan darah Aireel turun sikit iaitu 156umol/L. Doktor kata turun dan tak bahaya. tapi kena repeat ambil darah lagi kat klinik kesihatan berdekatan je. tak apalah, bila doktor kata semua okey je tu. aku terus keluar cepat-cepat dari bilik doktor tu. takut aku kalau doktor panggil balik ke apa ke.takut!

balik dari hospital.

besoknya kami hantar lagi Aireel ke klinik kesihatan. ambik darah lagi. alhamdulillah Aireel cool je. keputusan darah jadi 160umol/L. doktor kata kena lagi repeat ambil darah  selepas 3 hari. aduhai...penatnya..

3hari lepas tu kami hantar lagi Aireel ke klinik. alhamdulillah, bacaan jaudice Aireel turun banyak. bacaan jadi 109umol/L je. sukanya hati umi dia. doktor kata, lepas ni tak payah dah datang klinik ambil darah.yeay!

camne jaundice Aireel boleh turun?aku tak bagi ubat atau apa-apa petua pun. cuma banyakkan bagi dia susu badan dan susu formula je. Jaundice tu dibuang melalui berak dan kencing.

susu formula tu aku terpaksa bagi Aireel. bukan sengaja. mana ada ibu yang nak anak dia minum susu formula sesuka hati kan...[aku pun sedih sangat bila terpaksa bagi Aireel minum susu formula. lagi sedih bila ada yang bertanya.eeemm..]Aireel meragam tak puas menyusu bila aku bagi susu badan. mybe puting aku tak panjang, tak syok kot.nak tak nak, aku pump susu badan lepas tu bagi dia melalui botol. walau macamana pun aku tetap bagi dia direct breastfeeding. kalau dia mengamuk menolak puting badan tu, aku paksa gak.hehe. kalau dah lapar tu dia isap jugak.kekeke....alhamdulillah, kadang-kadang tu sampai ternganga kekenyangan. suka sekejap hati ku.


baba bagi Aireel nenen plastik. 
tx baba..

Aireel tengah nenen umi..
besh...sampai terlelap.
tx umi..

ape pun sekarang ni Aireel sihat dah. malam-malam bangun 3jam sekali untuk menyusu dan tukar pempers. memula tersengguk jugak kepala tunggu Aireel habis nenen. sekarang ni tersengguk jugak tapi tak sedasyat memula Aireel lahir.hehehe..tata!








3 comments:

  1. lenyekkan anggu hitam tu mmg petua ye?
    alhamdulillah, Airell dah sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitu lah katanya. air anggur hitam tu boleh turunkan paras kuning dalam badan baby. minta2 baby yana xde kuning.seksa jiwa dengar anak meraung...sedih sgt2..

      Delete
  2. Alhamdulillah...Tahniah...Aida.. Aireel.. n baba Aireel
    moga kalian sentiasa bahagia dan sihat sejahtera...

    Seronok kan ade baby...

    Take care n selamat berpantang Aida..

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...