Saturday, June 8, 2013

kisah di unit kecemasan..

semasa usia kandungan 29 minggu...

hari tu kan aku kene sakit belakang dan perut memulas. ingat lagi tak? (tanda kontraksi tipu)...> sila pi entri ini kalau lupa < lepas kene cucuk tu doktor suruh aku baring dan rehat sementara ubat bertindak balas. katanya kesan ubat kuat dan boleh mengantuk. aku pun layan kan je lah. walaupun sebenarnya aku tak boleh baring dah. sakit sangat masa tu..

masa tengah layan kepala yang mula pening tu tetiba ada sorang lelaki ni datang kat kaunter kecemasan tu..


'isteri saya bleeding' muka cemas..

'dah berapa minggu?' kata si akak nurse.
'7minggu' kata suami lagi..kata akak nurse lagi..
'cepat masuk dalam'..

aku tak nampak pun mana isteri dia. masa tu unit kecemasan hospital lenggang. tak ada orang sangat pun. diorang pun tengah bergurau senda aje masa tu. bila ada kes tu terus diorang berenti bergurau senda dan terus panggil isteri budak tadi tu masuk dalam unit kecemasan untuk dapatkan rawatan.


disebabkan katil aku ni katil pertama, tepi pintu pulak tu jadi aku nampak lah pasangan suami isteri ni.


kesian. cemas je muka si isteri. muka pun pucat. aku rasa baru kawen sebab inai masih ada kat kuku masing-masing. terdetik kat hati ni 'beruntungnya diorang ni, baru kawen dah mengandung si isteri'. lepas tu diorang terus masuk dalam. aku pun tak tau apa jadi kat diorang sebab 5minit lepas tu aku pun keluar dari hospital.


....


susah nak jaga kandungan terutama trimester pertama. untuk pregnant kali ni pun aku ada bleeding jugak masa tu 5minggu rasanya. bleeding sikit je, coklat pekat kat seluar dalam gitu je. tapi hati ni was-was je samada mengandung atau tidak. sebab upt tunjukkan result yang sangat-sangat kabur.lepas tu sampai sekarang ni tak ada dah apa-apa.alhamdulillah..


kadang tu tetiba kita senak perut lah, cramp kat ari-ari lah,keluar lendir lah..semua tu aku alami untuk kandungan ke dua ni.susah hati ni jangan cakap lah.untuk trimester pertama memang kena jaga baik-baik. dok manja kat rumah saja pun tak apa. tak payah buat kerja pun tak apa.kalau suami marah sebab manja sangat pun buat tak tahu je. sebab kita kena jaga kandungan sebaik yang boleh. dah lah susah nak dapat bila dah dapat peluang tu kena jaga baik-baik tau. pesan kat semua kengkawan yang sedang berTTC ni. jaga baik-baik!


kalau nak cerita atau ungkap balik cerita lama pasal keguguran 2 tahun yang lepas memang ngeri. darah bukan setompok atau secalit dua. tapi bertompok-tompok. habis kain hospital, pakai pulak kain batik, habis kain batik tu tukar pulak kain batik lain. seluar dalam pun pakai kejap-kejap je sebab doktor asyik datang menyeluk tak habis-habis. sakit hati pun ada masa tu.huhu.tak apalah, peristiwa tu dijadikan pengajaran.



7 minggu. baby baru besar biji kopi.
kena jaga baik-baik. tak payah 'bersama' pun tak apa.
puasa lah kejap..hehehe

aida :: sedang menanti berita best dari kawan-kawan ttc...





1 comment:

  1. alhamdulillah..kandungan kedua ni x de apa2 mslah pd baby n aida :)

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...