Saturday, June 15, 2013

38minggu..

38week

masih belum melahirkan. masih sihat berpusing ligat dalam rumah. pagi-pagi menyapu rumah, lepas tu kang basuh baju,sidai,tolong mak masak, makan, tidur,main facebook. tak keluar pergi mana-mana pun sebab badan cepat penat dari biasa. lagi pun cuaca kat luar tersangatlah panas. duduk dalam bilik bekemban lagi best tau..

masih batuk-batuk dan selsema. tak tahu lah nak cakap apa, ubat telan tapi tak jalan. so kita minum jelah air masak banyak-banyak.

38minggu nan indah.  masih menanti detik sakit yang ditunggu-tunggu. terasa teruja sangat nak berjumpa dengan si comel yang sangat aktif dalam perut ni. rupa siapalah agaknya nanti yer??...

apa pun dah penghujung kehamilan ni saya nak minta maaf pada semua kawan-kawan yang follow blog saya ni. mana tahu ada yang terasa hati dengan penulisan saya yang sebelum ni yang agak transparent, lepas cakap, banyak merungut atau apa-apa je yang buat kawan-kawan semua rasa tak senang terutama sekali kawan TTC semua...

moga nanti segala urusan melahirkan berjalan lancar, dipermudahkan segalanya dan saya dan baby pun selamat. maklum lah ini pengalaman pertama saya melahirkan. takut dan teruja seiring hadir dalam diri ketika ini. =)









3 comments:

  1. Moga dipermudahkan dear. Bestnyaaa. Excited kan

    ReplyDelete
  2. InshaAllah dipermudahkan Allah... Amin... :-)

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...