Wednesday, June 26, 2013

alhamdulillah.selamat bersalin dah..

syukur alhamdulillah. akhirnya aku selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 25.6.2013 (selasa) lepas. penanti penuh debaran akhirnya berakhir bila aku selesai melepaskan hembusan nafas untuk teranan terakhir. sayu hati bila selamat melahirkan,doktor terus letak anak atas dada. lebih rasa terharu dan bertambah semangat ialah ketika kehadiran suami di saat ketika aku sedang berhempas pulas untuk meneran mengeluarkan kepala baby. tiba-tiba je suami muncul, sebab katanya dia tak sanggup nak masuk.sebab takut darah....hehehe

sebelum tengok gambar baby..
tengok gambar saya dulu yer..
hehehe
masa ni tengah siap-siap nak pi hospital
tengah contraction pun sedap je senyum simpul...

berehat sebentar selepas keluar labour room..
masa ni baby tido lepas bagi nenen..
ya allah..lega sangat masa ni



dan ini lah dia...





hye semua..

nama : Muhammad Aireel Shah
berat : 3.02kg
tarikh lahir : 25.06.2013 / 12.30 pm
tempat lahir : Hospital Tengku Ampuan Najihah,Kuala Pilah
saya dilahirkan  secara normal oleh ibu saya.saya sayang ibu saya...

**nanti ada masa saya cerita pula kisah melahirkan aireel yer.bye semua..








Sunday, June 23, 2013

lama betul tak jumpa dia..


lamanya tak jumpa dia ni.
rasanya dah 3minggu.
minggu depan dia balik kampung
nak bercuti lama katanya.
eeeuu,bestbestbest!
tak sabar betul nak jumpa dia ni..





















































nak bagi tahu semua orang kat sini..
aku sayang dan rindu dia
suami ku...
hehehe




Saturday, June 15, 2013

38minggu..

38week

masih belum melahirkan. masih sihat berpusing ligat dalam rumah. pagi-pagi menyapu rumah, lepas tu kang basuh baju,sidai,tolong mak masak, makan, tidur,main facebook. tak keluar pergi mana-mana pun sebab badan cepat penat dari biasa. lagi pun cuaca kat luar tersangatlah panas. duduk dalam bilik bekemban lagi best tau..

masih batuk-batuk dan selsema. tak tahu lah nak cakap apa, ubat telan tapi tak jalan. so kita minum jelah air masak banyak-banyak.

38minggu nan indah.  masih menanti detik sakit yang ditunggu-tunggu. terasa teruja sangat nak berjumpa dengan si comel yang sangat aktif dalam perut ni. rupa siapalah agaknya nanti yer??...

apa pun dah penghujung kehamilan ni saya nak minta maaf pada semua kawan-kawan yang follow blog saya ni. mana tahu ada yang terasa hati dengan penulisan saya yang sebelum ni yang agak transparent, lepas cakap, banyak merungut atau apa-apa je yang buat kawan-kawan semua rasa tak senang terutama sekali kawan TTC semua...

moga nanti segala urusan melahirkan berjalan lancar, dipermudahkan segalanya dan saya dan baby pun selamat. maklum lah ini pengalaman pertama saya melahirkan. takut dan teruja seiring hadir dalam diri ketika ini. =)









Thursday, June 13, 2013

demam dan sangat panas..

untung badan. lulus je cuti bersalin awal terus dapat demam selsema dan batuk-batuk. rasanya lama dah tak kena batuk-batuk kahak macam ni. [risaunya kalau kena semput] demam selsema tu biasa dah, terutama masa awal mengandung ari tu.

cuaca kat kampung sangat panas. walau ada kipas,ada aircond tetap rasa duduk kat rumah kepok atap rendah. berpengap kepanasan. tak kira siang atau malam.

malam tadi kepanasan badan melampaui daya tahan badan ku. so aku kedemaman. tak tahan panas sangat-sangat aku pergi korek ais batu kecik-kecik dalam peti sejuk mak. bungkus dalam towel baby dan tuam kat dahi,leher sapu kat celah-celah ketiak. sapu jugak kat kaki,tangan.kadang aku gemgam. ya allah, panasnya....

ubat batuk dah makan,selsema pun makan. tapi kureeeng jalan. so adik lelaki ku keluar pi cari coolfeber dan air cap badan supaya suhu dalam badan dapat dikurangkan. alhamdulillah, bangun pagi tadi demam dah kurang sikit. cuma batuk-batuk dan selsema je masih ada dan ganas. sekali batuk,sekali air kencing terkeluar.adoi..sehari entah berapa kali tukar pentyliner u all. rasa tak boleh berpisah dengan pantyliner sekarang ni tau...hahaha.

sekarang ni sedang berkemban dalam bilik ber'aircond. dan aku tak sanggup keluar bilik sampailah cuaca dah redup petang nanti. so hot......


sejuk luar dalam kalau dapat macam ni..
kekekeke









Saturday, June 8, 2013

37minggu dan tandanya..

malam ni, malam minggu kan u all. biasa kalau macam ni kami laki bini tengok berjalan sakan. asal ada masa terluang. soal duit cerita no.2, keluar bawak rm10 pun okey.janji minyak kereta penuh.kekeke...

minggu ni suami tak balik. memang saja tak bagi balik sebab nak suruh dia rehat, simpan duit. balik bila aku call kata dah betul-betul sakit nak bersalin ja nanti.walaupun...........

walaupun 2 hari ni perut ku asyik memulas je. tapi tak ada keluar tanda pun. hanya sakit-sakit lembut gitu je lah. disebabkan tak ada pengalaman bersalin maka aku ready je lah kat rumah mak. mana tahu kan baby nk keluar awal... 

37minggu..

  • 2 hari ni kaki yang selalu ni hanya sembab sekejap-sekejap tetiba membengkak demok-demok. walau lepas bangun tidur tetap membelon kaki ku. nak pijak lantai pun tak daya.sakitnya.....
  • sakit perit-perit kat miss v. hari ni baru mula sakit. sakit menyucuk terutama nak angkat kaki turun katil.aiyo. terasa penuh je kat bawah ni...
  • perut memulas. rasa tajam-tajam kat bahagian bawah pangkal rahim. rasa macam nak turun period tu. tapi kejap-kejap laaa....
  • sakit segala sendi. nak angkat tangan pi ikat rambut pun lambat.
  • sentiasa penat penat dan penat sangat! ya allah.....
  • aku membawa beban badan yang terlalu berat iaitu 82kilogram. bila terduduk atau sesaja duduk bersila adalah sangat payah untuk aku bangun. eemmmm....aku rasa besok nak pi cari tongkat lah....hehehe..
  • miss v banyak mengeluarkan cecair putih macam susu. kadang tu banyak dan sentiasa rasa basah.aiyoo lagi sekali. doktor kata ini biasa, terutama dihujung kehamilan.okey...
okey lah..okey lah..sudah mengantuk ni.nak tido... =.=
assalamualaikum all...


kisah di unit kecemasan..

semasa usia kandungan 29 minggu...

hari tu kan aku kene sakit belakang dan perut memulas. ingat lagi tak? (tanda kontraksi tipu)...> sila pi entri ini kalau lupa < lepas kene cucuk tu doktor suruh aku baring dan rehat sementara ubat bertindak balas. katanya kesan ubat kuat dan boleh mengantuk. aku pun layan kan je lah. walaupun sebenarnya aku tak boleh baring dah. sakit sangat masa tu..

masa tengah layan kepala yang mula pening tu tetiba ada sorang lelaki ni datang kat kaunter kecemasan tu..


'isteri saya bleeding' muka cemas..

'dah berapa minggu?' kata si akak nurse.
'7minggu' kata suami lagi..kata akak nurse lagi..
'cepat masuk dalam'..

aku tak nampak pun mana isteri dia. masa tu unit kecemasan hospital lenggang. tak ada orang sangat pun. diorang pun tengah bergurau senda aje masa tu. bila ada kes tu terus diorang berenti bergurau senda dan terus panggil isteri budak tadi tu masuk dalam unit kecemasan untuk dapatkan rawatan.


disebabkan katil aku ni katil pertama, tepi pintu pulak tu jadi aku nampak lah pasangan suami isteri ni.


kesian. cemas je muka si isteri. muka pun pucat. aku rasa baru kawen sebab inai masih ada kat kuku masing-masing. terdetik kat hati ni 'beruntungnya diorang ni, baru kawen dah mengandung si isteri'. lepas tu diorang terus masuk dalam. aku pun tak tau apa jadi kat diorang sebab 5minit lepas tu aku pun keluar dari hospital.


....


susah nak jaga kandungan terutama trimester pertama. untuk pregnant kali ni pun aku ada bleeding jugak masa tu 5minggu rasanya. bleeding sikit je, coklat pekat kat seluar dalam gitu je. tapi hati ni was-was je samada mengandung atau tidak. sebab upt tunjukkan result yang sangat-sangat kabur.lepas tu sampai sekarang ni tak ada dah apa-apa.alhamdulillah..


kadang tu tetiba kita senak perut lah, cramp kat ari-ari lah,keluar lendir lah..semua tu aku alami untuk kandungan ke dua ni.susah hati ni jangan cakap lah.untuk trimester pertama memang kena jaga baik-baik. dok manja kat rumah saja pun tak apa. tak payah buat kerja pun tak apa.kalau suami marah sebab manja sangat pun buat tak tahu je. sebab kita kena jaga kandungan sebaik yang boleh. dah lah susah nak dapat bila dah dapat peluang tu kena jaga baik-baik tau. pesan kat semua kengkawan yang sedang berTTC ni. jaga baik-baik!


kalau nak cerita atau ungkap balik cerita lama pasal keguguran 2 tahun yang lepas memang ngeri. darah bukan setompok atau secalit dua. tapi bertompok-tompok. habis kain hospital, pakai pulak kain batik, habis kain batik tu tukar pulak kain batik lain. seluar dalam pun pakai kejap-kejap je sebab doktor asyik datang menyeluk tak habis-habis. sakit hati pun ada masa tu.huhu.tak apalah, peristiwa tu dijadikan pengajaran.



7 minggu. baby baru besar biji kopi.
kena jaga baik-baik. tak payah 'bersama' pun tak apa.
puasa lah kejap..hehehe

aida :: sedang menanti berita best dari kawan-kawan ttc...





Thursday, June 6, 2013

37minggu..

assalamualaikum...

macam biasa. diam tak bererti dah selamat bersalin yer. tengah sedap lagi berjalan sakan u all. sedap lagi makan-makan, deko-deko perabut dalam rumah bagai walau pun tengah sarat marat camni haa...hihii

hari cuti. sangat lazat yer cuti hari khamis. dan lebih lazat minggu depan last makcik bekerja. tak sanggup rasanya nak bawak kereta pi kerja. tak sabarnya aku nak berehat menembam kat rumah.kekeke...

37minggu.
kepala dah masuk ke laluan.
tajam-tajam je rasa.
ruang makin sempit.
susah nak tidur malam jugak.
kepanasan badan yang melampau..
tunggu je lah masanya...

hari ni gerak gempur jemur segala tilam dan bantal
termasuk lah tilam baby.
alih perabot-perabot dalam bilik ku pindahkan ke dalam bilik tetamu
sebab nak bagi ruang kat barang-barang baby pulak..


sesi basuhan ke2.
basuh segala baju hadiah dari pemberian sedara mara
cadar tilam baby pemberian mak mertua n adik ipar..
jemur bantal baby jugak... 
(terima kasih banyak semua..)

2 beg ni entah kali ke berapa keluar masuk kereta.
satu beg baby..satu beg emaknya.
dah ready!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...