Saturday, May 25, 2013

tengok wayang dua-dua jer...

hellu sabtu-day..

happy pagi ni walau pun mengantuk yang amat. malam tadi pi tengok wayang dengan hubby. dia dah sebut minggu lepas lagi nak tengok cerita fast and furious 6.  sebelum tu kami sekeluarga buat majlis doa selamat sikit kat surau kampung ni. ada lah makan sikit. buat sikit je.

lepas selamat semua. aku n suami pun sesiap keluar pi kejar kaunter wayang pulak. sebab dah pukul 10malam. takut cinema tutup. maklum lar cinema kampung je u all.hehehe..



sampai je cinema, tengok orang punya lah ramai. terus kami beli tiket. nasib ada rezeki.aku ni tak adalah excited sangat nak tengok F&F6 tapi dek dah lama tak keluar berdua,dating macam zaman becinta dulu tu yang jadi semangat tu. ni pun last dah rasanya keluar tengok wayang semasa mengandung ni. lepas ni tak payah lagi lah walau pun ada banyak cerita best. tahan lah kejap. sebab tak tahan perut asyik mengeras je u all...sakit!hehehehe....

nasihat ku, kepada sesapa yang tengah mengandung tak kira baru berapa minggu..jangan lah pi tengok wayang. terutama cerita aksi dan seram. berderau darah, bunyi pun bising.kesian baby. sumpah aku kesian sangat kat baby dalam perut. kalau dah dengar suara orang pun dia bergerak bayangkan kalau dengar bising-bising dari panggung. aku rasa nak serkup je perut aku dengan kain tebal supaya dia rileks. emmm...entah apa kabar lah anak dalam perut ni.kesian dia. ummi janji tak nak buat lagi dah.hehehe..

habis wayang pukul 1.00pagi. keluar je, hubby kata terasa nak makan char kuew tiaw pulak. nasib baik tempat selalu kami pi tu bukak lagi. aku pun makan jugak sepinggang char kuew tiaw dengan milo ais. tersandar kekenyangan wey..nak pukul 2pagi baru sampai rumah. 

pagi ni kami nak ke Muadzam,Pahang pulak. ke kenduri kawen sahabat suami. teringat dulu susah payah dia masa kami nak bertunang n kawen. jadi kali ni masa dia,kami pun nak jugak pergi walau pun aku dah sarat marat.hehe..

2 comments:

  1. Romantik gitu...
    Pastu pekena kue tiaw pulak...syok

    ReplyDelete
  2. Aida, kakak akak yg dah anak 4 orang, semua anak dia masa dia tgh preggy dia x pernah pergi tgk wayang, suami dia pun sama....dia x biasakan kandungan dgn suasana wayang...

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...