Tuesday, May 28, 2013

bayi dalam lubang toilet


GAMBAR: Usaha Menyelamatkan Bayi Yang Dipam Melalui Lubang Tandas..

Beijing : Seorang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram yang baru lahir berjaya diselamatkan dari

 paip kumbahan sebuah apartment di Jinhua selepas dipam melalui lubang tandas , kata

 beberapa media tempatan.

Beberapa orang penduduk di Jinhua menghubungi bomba selepas terdengar tangisan bayi

 berusia 2 hari ditingkat 4 bangunan tersebut.

Anggota bomba dan dotor mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan bayi dari paip 

kumbahan yang dipotong...

KEJAM sungguh KEJAM mereka yang melakukan jenayah tersebut..

sumber : mynewshub

kesian baby ni..
baru je berjuang keluar dari perut si ibu..
terus pulak berjuang dalam lubang tandas.
tak sanggup aku.kesian...

** si baby dalam perut ni dah 3 hari asyik mengeras. kepala pun dah masuk dalam.memang terasa ngilunya. eem, takut..  =.=

Saturday, May 25, 2013

tengok wayang dua-dua jer...

hellu sabtu-day..

happy pagi ni walau pun mengantuk yang amat. malam tadi pi tengok wayang dengan hubby. dia dah sebut minggu lepas lagi nak tengok cerita fast and furious 6.  sebelum tu kami sekeluarga buat majlis doa selamat sikit kat surau kampung ni. ada lah makan sikit. buat sikit je.

lepas selamat semua. aku n suami pun sesiap keluar pi kejar kaunter wayang pulak. sebab dah pukul 10malam. takut cinema tutup. maklum lar cinema kampung je u all.hehehe..



sampai je cinema, tengok orang punya lah ramai. terus kami beli tiket. nasib ada rezeki.aku ni tak adalah excited sangat nak tengok F&F6 tapi dek dah lama tak keluar berdua,dating macam zaman becinta dulu tu yang jadi semangat tu. ni pun last dah rasanya keluar tengok wayang semasa mengandung ni. lepas ni tak payah lagi lah walau pun ada banyak cerita best. tahan lah kejap. sebab tak tahan perut asyik mengeras je u all...sakit!hehehehe....

nasihat ku, kepada sesapa yang tengah mengandung tak kira baru berapa minggu..jangan lah pi tengok wayang. terutama cerita aksi dan seram. berderau darah, bunyi pun bising.kesian baby. sumpah aku kesian sangat kat baby dalam perut. kalau dah dengar suara orang pun dia bergerak bayangkan kalau dengar bising-bising dari panggung. aku rasa nak serkup je perut aku dengan kain tebal supaya dia rileks. emmm...entah apa kabar lah anak dalam perut ni.kesian dia. ummi janji tak nak buat lagi dah.hehehe..

habis wayang pukul 1.00pagi. keluar je, hubby kata terasa nak makan char kuew tiaw pulak. nasib baik tempat selalu kami pi tu bukak lagi. aku pun makan jugak sepinggang char kuew tiaw dengan milo ais. tersandar kekenyangan wey..nak pukul 2pagi baru sampai rumah. 

pagi ni kami nak ke Muadzam,Pahang pulak. ke kenduri kawen sahabat suami. teringat dulu susah payah dia masa kami nak bertunang n kawen. jadi kali ni masa dia,kami pun nak jugak pergi walau pun aku dah sarat marat.hehe..

Friday, May 24, 2013

35minggu


alhamdulillah.sudah 35minggu baby dalam perut ku. perlu tunggu seminggu lagi untuk matang dan 4 minggu lagi untuk due. selepas 36minggu kita dah boleh bersalin bila-bila masa sebab masa tu paru-paru baby dah matang. doa ku semoga baby keluar tepat pada minggu ke-40 nanti tanpa sebarang masalah..amin...

cuti bersalin awal dah lulus u all...aku ambik 2 minggu awal. tak larat dah rasanya nak drive kereta. nak berjalan pun tak larat.so aku mintak je lah cuti awal.walau pun ada yang tak puas hati hehehe.tak kisah lah yang tak puas hati tu..masuk kanan,keluar kiri jer.kekeke...

sekarang ni badan rasa makin berat u all. berat badan pun dah 80kg.kalau nak ajak g shopping pun belum tentu ghairah rasanya. baik duduk rumah je.lagi sodap....

okey.itu je nak cerita.
semoga semua kengkawan ttc sihat sejahtera n teruskan usaha yer....


Saturday, May 18, 2013

34minggu..


assalamualaikum..

rindu tak?? o.o

hai semua. agak-agak ada tak yang tertunggu-tunggu entri terbaru eh? maaf bebanyak semua, makin sarat makin berat nak buat entri. kemalasan itu biasa. hormon berbelog tak berapa berkualiti sejak makin memberat ni. hormon nak berjalan, shopping, tidur je yang naik sekarang ni.kekeke.senyum ikit...

perut ku 34minggu.
sangat sesak nafas ku ketika baring.
kiri salah,kanan pun salah.
oleh tu selesa lagi tidur sambil duduk.hehehe


tak berapa nk rajin nak bergambar sekarang ni. mungkin sebab tak ada orang nak ambik gambar atau pun kesedaran diri atas kekembangan badan ku kot..so halakan webcam kat perut lepas tu snap sesiap.tara!

kesihatan alhamdulillah sangat memuaskan. masih terdaya bawak kereta seorang diri dari Temerloh-N9..ke kelantan..ke perak..ke kuantan ikut encik suami. kalau ikut ibu mengandung lain mungkin dah tak kosa nak pegang stereng kereta saat-saat hujung kehamilan ni. lebih baik duduk sebelah pemandu jadi tuan besar lagi sedap!

eemm, tapi apakan daya. haku ni terpaksa untuk semua itu. suami ku di kejauhan. jadi belajar lah berdikari. penat berulang ke tempat kerja setiap hari (100km setiap hari), ikut hati nak aje aku coti panjang sampai due bulan depan.hehehe..tapi sayang cuti beb.betul takk?? maka dengan itu..sabar sajo lah. =.=

nah!
sekeping gambor untuk yang sedang kerinduan..
kakakaka!!


Thursday, May 9, 2013

hai...hai..hai.....

Pasir Mas, Kelantan.
kenduri kawen akak kawan suami.
kami datang dah lewat..
pukul7 pun ada lagi orang mai kenduri..

nampak dalam gambar ni makin kuruih pulak suami ku..
ke sebab dia cover perut dengan bantal tu?
aku cam besa lah, membesar bagai johan..
berat hari ni 81kg..
walau pun tak nampak sangat besarnya.ecehhh..
mungkin sebab aku ni berbadan tinggi dan berangka besar kot..
alah, sesuai lah tu...



Thursday, May 2, 2013

32 minggu/8 bulan..

32minggu.ada 8minggu lagi untuk cukup 40 minggu..
isnin lepas pi checkup kat kkia,nurse kira dah 33minggu [8bulan seminggu] pulak..
pelik aku!
banyak pulak due date anak ni.
ni yang nebes ni....sebab tak tahu tarikh mana yang nak guna.aduiii..
suami ku kata, masuk je bulan 6 depan, ready je lah...
aku pun jenis melasak tak tentu hala.
tengah sarat macam ni pun masih ada hati nk berulang dari rumah emak ke pejabat..

masuk 8 bulan ni,alhamdulillah....
kesihatan macam biasa..
sakit belakang dan sakit pinggang tu biasa.
masuk kereta, letak bantal siap-siap belakang badan.
lepas mengharungi perjalanan jauh biasanya aku akan monyok sekejap..hehehe..
tak cakap, tak senyum...
melembik semacam.
lepas sejam kalau penat dah hilang baru lah aku boleh senyum cam biasa...

tak cukup tidur itu biasa juga.
walau masuk tidur pukul 9malam dan siap dah makan kenyang-kenyang.
tapi tetap terjaga pukul 3-4pagi sebab nak terkencing atau lapar..
waaaaa, lepas tu kang susah sangat nk sambung tidur balik..
tu sebab sampai pejabat biasanya monyok je macam kucing..kekeke....


macam cat ni.
macam ni ler aku tiap pagi..
keletihan =.=
bestnye, kalau suami yang hantar dan jemput kerja setiap hari kan?
indah beb..

ape pun aku harap baby keluar cukup bulan..
nama tak ada lagi ni.tak terpikir lagi ni haa..
sibuk pikir pasal apa pun tak tahu aiyh...

lupa nk bagi tahu..
berat badan aku yang terkini ialah 78 kg.
fuuuh!sikit lagi nk cecah 80kg..
tak pernah jejak lagi tu..
paling berat pun badan aku sebelum ni 72kg..
nak sama berat dah dengan suami ku..
tatotnyer..!










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...