Saturday, April 13, 2013

ya allah, sakitnya back pain ni..


hari khamis hari tu 11.4.2013, aku kena sakit pinggang yang melampau tapi buat tak tahu je.terus bekerja turun naik tangga macam biasa. besoknya pagi jumaat tu sakit pinggang dah naik ke tulang belakang dan perut pulak memulas-mulas 15minit sekali.

pukul 9.00 pagi baru naik pejabat. sampai pejabat terus kawan tolong hantar pi hospital untuk dapatkan rawatan.


masa kat hospital tu terus ke unit kecemasan sebab masa tu perut memulas-mulas 15minit sekali. sakit memang tak boleh nak cerita. tak tahu nak cakap sakit dia macamana. takutnya aku kalo terbesalin awal.ya allah,berpeluh-peluh masa tu.

sampai kat unit kecemasan tu, biasalah diorang akan tanya macam-macam. aku pulak masa tu nak sebut perkataan sakit pun tak tersebut dah. bila dah ambik bp semua, diorang hantar aku ke labour room untuk buat ujian CTG (cardiotocoraphy). masa buat tu memang aku seram n takut sangat kalau jadi apa-apa kat baby ni. ape pun ujian CTG tu menunjukkan jantung baby dalam keadaan baik. aku je lah yang tak sihat sekarang ni.


macam ni lah ujian CTG tu. 
tapi aku tak adalah tersengeh macam pempuan tu.

lepas habis buat ujian CTG aku kene pi unit kecemasan balik untuk dapatkkan satu injection untuk kurangkan sakit belakang. aku tanya doktor, kenapa perut aku memulas. emm, diorang pun tak dapat pastikan kenapa. sebab terlalu awal untuk aku melahirkan. tak puas hati sangat. tapi redha je lah..

doktor tanya samada aku ni bekerja atau tidak. cara aku bekerja macamana? aku cerita lah sikit-sikit pasal kerja aku hari-hari. disebabkan kat pejabat ni tak ada lift jadi aku terpaksa turun naik tangga berulang kali setiap hari. komputer aku rosak jadi aku pun terpaksa jugak mengusung laptop sendiri setiap hari. kene pergi kursus setiap minggu.bla..bla..bla...

dengan itu doktor bagi aku cuti rehat seminggu lebih. mungkin aku stress buat kerja, angkat barang berat setiap hari dan barang-barang berat tu semua jadi beban kat perut aku. elakkan perjalanan jauh, banyakkan bersenam untuk mengurangkan sakit belakang.

aku tak minta pun mc dengan doktor. doktor tu sendiri nak bagi.emm,alhamdulillah sangat-sangat.hehehehe...sekarang ni balik kampung lah rehat sepuas-puasnya. hujung bulan ni baru naik kerja. 

sakit belakang tu ada je.tak urut pun, aku sapu je dengan ubat yang hospital bagi. alhamdulillah. 
tambah okey sikit cuma tak boleh baring mengelentang, kene mengiring je lah. perut pulak dah tak sakit. perut stress kot masa tu. adui..cuai nya aku.

apa pun syukur alhamdulillah. allah swt memahami kesusahan dan keletihan yang aku tempuh setiap hari. bukan nak merungut tapi aku tengok orang atas aku ni bukan nak menolong. tanya perkembangan kerja pun bila semua kerja dah siap bersih. lepas tu tambah lagi kerja sampai aku rasa sakit macam ni.huhuhu. sabar je lah.

tak kisah lah yang tu. yang penting sekarang ni aku dah kat kampung pun. berehat sepuas hati. hujung bulan ni baru naik kerja.mesti orang atas aku tu bengang je sebab aku mc lama. dia mana boleh pembantu dia ni tak ada, nanti sapa nak gantikan dia pi mesyuarat,pi kursus, layan public n buat kerja dia.emmmm....


kini baru ku tahu kenapa orang mengandung suka jalan pegang belakang pinggang.
rasanya sangat-sangat-sangat sakit okey!

kepada suami ku, terima kasih banyak-banyak kerana ambil berat 
dan 
minta maaf banyak-banyak sebab susahkan hati mu.




No comments:

Post a Comment

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...