Thursday, April 18, 2013

selamat datang trimester 3...

hellu..

selamat datang trimester III. penantian demi penantian..

masa mula-mula pregant dulu aku sangat takut untuk melalui trimester 1.  orang kata trimester1 ni macam-macam boleh jadi. masa trimester1 dulu aku melalui alahan yang teruk so suami menghantar aku balik ke kampung. emak jaga aku dengan baik sekali. alhamdulillah..kami berjaya pada trimester1.thanks kat semua orang.......

sedang melalui trimester1 hati aku tak sabar-sabar menunggu trimester 2. menunggu penuh sabar, minggu demi minggu. bila habis trimester1 aku rasa nak meloncat je sebab alahan hilang sikit-sikit.walau pun masa tu aku mabuk n muntah-muntah sampai baby 5bulan!

trimester II. seronok. sebab hari demi hari perut ku kian menonjol. seronoknya menikmati trimester II sebab orang mula sedar aku bakal menjadi umi tak lama lagi. walau pun perut kian membesar tapi aku larat je turun naik tangga kat pejabat. larat je kesana kemari bawa kereta. selera makan pun makin okey. semuanya seronok lah!

tanpa ku sedar, kini aku dah mula masuk ke trimester III. aku mula membuat persiapan kelengkapan si dia. persediaan untuk berpantang juga. kadang-kadang pening jugak kepala bila memikirkan tentang persiapan nak bersalin nanti. nak bersalin mana pun aku tak tahu lagi. nak cuti seminggu awal sebelum due pun aku tak pasti lagi, sebab aku ada 2 tarikh yang dijangka akan bersalin. sayang cuti uall.....hehe

sesungguhnya emosi pada trimester III lebih dasyat dari trimester I dan II. macam-macam ada dalam kepala ni. gembira..takut..tak sedia..macamana nak menghadapi..ahh,macam-macam lah..

maklum lah tak ada pengalaman....
ape pun,kita senyum je..

(gambar dari google)
bila dah nak hujung-hujung ni 
makin gemar pulak makan makanan yang manis-manis..
siang tadi makan pavlova..
besok makan kek coklat pulak..
milo nak sejuk-sejuk n manis-manis je
fuh..kalau tak dapat makan manis sehari mesti rasa tak sedap badan jaa.
awat lah lagu ni.?
tak baik sungguh untuk kesihatan kan?..

1 comment:

  1. aida..buatla entry ttg persiapan untuk menyambut org baru & berpantang..

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...