Thursday, April 4, 2013

comey,penghibur kami sekeluarga..

kami adik beradik memang penyayang dan suka sangat dengan kucing u all.dari kecik-kecik lagi kalau ada kucing terbiar kami bela je. tapi dengan syarat kene bela sekor je dalam satu masa tu. sebab apa tau...sebab emak ku marah nanti. nak ajar anak kucing berak kat luar memang susah. mak marah tu sebab kucing suka berak dalam rumah je,itu je....hehehehehe...

yang best lagi, setiap kucing yang kami bela nama ada dua saja.COMEY atau MANJE je. orang kampung bela kucing u all, tak pandai nak letak nama cici ke..coco..bella ke...buat masa ni kami sekeluarga bela comey. comey ni asal dari Raub, si comel yang datang rumah aku masa bulan ramadhan lepas. masa tu dia sangat kurus, kotor, mata berair. aku bagi dia makan, lepas tu halau keluar tapi dia tak nak. malam pertama duduk rumah aku je dia dah terberak merata-rata dalam rumah. geram betul lah masa tu. 

2-3 hari gak dia duduk rumah kami masa tu. dia makan sedap-sedap u all, kadang tu aku gorengkan ayam goreng special untuk dia tau.hehe. lepas tu adik-adik aku datang dari kampung terus diorang ni nak bela si comey ni. aku pun tak kisah, sebab aku sibuk masa tu (sibuk buat apa pun tak tau..) lani comey dah gemuk gedempol u all..makan sedap-sedap je..sebulan sekali pi klinik periksa badan dia.seminggu sekali mandi wangi-wangi.fuh, kucing zaman skarang ni manja tak ada agak. ape pun kami semua sayang sangat kat dia.!mak aku sayang sangat kat dia ni sebab musuh ketat kami (tikus,lipas dan ulat-ulat lain) dah tak berani nak tunjuk muka kat rumah. kalau comey nampak, memang nahas ko yer.!


comey di malam pertama rumah kami di raub.
comey kecik je lagi. 
lepas kene marah sebab berak merata-rata dalam rumah.pening kepala makcik bau oi..
tapi rasa kesian pulak lepas tu bila tengok mulut comot ada saki baki susu.
nampak sangat dia kelaparan masa tu.
mintak maaf cayang ku...

dia suka main. kadang tu bergurau kasar.
calar-calar kaki n tangan tu biasa dah kami ni..
sampai aku terpaksa potong kuku dia sikit

masa aku alahan teruk hari tu, 3bulan aku duduk saje je kat rumah mak.
asyik baring je dan dia lah yang meneman.
bila aku sibuk masuk toilet nak muntah dia pun mengekor dari belakang.
termasuklah kalau nak mandi,buang air atau ape-ape je dalam toilet tu..
mesti nak masuk sekali dengan kita.
pagi-pagi dia akan kejut aku suruh bukak tingkap bilik sebab dia nak menebeng macam dalam gambar tu haaa...hehehe

suka tidur dalam bilik aku..
comel tak? geram kan.....

ada masanya aku pening kepala dan baring jeeee...
masa tu lah dia datang n tidur sekali dengan aku.
tapi dia tak nak tidur dekat-dekat dengan aku..
janji sekatil je.haaa gitew...
lagi pun masa alahan ari tu aku memang tak boleh bau dia lah.busuk!
walau pun dia baru lepas mandi..hehehe...

kalau kami semua nak keluar, dia akan tinggal seekor diri jaga rumah katanya.
sangat baik ini kucing yer...
pintu bukak sikit lah untuk dia keluar buang hajat atau keluar berdating.haha


sangat suka menebeng masa orang tengah bergosip.
masak-masak tung-tang kat dapur pun dia sedap gak tidur...


si comel penghibur kami sekeluarga.
sudah besar dan gemuk gedempol..
seminggu 3kali akan diberi makan ikan basah jenama whiskas tu.
kalau tak dapat memang dia akan duduk je depan kaki kita.
nak jalan pun tak boleh.
haa,tengok lah tu betapa obesitinya dia.. =)

nanti bila baby aku dah keluar mungkin comey akan lebih kerap ke klinik haiwan kot. saja hantar supaya dapat control segala jenis kuman pada badan dia tu. yang bagus lagi, dia ni bukan jenis suka tidur sekali dengan orang, tak suka menjilat orang tak tentu hala. dia ni jenis manja-manja jual mahal gitew. apapun, nanti my baby dah besar mesti dia geram je tengok si comey ni. habis lah ko comey kene picit-picit dengan anak ku..hahaha..

ok. itu je nak cerita. we love u comey...muah!









2 comments:

  1. yana pun ada 4ekor kucing. skrg mmg kurang main dgn dorg, sbb takut bulu n najis dia kan.

    ReplyDelete
  2. gebunya bulu dia... mcm kucing mix je kan..

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...