Friday, April 19, 2013

barang adik part 1

ini permintaan seorang hamba Allah. suruh aku buat entri pasal persediaan sambut orang baby dan persediaan berpantang. hurm...pikir panjang jap. malu sebenarnya nak tunjuk kat korang semua. sebab persediaan kita biasa-biasa je. tak semeriah orang lain. ini pun aku beli sikit-sikit. betul-betul sediakan untuk keperluan pi hospital je dulu ni.

semua barang ni aku beli masa sale musim cuti sekolah hari tu. pilih barang pun yang murah-murah dan sale paling best. tak ado duit acik nak beli barang anak yang mewah-mewah weyh.gabak poket.hehehe..bersederhana saja ye anak ku...

baby cotsheet.
penting ni. senang nak pakaikan baby baju bila dia lepas mandi.
kalau baby boy lagi penting.
sebabnya baby boy suka kencing memancut lepas mandi. 
untuk mengelakkan tilam atau korang basah ..
tolonglah beli ini.hehehe

drypers sale cuti sekolah.
aku tengok macam murah je.terus beli.

bakul ni beli masa balik rumah mertua kat kuantan.
bakul ni kegunaan dia untuk simpan botol susu,susu,pempers..
atau ape-ape je barang kering yang aku rasa boleh sumbat.

persediaan kalau susu badan tak cukup untuk anak.
aku beli jenama pigeon.
abg ku suruh beli yang ini sebab puting dia direka cipta untuk mengelak baby tersedak susu.
bila baby nyonyot baru susu keluar.
kalau tidak,susu tak keluar menitik-nitik.

mandian baby.

ini seluar dalam aku yang punye.hehe
kegunaan masa kat hospital selepas bersalin nanti.

baby wipes.
untuk lap punggung anak ku nanti bila dia membuang ke apa ke.
kalau anak terberak 2-3 pagi tak kan aku nak basuh dengan air sejuk.
tepanjat anak kang.cian dia....
so sila beli ini yaa...


sarung kaki dan sarung tangan
baru beli 4 pasang u all..

baju dan seluar ..
beli 3 pasang je dulu.
ini pun ambil berkat sale cuti sekolah hari tu.

bedung.
baru beli sehelai.nanti umi tambah lagi ye sayang..

barut pemberian kak ipar ku
kak ipar ku tempah kat terengganu.dapat 10helai.
lama dah ni dapat, masa baby 4 bulan kalau tak silap.
thanks kak ipar ku comel..

tuala mandi, tuala kecil dan kain lampin.

tada!!
ini je barang nak bawak pi hospital.
tak lah semeriah orang lain.
 aku buat cukup syarat je dulu ni..
boleh lah kan..

itu je u all. tak banyak pun macam orang lain. tapi kalau ada kecemasan boleh guna dah ni. persediaan berpantang pulak? belum buat satu pun. set berpantang aku tak beli lagi. sebab nak tunggu dah selamat bersalin baru nak suruh emak ku beli kan. sebabnya, aku tak tahu lagi rezeki bersalin nanti macamana. normal kah atau pun secara ceasarean. 

kalau normal boleh lah aku pakai barut, boleh bertungku, sapu itu,sapu ini. kalau rezeki dapat melahirkan secara ceasarean?emm....harap-harap tidak lah kan. moga aku dapat melahirkan secara normal.amin...

oh ya, pesan emak ku. masa berpantang nanti jangan makan lah jamu merepek-repek ni. takut anak kuning. lagi pun dalam tempoh berpantang tu kita kena bagi susu badan kat anak. jadi kita pun kena lah makan makanan yang berkhasiat je supaya anak dapat khasiat penyusuan yang terbaik.waaah!hehehe..

minggu depan suami aku balik. so boleh lah pi shopping barang adik lagi. aku sekarang ni nak pi jalan jauh sikit kena pikir seplooh kali. tak larat lah. sakit belakang aku ni pun belum baik sepenuhnya lagi. kalau ada suami boleh tolong tolak troli..boleh menambah-nambah duit jugak.gagaga,..

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...