Tuesday, April 16, 2013

baby cot

hellu...penatnye hari ni. buat MGTT kali ke dua pulak hari ni haaa. 2 kali dah aku kena minum air gula. memula minum dulu sedap je rasa dia. tak manis pun mybe sebab cup yang dia bancuh tu besar. tapi kali ni cup yang diguna kecik pula. pergh....naik bulu roma ku.manis kemain haih! ditambah pulak perut tengah kosong. kembang kempis idung menahan kemanisan.eeem..tak suka lar.

okey tetiba nak cerita pasal baby cot.

dalam perancangan aku memang tak letak pun baby cot ni dalam senarai belian kami. sebabnya, aku nak tidur sekali dengan baby. ditambah pulak azam ku nak menyusukan dia sepenuhnya bila dia lahir nanti. saja nak ajar anak mengempel dengan emaknya. supaya kami tidak boleh dipisahkan.heee (ada niat tersembunyi)

tapi bila dipikir-pikir. kami macam kena beli jugak baby cot ni. sebab apa tau, sebab ayah dia tidur lasak!hahahaha.. perkara ini diakui sendiri oleh suami ku. suami ku sendiri mencadangkan supaya baby cot ni masuk dalam senarai belian disaat-saat akhir. bulan pertama (dalam pantang) ni mybe kami akan tidur berasingan. aku akan tidur dengan anak kat tilam bawah n  suami pulak tidur sorang atas katil.tapi bila dah lama-lama nanti kalau anak tidur tengah-tengah mau nya nanti anak kemek kene himpit dek ayah sendiri. ada logik tak?ada.....

beli lah kan? ala yang murah-murah tu je. guna bila ayah dia balik jumpa mak dia jaa.hehe. memula tidur bertiga lepas tu, bila anak dah tidur kami angkat lah anak tidur dalam babycot pulak.gitu.....

bila ayah dah balik kat tempat kerja, anak tidur balik dengan emak dia.waaaah....!


(gambar hiasan jo.sumber dari gugle)
ini baby cot cadangan emaknya.
jenis 3 in 1 ni bagus..
boleh lipat-lipat simpan letak dlm kereta.
ada tempat tukar pempers lagi tu..
tak payah sesusah nak bongkok-bongkok badan..
nanti bila dah tak guna boleh buat tempat simpan barang..haaaaa....




No comments:

Post a Comment

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...