Wednesday, April 10, 2013

3rd trimester


alhamdulillah. telah memasuki 3rd trimester. cepat sungguh masa berlalu. dalam pada membawa si kecil yang masa tu sekecil biji tembikai ke hulu hilir dan sekarang ni dia makin matang dalam rahim ku. berat badannya aku tak berapa pasti tapi pergerakannya kadang kala buat aku terjerit kecil. terutamanya bila dia menyiku pinggang aku.aduuui tajamnya..sakit dalam kebahagiaan =) siap boleh tolak lagi siku dia masuk ke dalam.hehehe..

persediaan membeli kelengkapan sicomel dah kami buat sikit-sikit. untuk persiapan ke hospital tu mungkin dah siap kot. baru semalam basuh baju-baju dia [mengah u..] dan hari ni terus lipat masuk dalam beg. baget bulan april ni baget last untuk beli persiapan sicomel. baget bulan seterusnya simpan untuk buat kenduri akikah dia pulak.

kedudukan sicomel sekarang ni dah berpusing kebawah. bulan lepas buat scan penuh kat klinik pakar.alhamdulillah semua baik-baik saje. gender pun dah tahu.sekarang ni pun checkup di kkia pun dah jadi 2 minggu sekali.

kolostrum atau pun susu ibu yang pertama kali keluar tu pun dah keluar seawal kandungan 5 bulan lagi. sekarang ni kene rajin cuci kat puting tu je lah. supaya tak tersumbat atau berkerak. sesekali tu aku picit sikit supaya aliran lancar. sebab kadang-kadang tu breast membengkak dan aku pikir susu dah memberat so aku picit sikit.hehehe..betol ke ni? kalau salah tegur eh..

orang kata bila dah masuk 3rd trimester ni kita akan susah tidur malam. emm, untuk aku kadang susah kadang senang. ada masa nak baring tu rasa sesak dada sikit sebab baby makin membesar. bila tidur mengereng dia menendang so tidur je lah ikut keselesaan kami berdua. asal dia selesa dan duduk diam kira dah cun dah tu..heeeee..

eem, banyak lagi nak cerita ni tapi tunggu nanti-nanti lah ye? sebab dah lewat ni, nak tidur.nanti ada masa aku cerita lagi tau.tunggu....

aida : masa kita sedang bergembira ingatlah orang yang sedang diuji dengan bermacam-macam dugaan.




4 comments:

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...