Thursday, April 25, 2013

teringat mimpi dulu..

assalamualaikum...

tiba-tiba teringat mimpi mengandung tahun lepas. mimpi je masa tu. akibat terlalu mmikirkan sangat sampai aku terbawa-bawa perasaan sedih nak anak tu dalam mimpi. bila dah rasa mimpi mengandung tu, rasa lah happy sikit walau pun hanya dalam mimpi...

ini entri mimpi mengandung tu yer..

dalam mimpi tu, ada orang tegur.kenapa dengan perut aku. lepas tu aku kata, dalam perut ni ada budak. lepas tu orang tu kata..oo,patut lah perut kau penuh sampai ke pinggang! [korang bayangkan, betapa besarnya perut aku dalam mimpi tu]hehehe

sekarang ni perut aku adalah biasa-biasa je.perut normal diusia 31minggu kehamilan. makin sarat dah aku rasa.badan pun cepat penat, penat yang tak terkata.kembang kempis hidung tu biasa dah kalau panjat tangga 2 tingkat.hehehe nak masuk kereta pun mengah semacam. aku rasa myvi aku tu terlalu rendah,sarat,berat dan sempit untuk aku. lemas kau kadang-kadang tu.heeee...isy, itu bukan tanda kena tukar kereta eh.belum ada rezeki lagi nk tukar kereta baru gamaknya..




31 minggu

syukur alhamdulillah.kerana diberi nikmat seindah ini. dapat merasa susah senang bersama sicomel. sicomel ni pun senang bertindak balas kalau kita bercakap-cakap. emak nya pun sedang sibuk mengira waktu gerakan. kalau tak gerak tu saja je aku usap perut kacau-kacau dia.heehehehe...lepas tu kang senget menget lah perut ni dia tendang.

apa pun mimpi kini menjadi kenyataan.alhamdulillah........

**teruskan usaha!mana tahu mimpi anda jadi kenyataan juga??..



Wednesday, April 24, 2013

comey dah selamat beranak.

ingat tak mycat si comeey.? sebelum ni aku selalu post pasal keadaan dia yang tengah sarat kan.semalam emak call katanya comey dah selamat beranak. bila letak telepon je terus aku siap-siap bungkus kain baju balik kampung.excited beb nak tengok anak-anak comey. walau pun badan dah rasa berat dan sarat tapi demi comeey dan nak bagi semangat kat dia, aku sanggup drive jauh semata-mata kerananya.

 

 
saat comeey sedang sarat.
seminggu sebelum beranak

sampai rumah emak semalam comey tengah bersihkan bulu anak-anak dia yang masa tu baru keluar 2ekor. cute nya, sedang berusaha mencari nenen emak dia.hehehe..

aku yang terlampau excited terus duduk bersila tepi kotak tu dan leka perhati kesungguhan comeey membersihkan badan anak-anak dia.sesekali comeey letak kepala dan tutup mata.penat kot,dalam hati aku laaa. tapi kan tetiba je comeey angkat kaki dia pastu ada sekor lagi celah kangkang dia! teperanjat aku. terus memual tak tentu hala...dasyatnya. comeey tak menjeri-jerit pun masa keluarkan anak yang ke-3 tu. aku sendiri tak sedar bila yang ke-3 tu keluar.kuasa allah..

bila comeey dah setlekan hal beranak dia tu. baru aku datang dan sambung duduk bersila tepi kotak. comeey sangat penat.kesian dia..mak aku kata, dia tak makan pun hari dia beranak semalam. tapi asyik meraung-raung dalam rumah n sibuk memunggah kain baju masuk dalam almari. rupanya dia dah sakit nak beranak. nasib baik emak dan adik aku sedar. so cepat-cepat sediakan tempat yang selesa untuk dia beranak. 10 minit sebelum baby sulung dia keluar,emak aku gigih mendukung comeey yang semangat tu masuk dalam kotak. nasib baik sempat kalau tak habis kain baju dalam almari.huhuhu..

apa pun. aku terharu tengok kesungguhan comeey dan kasih sayang dia terhadap anak-anak dia. binatang sangat sayangkan anak dia uolss. lepas penat beranakkan anak-anak dia tu, dia pun terbungkang kepenatan. tak keluar pi makan atau kemana-mana. bangun pi kencing pun tidak.

subuh pagi tadi baru comeey bangun. kesianya perut dia dah kempis dan melayut je.hehehe. bila aku usap kepala dia n ajak pi makan baru dia berkejar ikut aku. aku bagi makan banyak pagi tadi. sebagai tanda tahniah untuk comeey aku akan belikan dia makan sedap-sedap untuk dia minggu ni. dalam kepala dah terpikir nak bagi makan ayam golek giant.heheeheee....

ape pun,selamat menjadi ibu muda comeey. baru je rasanya suami aku kutip kau kat Raub dulu. sekarang ni kau dah jadi emak kucing yang cantik. selamat berpantang.... 

giliran comeey dah lepas. sekarang ni menunggu giliran tuan dia pulak.huhuhu..berdebarnya dada ku...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...