Thursday, March 28, 2013

sedih sikit laaa...

mengusung perut yang makin sarat kesana kemari adalah sangat okey bagi ku. aku selalu diberi keutamaan terutama ketika  sedang berebut-rebut untuk thumbprint diawal pagi. diberi kemudahan meletak kereta berdekatan dengan tangga pejabat maklum saje lah sebab lepas tu kang aku akan berjuang untuk mendaki hingga ke tingkat 3 pula.penat tapi aku bahagia..terima kasih semua..

jiran menyayangi,sering datang bertandang ke rumah sambil bawa makanan dan bertukar-tukar cerita. sekarang pun aku dengan secara tak sengajanya dah dapat bakal pengasuh untuk anak aku bila aku sudah habis cuti bersalin nanti.alhamdulillah....

dipejabat aku sibuk kesana kemari dengan perut yang makin sarat dan berat. naik tangga, turun tangga adalah sangat penat untuk ku. berjam-jam bawa kereta mungkin dah jadi biasa untuk diri ku dan anak dalam perut ni. alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan ku. aku masih gagah memandu 1-2jam tanpa henti.walaupun selepas itu kaki,tangan,pinggang dan belakang badan sangat sakit! aku senyum kerana aku dapat menjalankan ibadah kerja ku dengan baik walaupun aku dah tak berdaya sebenarnya.

bila malam....
aku akan baring sambil melayan si kecil bergerak-gerak dalam perut ku. sambil memanggil namanya, aku memesan supaya sentiasa berkeadaan baik dan faham situasi aku terpaksa yang menguruskan kehidupan sendiri tanpa kehadiran abi nya yang jauh.

sambil mengurut kaki dan tangan yang mula membengkak, hati mula sebak memikirkan kepenatan yang aku harungi setiap hari.tanpa bantuan dari suami, urutan yang melegakan,usapan sayang dari suami aku sedih sangat. namun aku tersenyum lagi kerana tidak lama lagi aku akan merasa betapa manisnya kepenatan dan kesedihan yang aku telan selama ini..

hai anak ku...semoga kamu sihat ya..
umi dan abi sayang kamu! kami sabar menunggu kamu.....


umi yang sedih...
;(

5 comments:

  1. takpe la aida.. sy pun pernah ttc jugak, jd kita yg pernah ttc ni sgt menghargai baby dlm perut ni kan.. Sekarang ni saya dah pregnant anak ke 3. dua pregnancy sebelum ni memang berjauhan sokmo ngan suami.. drive Kajang-Slim river. almost 2 jam jugak.. sampai lagi dua hari nak bersalin still drive long journey..

    Orang lain takkan memahami kenapa kita suka bersedih, sunyi, rindu kat suami...ketika pregnant ni.. tabahlah..
    in syaa Allah, anak2 itu nanti penguat kita dikala kesunyian...

    Aida kiranya sangat beruntung, semua bg keutamaan kat aida.. parking, jiran, beratur.. saya dulu... perut kecik kot.. takde sapa perasan.. sampai nk bersalin pun misi duk sound2 kata kita ni dtg spital awal2, sbb perut tak beso..walhal nak terberanak dah.. huhu.. lg sedey taw!

    -sarius

    ReplyDelete
  2. tabah ye kak ...

    ReplyDelete
  3. syukur la dengan bayi itu...sy ni still tade baby lgk..sedey sangat...bukan sedih sikit...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada saya kata tak bersyulur dengan anak ni ke zuraidah?
      yelah,kita bukan ditempat yang sama.
      nanti bila awak mengandung suami pulak jauh.sebulan sekali pulak jumpa.
      situasi kita berbeza ye.jgn cakap saya mcm tu.

      Delete
  4. alhamdulillah....tak pe...hubby jauh.. bb adee..lagipon enjoy life mase bb dalam proT.. nanti akan rinduuuuu.......

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...