Thursday, March 14, 2013

nenas.sedapnya...


sejak dari awal mengandung lagi, ramai dok tanya saya. aida, ada mengidam makan apa-apa tak?aida,hang dah mengidam makan apa-apa lom?eem..sejujurnya lah, belum rasa lagi perasaan nak mengidam tu macamana. tak tahu pun mengidam tu macamana. tapi kalau teringin nak makan sesuatu tu saya anggap selera memang nak makan jer. maklum lah, saya mabuk muntah-muntah lama. hampir 5 bulan baru kembali normal. jadi lepas elok dari mabuk tu lah selera makan saya terus naik memuncak-muncak.

kadang tu saya pendam je apa yang teringin nak dimakan, bukan ape kalau mak dengar mesti dia usaha buatkan. kesian pulak. sebenarnya kalau tak dapat pun tak apa. tak nangis lah kalau tak dapat.tapi biasanya kalau ada permintaan dari mak buyung ni org lain biasanya tak sampai hati. kesian katanya. tu yang best tu kan... =)



bebel panjang pulak. sebenarnya nak cerita pasal buah kegemaran saya ni. buah nenas. sejak dulu lagi saya memang suka makan nenas. dapat pulak nenas yang manis tu kan.fuhh.. sebiji pun sanggup makan walaupun lidah akan pedih lepas tu.masa awal mengandung ari tu memang suami/mak tak bagi makan. tajam katanya. tapi cocacola,durian,mcd steady je pulak tu (ambik sorok-sorok)huhu..ape pun sabar je lah masa tu...pendam dalam hati nk makan nenas. sabar menunggu sampai kandungan masuk 8 bulan katanya. sebab nanti kalau makan nenas bila dah nak due,insyaallah baby akan bersih masa dia keluar dari perut. ini petua org jawa masa saya kerja kat JB dulu. termasuklah minum air kelapa muda yer kawan-kawan. bagus kalau amalkan kelapa muda masa masuk 7-8bulan mengandung. anak akan bersih.

tapi kan korang ingat saya akan tunggu sampai 7-8 bulan ke? huh..tak adanya.baby masuk 6bulan je saya dah bedal nenas. terseksa selera tengok buah nenas tu.adoi,sedapnya! tadi masa kat opis diorg ni pakat makan buah nenas beramai-ramai. diorang ingat saya tak hingin. sebenarnya diorg tak tahu,saya ni hantu nenas. fuh, tadi mintak lah sikit.alhamdulillah...dapat lah sepotong. diorg tak berani nak bagi saya makan sebenarnya. tapi tak ada apa-apa pun...baby suka! mak lagi suka!

tak sabar nak tunggu 8bulan nanti. sebab nak makan nenas n minum air kelapa. adoi..ada sebulan lebih je lagi ni makcik-makcik...

3 comments:

  1. pehhh..baru tgk pic nenas,sy dah mleleh ayor liur..hihi..sy pun suka makan nenas taw...sedapnnye..tp dah lama xmkn,katanye nenas tajam..so utk org2 yg tgh merancang mcm sy ni xelok...huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka ke.sama lah..hantu sikit dgn benda masam2 ni kan. makan je mar apa yang nak dimakan. tapi kalo setengah org tu makan benda tajam macamana pun tetap menjadi.sabar yer...selamat berusaha..

      Delete
  2. hehe..nti cuit2 sikit mkn...(sikit ke?)hahhaa....itulah kalu dah mmg rezeki kan..ye...terima kasih..hehee

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...