Saturday, March 23, 2013

makin sarat,makin lasak..

sesuai dengan tajuk kat atas. memang pun. makin sarat ni makin kuat pulak kaki ni nak berjalan. tiap minggu ada je tempat nak pi tengok. kadang tu kalau ada mesyuarat luar daerah saje je tak nak request pemandu, sebabnya bila habis mesyuarat nanti mesti nak pi shoppingcompleks.hehehe..kene bawak kereta sendiri tau, tapi sanggup je.walaupun lepas tu kang kaki tangan bengkak-bengkak.

kalau suami balik, memang saya ajak dia pi berjalan. paling tidak ke Melaka. mesti nak pi jalan-jalan. minggu lepas suami tak balik.so saya balik rumah mak je. kebetulan hari sabtu tu ada kenduri kat taman rumah mak tu, lepas tu kawan pulak ada buat kenduri. dalam satu hari aku sanggup pi 2 kenduri. lepas pi kenduri pergi pulak ke hospital melawat anak sedara excident, pun aku sanggup menapak jalan jauh-jauh, naik tangga bertingkat-tingkat.

awal bulan 4 ni,kandungan akan masuk 7bulan. jadual kerja bulan 4 dah pun dapat. setiap minggu penuh padat dengan program berkursus dan mesyuarat. ada yang ambil masa 3hari & 4hari. ada yang dibuat di Kuala Lumpur, port dickson dan seremban. sesekali merungut jugak tapi nak buat macamana kalau dah badan ini jugak yang diharapkan. rasanya cukuplah sampai hujung bulan 4 ni saya melasak pergi outstation jauh-jauh. kandungan masuk 8-9bulan nanti saya nak buat kerja dalam pejabat je. kalau 'si bongok' tu tak paham bahasa, tak memahami keadaan aku ni maka terpaksa lah aku naik pejabat setiausaha atau pejabat yang dipertua untuk minta excuse dari bekerja luar daerah.tak larat weyh...tak larat sangat!

gambar kat bawah ni masa ajak mak n anak sedara pi jalan-jalan Melaka.isy...melaka lagi!hehehe. jalan sana,jalan sini,panjat tu,panjat ni.alhamdulillah, akhirnya selamat jugak sampai rumah.kereta dipandu oleh aku sendiri.heheheeee....
















4 comments:

  1. akk..x gayat naik taming sari ke?

    ReplyDelete
  2. org kata byk jln senang bsalin ;))

    ReplyDelete
  3. Laaa..awat x ckp dtg melaka..leh jumoa!

    ReplyDelete
  4. rajin berjalan ketika pregnant dpt memudahkan proses bersalin nanti...

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...