Saturday, March 30, 2013

sedapnya kalau hari-hari dapat u...

gambar hiasan

ya allah,sedapnya kalau dapat makan kek coklat kukus hari-hari.
makan pulak masa kek tengah sejuk.fuuuh!
tadi dah tempah kek macam ni kat makcik nurul.
kita tempah setalam. nak makan sorang-sorang je..
nak bawak pi kursus 3hari nanti kat portdickson.
hari tu masa kursus 2 hari kat sana,perut asyik lapar je!
walaupun time makan melantak banyak =)

minggu depan nak balik kuantan..
tetiba teringat pulak kek coklat kukus aina yang sedap tu..
adoi..rasa nak tempah setalam jugak ni..
eeemm.....sedapnya..sedapnya..sedapnyaaa!!

Thursday, March 28, 2013

sedih sikit laaa...

mengusung perut yang makin sarat kesana kemari adalah sangat okey bagi ku. aku selalu diberi keutamaan terutama ketika  sedang berebut-rebut untuk thumbprint diawal pagi. diberi kemudahan meletak kereta berdekatan dengan tangga pejabat maklum saje lah sebab lepas tu kang aku akan berjuang untuk mendaki hingga ke tingkat 3 pula.penat tapi aku bahagia..terima kasih semua..

jiran menyayangi,sering datang bertandang ke rumah sambil bawa makanan dan bertukar-tukar cerita. sekarang pun aku dengan secara tak sengajanya dah dapat bakal pengasuh untuk anak aku bila aku sudah habis cuti bersalin nanti.alhamdulillah....

dipejabat aku sibuk kesana kemari dengan perut yang makin sarat dan berat. naik tangga, turun tangga adalah sangat penat untuk ku. berjam-jam bawa kereta mungkin dah jadi biasa untuk diri ku dan anak dalam perut ni. alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan ku. aku masih gagah memandu 1-2jam tanpa henti.walaupun selepas itu kaki,tangan,pinggang dan belakang badan sangat sakit! aku senyum kerana aku dapat menjalankan ibadah kerja ku dengan baik walaupun aku dah tak berdaya sebenarnya.

bila malam....
aku akan baring sambil melayan si kecil bergerak-gerak dalam perut ku. sambil memanggil namanya, aku memesan supaya sentiasa berkeadaan baik dan faham situasi aku terpaksa yang menguruskan kehidupan sendiri tanpa kehadiran abi nya yang jauh.

sambil mengurut kaki dan tangan yang mula membengkak, hati mula sebak memikirkan kepenatan yang aku harungi setiap hari.tanpa bantuan dari suami, urutan yang melegakan,usapan sayang dari suami aku sedih sangat. namun aku tersenyum lagi kerana tidak lama lagi aku akan merasa betapa manisnya kepenatan dan kesedihan yang aku telan selama ini..

hai anak ku...semoga kamu sihat ya..
umi dan abi sayang kamu! kami sabar menunggu kamu.....


umi yang sedih...
;(

Wednesday, March 27, 2013

its a....??

assalamualaikum...

hah,letihnya.ambik masa update blog ni. hari ni saya berkursus di portdickson selama 2 hari.yelah, kursus duduk-duduk..makan-makan je tapi ini pinggang sangat sakit oooo..belakang badan ni lagi lah sakit.ape pun sabar jelah.moga allah permudahkan segala urusan saya.amin..

semalam pi scan. setelah lama memendam rasa nak pi scan 4d. teringin sangat nak tengok muka dia n paling tak tahan nak tau gendernye. sampai dah masanya saya buat persiapan barang-barang si dia. beli sikit-sikit je.barang nak bawak pi hospital je. saya pun ambik kesempatan tambah lagi 4 helai baju mengandung.maklum lar sale cuti sekolah beb!mau mak tak naik minyak..hahahaha...

korang rasa baby ape???



































































its a.....

























































































hehehehe...
gambar scan tak ada.malas nak masukkan sebab tak clear.
baby asyik bergerak-gerak.
muka pun tak dapat nak cam sangat.
asyik tutup je dengan tangan dia.
doktor : eh, boy pun sangat pemalu kaa....aiyo...

moga anak umi/abi ni menjadi hero pembela kami bila hari tua nanti.
dapat menjaga kami suami/isteri n adik-adik dia nanti..
amin..


Saturday, March 23, 2013

makin sarat,makin lasak..

sesuai dengan tajuk kat atas. memang pun. makin sarat ni makin kuat pulak kaki ni nak berjalan. tiap minggu ada je tempat nak pi tengok. kadang tu kalau ada mesyuarat luar daerah saje je tak nak request pemandu, sebabnya bila habis mesyuarat nanti mesti nak pi shoppingcompleks.hehehe..kene bawak kereta sendiri tau, tapi sanggup je.walaupun lepas tu kang kaki tangan bengkak-bengkak.

kalau suami balik, memang saya ajak dia pi berjalan. paling tidak ke Melaka. mesti nak pi jalan-jalan. minggu lepas suami tak balik.so saya balik rumah mak je. kebetulan hari sabtu tu ada kenduri kat taman rumah mak tu, lepas tu kawan pulak ada buat kenduri. dalam satu hari aku sanggup pi 2 kenduri. lepas pi kenduri pergi pulak ke hospital melawat anak sedara excident, pun aku sanggup menapak jalan jauh-jauh, naik tangga bertingkat-tingkat.

awal bulan 4 ni,kandungan akan masuk 7bulan. jadual kerja bulan 4 dah pun dapat. setiap minggu penuh padat dengan program berkursus dan mesyuarat. ada yang ambil masa 3hari & 4hari. ada yang dibuat di Kuala Lumpur, port dickson dan seremban. sesekali merungut jugak tapi nak buat macamana kalau dah badan ini jugak yang diharapkan. rasanya cukuplah sampai hujung bulan 4 ni saya melasak pergi outstation jauh-jauh. kandungan masuk 8-9bulan nanti saya nak buat kerja dalam pejabat je. kalau 'si bongok' tu tak paham bahasa, tak memahami keadaan aku ni maka terpaksa lah aku naik pejabat setiausaha atau pejabat yang dipertua untuk minta excuse dari bekerja luar daerah.tak larat weyh...tak larat sangat!

gambar kat bawah ni masa ajak mak n anak sedara pi jalan-jalan Melaka.isy...melaka lagi!hehehe. jalan sana,jalan sini,panjat tu,panjat ni.alhamdulillah, akhirnya selamat jugak sampai rumah.kereta dipandu oleh aku sendiri.heheheeee....
















Tuesday, March 19, 2013

kecewanya aku...

org dah tak perlukan kita lagi..disepak,dibaling,dicampak sesuka hati. 
dan akan dikutip bila diperlukan nanti
percayalah, ini lah sikap orang yang tak tahu menghargai. 

pengajaranya, jangan lah kita mendekatkan diri pada orang yang bersikap macam ni. 
tak baik untuk kesihatan dan tekanan darah korang.


okey. jom tidur.....

selamat hari jadi...



selamat hari lahir buat ku..
macam ni lah tiap tahun.
tak ada kek,tiup lilin,ciuman atau pun sebarang ucapan dari yang tersayang..
terima kasih sayang sebab sentiasa lupa tarikh hari lahir ku 
untuk ke sekian kalinya...

Saturday, March 16, 2013

alhamdulillah.dengan izin Nya..

alhamdulillah dengan izin Allah, hari ni 25week 1 day..



kawan-kawan semua, 
doakan lah kesihatan saya dan anak dalam kandungan ni yer..
moga anak ni lahir cukup bulan..
tak ada penyakit apa-apa..
sihat tubuh badan dia..
doakan lah saya sekali =.=
moga saya dikurniakan kesihatan yang baik..
tak ada apa-apa komplikasi untuk menanti 3bulan yang akan datang ni.
moga diberi tenaga untuk urusan harian saya..
maklum jer lah saya duduk sorang.
suami pulak jauh..
sedih jugak tapi nak buat macamana.tempuh je lah dengan senyuman....

p/s :: baru ni nak masuk gambar dalam entri. mood bergambar baru mai kot..apa pun kelihatan sudah kembang kan?hehehe....



Thursday, March 14, 2013

nenas.sedapnya...


sejak dari awal mengandung lagi, ramai dok tanya saya. aida, ada mengidam makan apa-apa tak?aida,hang dah mengidam makan apa-apa lom?eem..sejujurnya lah, belum rasa lagi perasaan nak mengidam tu macamana. tak tahu pun mengidam tu macamana. tapi kalau teringin nak makan sesuatu tu saya anggap selera memang nak makan jer. maklum lah, saya mabuk muntah-muntah lama. hampir 5 bulan baru kembali normal. jadi lepas elok dari mabuk tu lah selera makan saya terus naik memuncak-muncak.

kadang tu saya pendam je apa yang teringin nak dimakan, bukan ape kalau mak dengar mesti dia usaha buatkan. kesian pulak. sebenarnya kalau tak dapat pun tak apa. tak nangis lah kalau tak dapat.tapi biasanya kalau ada permintaan dari mak buyung ni org lain biasanya tak sampai hati. kesian katanya. tu yang best tu kan... =)



bebel panjang pulak. sebenarnya nak cerita pasal buah kegemaran saya ni. buah nenas. sejak dulu lagi saya memang suka makan nenas. dapat pulak nenas yang manis tu kan.fuhh.. sebiji pun sanggup makan walaupun lidah akan pedih lepas tu.masa awal mengandung ari tu memang suami/mak tak bagi makan. tajam katanya. tapi cocacola,durian,mcd steady je pulak tu (ambik sorok-sorok)huhu..ape pun sabar je lah masa tu...pendam dalam hati nk makan nenas. sabar menunggu sampai kandungan masuk 8 bulan katanya. sebab nanti kalau makan nenas bila dah nak due,insyaallah baby akan bersih masa dia keluar dari perut. ini petua org jawa masa saya kerja kat JB dulu. termasuklah minum air kelapa muda yer kawan-kawan. bagus kalau amalkan kelapa muda masa masuk 7-8bulan mengandung. anak akan bersih.

tapi kan korang ingat saya akan tunggu sampai 7-8 bulan ke? huh..tak adanya.baby masuk 6bulan je saya dah bedal nenas. terseksa selera tengok buah nenas tu.adoi,sedapnya! tadi masa kat opis diorg ni pakat makan buah nenas beramai-ramai. diorang ingat saya tak hingin. sebenarnya diorg tak tahu,saya ni hantu nenas. fuh, tadi mintak lah sikit.alhamdulillah...dapat lah sepotong. diorg tak berani nak bagi saya makan sebenarnya. tapi tak ada apa-apa pun...baby suka! mak lagi suka!

tak sabar nak tunggu 8bulan nanti. sebab nak makan nenas n minum air kelapa. adoi..ada sebulan lebih je lagi ni makcik-makcik...

Tuesday, March 12, 2013

24minggu / 6 bulan..

24week
assalamualaikum..
hari ni dah 24minggu 4 hari/6bulan 4 hari... saya sihat alhamdulillah. baby pun sihat alhamdulillah. maaf sebab lama tak cakap-cakap kat sini. sibuk dengan urusan kerja katanya. sibuk buat kerja apa pun entah lah..hehe. maklum la lama berehat dari bekerja kan, pisau tak tajam mana dah. lani dah bekerja semua so pisau kene asah balik..

syukur. kandungan sihat. baby semakin aktif bergerak. paling best bila tengah baring layan dia bergerak. kadang-kadang menitis air mata tengok perut bergerak-gerak,senget ke kiri kanan. lebih buat mak dia terharu bila dia bertindak balas bila kita usap perut. kalau lapar lagi lah dia aktif,sampai senak perut mak dia ni. apa pun alhamdulillah.syukur pada Allah. moga anak ni sentiasa dilindungi Allah.

jantina? masih bluur. tak tahu lagi lah lelaki atau perempuan. kami suami isteri pun masih tertanya-tanya. sebab setiap kali pergi scan baby mesti menangkup ke belakang. kira nampak bontot je ler.. tu yang geram tu.tak apa, ada lagi 3bulan lagi ni.kalau nk surprise pun tak ape...

persiapan?belum buat satu apa pun. kalau ikut larat badan nak jalan, memang tak larat dah. tulang punggung memang menyucuk-nyucuk dah ni. tapi ikut nasihat orang tua, nasihat kawan-kawan punya pasal so dengar je lah.walau hati ku meronta-ronta!! =.=

boring dan rindu. sebab suami sekarang ni susah nak dapat cuti. sebulan sekali je jumpa.. sabtu ahad pun ada operasi. lagi pun katanya nak simpan cuti bila saya dah selamat bersalin nanti. sekarang ni kena lah banyak bersabar. nasib lah duduk dekat dengan family, sabtu ahad tu memang balik rumah mak je lah. bosan-bosan ajak je mak g jalan-jalan..

rindu. rindu pulak kat geng ttc yang selalu muncul n bagi semangat sebelum ni terutama kak NKH . moga ada berita gembira saya dengar tak lama lagi. rindu jugak kat kak hikari, kak sue pejal (litleworld)..em, ramai lagi kot.mybe diorg sibuk uruskan anak kot.heheheeeeee....







Sunday, March 10, 2013

allah,bantulah kami...



malam ni rindu sangat kat dia..
ya allah, bantu lah kami...
dekatkan lah kami dalam apa jua cara sekali pun...
rindu suami ku...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...