Tuesday, February 5, 2013

susah tidur...

saya dah pindah rumah kuaters. rumah semi D. rumah besar. ada 3bilik tidur. rasa sunyi sangat, kalau tengah malam lagi lah sunyi sepi. tengah malam kalau terbangun nak pi terkencing memang tetiba jadi malas pulak sebab jauh ke belakang. dah lah satu malam bangun terkencing mau 3-4 kali...

sekarang ni tinggal sorang kat rumah tu. internet tak ada,astro tak ada..tv dapat tengok tv3 je.sunyi..sunyi..kesepian mak cik tau. setiap malam pukul 10malam tu try lah baring-baring dengan harapan mata cepat mengantuk. tapi langsung tak mengantuk. dah sejam dua kekiri kanan baru lah terlelap. tapi lepas tu kang terjaga balik. bila dah terjaga, nak sambung tidur tu kemain lah susah....rasa nak nangis kadang-kadang. =.=

melalui bacaan, sukar tidur ni masalah biasa orang mengnadung. nak kata baby  kacau, tidak pulak. sebab baby gerak pun belum kuat lagi. sekarang ni rasa makin kerap tapi tak mengganggu langsung lah.

erghh..kalau ada ramai dalam rumah tu mesti saya senang je nak tidur kot. kadang-kadang tu terjaga sebab terdengar bunyi kucing mengiauw..bunyi orang sebelah bukak pintu..tikus merayau atas siling..dah lah belakang rumah tu semak samun. selang 4 buah rumah saya tu ada penyewa yang sakit mental. malam-malam suka merayau-rayau..itu semua lah yang bermain dalam fikiran.

ketakutan agaknye aku ni.....
mengantuk sangat!!!!



 

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...