Thursday, February 28, 2013

hai..


salam semua..
ini gambar pagi tadi. masa tengah siap-siap nak pergi kursus di Putrajaya.
duduk hotel sorang-sorang adalah sangat rugi kalau tak bawak suami.hahaha!!


Monday, February 18, 2013

sakit dada & sembelit..

semalam sakit dada belah kiri, memula ingat breast yang sakit berdenyut. lepas tu bila dah petang baru rasa yang sebenarnya dada aku yang sakit. batuk sakit, nak bangun baring sakit, nak jalan lagi lah sakit. hari ni pun masih sakit ditambah pulak terpaksa keluar daerah pepagi buta sebab ada mesyuarat dan bertambah sakit lah dada ni haa. tak tahu lah kenapa, rasa menyucuk-nyucuk je. rasa-rasa angin kot. tapi...besok nak pi klinik lah. tak kerja pun tak apa.kan? mc terus...

lepas tu nak mintak doktor ubat sembelit. sejak masuk 20minggu, sistem penghadaman mula terganggu. makan banyak tapi jarang-jarang buang. bila buang, sikit pulak tu.seksanya menung dalam jamban tapi hasil tak ado.hahaha. pulak tu minggu lepas saya kene berak berdarah. pitam kepala sampai malam sebab nampak darah menitik-nitik atas lantai. untuk pengatahuan semua, saya memang makan banyak buah dan minum air masak yg banyak. emmm..kene jugak bantuan ubat doktor kot.


5bulan++. alhamdulillah. masih gagah membawanya ke sana sini.sangat aktif bila waktu malam terutama bila umi dia baring. kadang rasa nak terkucil dalam seluar pun ada.hehehe..dah terasa gelombang bila letak tangan atas perut. tapi bila abi dia letak tangan atas perut, dia dok diam jer. pelik kot..tangan abi dia kan besar.tangan umi kecik je, pulak tu belaian umi penuh kasih sayang katanya.eceh..hehehe..

bila dah pertengahan jalan ni, perasaan mula membayangkan hari disaat melahirkan nanti. walau pun masih jauh tapi hati tetap mengharapkan semuanya baik-baik saja.

Thursday, February 14, 2013

ibu mengandung boleh makan kolagen rumpai laut tak??

hai..

nak tanya semua pembaca lah..ada sesiapa tahu dan lebih berpengalaman pasal kolagen rumpai laut ni. sebabnya ada hamba Allah ni nak bagi kita sebungkus kolagen rumpai laut yang belum di proses. katanya bagus untuk ibu mengandung, nanti kulit anak jadi cantik,mulus,gebu...

saya macam nak try lah sikit. tapi takut lah, kang jadi apa pulak. sebab saya tak pernah lah nak makan kolagen bagai ni.

melalui bacaan, ibu mengandung 4bulan ke atas boleh makan. tapi setakat mana 'BOLEH'nya tu? kalau ada sesiapa atau kawan-kawan dia yang berpengalaman ambil kolagen semasa mengandung sila bagitahu kita eh...

kita tunggu ni..dah orang nak bagi ni kan, sayang pulak kalau menolak.hehehehe..

Thursday, February 7, 2013

beli barang baby...

ramai juga kawan-kawan saya, bila dah 5 bulan ke atas mula membeli barang baby sedikit demi sedikit. alasan yang diberikan pun munasabah juga. boleh pakai lah alasan yang diorang bagi ni.

tak larat.
betul tu. bila mengandung ni tenaga memang setengah. nak jalan jauh pun malas. macam-macam hal kalau shopping waktu tengah sarat. jalan pun senget kiri kanan lepas tu kang sakit punggung lah, sakit pinggang lah, kaki bengkak lah, tumit sakit lah. rasanya sebelum perut lebih besar dan terus membesar ada baiknya aku join sekaki pi shopping barang baby sikit demi sedikit. bukan barang baby je, kelengkapan berpantang mak dia pun kene beli jugak.

gaji sebulan sekali
hehehe, biasalah. mak bukan kerja sebagai peniaga yang dapat untung hari-hari. laki bini kerja makan gaji, so pepaham lah bila masanya dapat duit selepuk tu. itu pun tak banyak sebab banyak potongan.kakaka. ada masa lagi 4 bulan ni boleh lah beransur beli sikit-sikit kan...

barang baby mahal.
mahal?....membelilah sekadar yang termampu. ukur baju badan sendiri katanya.. beli yang mana patut dulu. kadang yang mahal tu barang yang tak patut dibeli.hehehe. ape pun buat masa ni baby dah dapat sponsor barut dari mak long dia. sebab mak long dia pun bakal melahirkan selang sebulan sebelum saya! alang-alang menempah barut online tu, dia tempah untuk bakal anak sedara dia sekali.

terujanya.. =)
suka.mesti lah suka kan? kalau boleh semua nak dibeli. tapi bagi pihak saya n suami kami bluur sangat pasal persiapan barang baby ni. tak pandai lah u all. tak tahu nak beli apa dulu..

kami.
belum beli apa pun untuk si comel. tiada sebarang perancangan nak beli bila tapi dah mula melihat-lihat mana yang mahal..mana yang murah..mana yang patut beli dan mana yang lebih utama untuk dibuat perbandingan.

tata =)



nama panggilan..

alhamdulillah. sudah separuh perjalanan si kecil. semakin aktif tak mengira masa. bergelora je dalam perut ni. semalam cadang nak pi scan tapi bila fikir balik minggu depan nak jumpa doktor kat KKIA pulak. jadi tak payah lah membazir duit kan. doa sajalah semoga si kecil ni selamat dalam perut mak dia. walau pun mak dia tengah stress harap-harap baby pun jangan nak stress jugak.  =.=

bila baby semakin aktif ni, kita digalakkan berbual-bual dengan baby dalam perut. sebab dia dah boleh mendengar dan kenal suara ibu dia. aku pulak?eem...ada masa berbual jugak. walau pun rasa kelakar.macam cakap sorang-sorang pulak.huwahuwahuwa..

ok. nak berbual mesti kena ada nama panggilan kan? tak kan nak kau-aku je dengan anak. tak manis tauuu. 

sebelum ni kiteorang suami-isteri bluur lagi bab panggilan diri kat baby ni. tapi semalam terus komfirmkan nama panggilan ni. saya gelar diri ibu kat baby. tapi kadang suami pulak syok sendiri panggil saya umi. kadang saya panggil suami ayah, tapi dia lebih suka kalau gelar diri dia abi.erm..abi tu memang saya dah panggil sejak dari zaman bercinta lagi...

so, dengan ini kami akan bakal menjadi abi dan umi dalam masa 4 bulan lagi. kekok rasanya nak gelar diri umi ni tapi atas permintaan suami/abi ni terpaksa lah lembutkan lidah bahasakan diri umi dengan baby.

semoga kami menjadi abi dan umi yang baik kepada anak ni.....amin.

Tuesday, February 5, 2013

susah tidur...

saya dah pindah rumah kuaters. rumah semi D. rumah besar. ada 3bilik tidur. rasa sunyi sangat, kalau tengah malam lagi lah sunyi sepi. tengah malam kalau terbangun nak pi terkencing memang tetiba jadi malas pulak sebab jauh ke belakang. dah lah satu malam bangun terkencing mau 3-4 kali...

sekarang ni tinggal sorang kat rumah tu. internet tak ada,astro tak ada..tv dapat tengok tv3 je.sunyi..sunyi..kesepian mak cik tau. setiap malam pukul 10malam tu try lah baring-baring dengan harapan mata cepat mengantuk. tapi langsung tak mengantuk. dah sejam dua kekiri kanan baru lah terlelap. tapi lepas tu kang terjaga balik. bila dah terjaga, nak sambung tidur tu kemain lah susah....rasa nak nangis kadang-kadang. =.=

melalui bacaan, sukar tidur ni masalah biasa orang mengnadung. nak kata baby  kacau, tidak pulak. sebab baby gerak pun belum kuat lagi. sekarang ni rasa makin kerap tapi tak mengganggu langsung lah.

erghh..kalau ada ramai dalam rumah tu mesti saya senang je nak tidur kot. kadang-kadang tu terjaga sebab terdengar bunyi kucing mengiauw..bunyi orang sebelah bukak pintu..tikus merayau atas siling..dah lah belakang rumah tu semak samun. selang 4 buah rumah saya tu ada penyewa yang sakit mental. malam-malam suka merayau-rayau..itu semua lah yang bermain dalam fikiran.

ketakutan agaknye aku ni.....
mengantuk sangat!!!!



 

Monday, February 4, 2013

aku menulis..

"aku menulis bukan kerana nama..
aku menulis hanya untuk kepuasan diri sendiri"

maaf lah banyak-banyak
bila blog ni kejap-kejap ada..
kejap-kejap tak ada...
dia pemalu =.=

 pagi ni kita motivasikan diri kita dengan senyuman jooom~..
senyum lah..senyum lah..senyum lah..
hari isnin kene banyak senyum kan =)
terutama yang kerja di bahagian kaunter.hehehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...