Wednesday, January 30, 2013

selsema datang balik =.=

sepanjang kehamilan ni memang selalu je demam selsema. minggu ni selsema datang balik. tidur malam punya lah susah. kadang tu terjaga 4pagi sebab tak boleh bernafas, hidung tersumbat.seksanya. kena lah gagahkan mata pi cari vick nak letak kat hidung. bila selsema dah cair mula lah pulak dia terbersin sampai siang.adui...dugaan betul.

suami pun demam selsema gak ni. dia kalau demam lemah kepala lutut kita tengok. jarang sakit tapi bila dah mai sakit...tu dia. muntah-muntah sampai lembik badan. lepas muntah-muntah tu kang dia okey lah.cergas je start motor pi minum teh.ceh!

subuh pagi tadi saya telan jugak ubat selsema yang diberi doktor. makan ubat pukul 5pagi, pukul 6.30pagi macam biasa, mak kejutkan tidur. ubat baru nk bertindak kot, punya lah mengantuk mata ni. langsung tak boleh nak bangun. 

masa tengah ambik mood nak bangun dari tidur tu baru lah teringat pesan doktor....
"saya tak nak bagi makan ubat selsema ni bukan apa, nanti takut baby awak pun tidur sama"
bila teringat pesan doktor tu baru lah rasa menyesal. alamak, anak aku pun lalok jugak ke dalam perut ni?senyap...je! malam tadi kemian ligat lagi berguling.

masa tengah drive nak ke tempat kerja pun, tak rasa apa-apa dari dalam perut. tapi, bila tiba kat satu kawasan sekolah yang ada zebra crossing yang panjang dan tebal. tetiba terasa satu tendangan kuat..
"ehhh..ehh..anak ibu dah bangun ke?good morning baby.." cewaaaah..
mungkin gegaran kuat buat baby terjaga dari lalok.. mungkin lah kot.memandai je ni..hahahaha..

lepas ni tak payah lah makan ubat selsema lagi.

2 comments:

  1. hehehe...best kan .. baby tiba2 tendang--kadang kalau tak tendang --risau lak...nikmati saat2 ketika mengandung--nanti akan rindu2 jeee..rasanya

    ReplyDelete
  2. hye kak..
    best..tapi baru permulaan. nanti dah 7 bulan ke atas lagi best kot...tak sabar rasanya..

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...