Sunday, January 6, 2013

sabar lah wahai aida...

sejujurnya..
suami ku belum pernah tengok anaknya dalam perut ni. maklum lah,kami sekarang ni kembali berjauhan. bila time check up je mesti sensorang. bila doktor tetapkan masa untuk scan mesti suami tak dapat balik walau pun dah pesan awal-awal...'kalau sempat nanti balik lah kejap kita tengok baby sama-sama'.. tapi tak pernah ada masa bersama. buat masa ni saya je lah tengok perkembangan baby sensorang. sedih gak tapi nak buat macamana kan..

biasanya lepas check up suami akan call. tanya macamana check up hari ni, berat badan naik tak..hb okey tak..baby dah berapa minggu..scan tadi baby buat apa. lepas tu dia akan buka youtube dan tengok sendiri perkembangan baby minggu ke minggu. minggu ni dia teruja sikit sebab baby dah 15week. dah aktif dalam perut, nampak kaki,nampak tangan,kepala,hidung. itu pun dia tak percaya. dia ingat baby masih seketul bulat je dalam perut..huhuhu sabaooor je lah makcik...

suka betul dia, tapi buat masa ni tengok anak orang dalam youtube je lah. anak sendiri belum berkesempatan.kalau dia tengok sendiri macamana lah eh??...

katanya nanti dia nak bawak saya pi scan kat raub.kat sana ada klinik yang gambar dia terang.doktor pun bagus. hajat hati nak tengok jantina baby sekali, itu pun kalau dapat. 

harap-harap dapat lah kan..
uuuumm,sedihnya hati bila berjauhan macam ni..
aku harus sabar dan terus kuat...

7 comments:

  1. sbrlah,mybe ada hikmah utk berkat kesbran tuh.yg penting baby sihat :)

    ReplyDelete
  2. sebalik kesabaran In shaa ALLAH pasti ada kemanisan..=) take care mummy and baby..

    ReplyDelete
  3. jaga diri n baby baik2--nanti dah 20weeks..scan mmg cantik utk confirm jantina...

    ReplyDelete
  4. org kata kalau berjauhan rasa mcm bercinta
    lagi indah.. (:

    ReplyDelete
  5. sama la nasib kita... bila scan saya sorang2 je tgk... so amik keputusan untuk pegi klinik swasta utk scan. boleh buat hari cuti/hari minggu... masa saya dulu 20weeks dah tahu jantina..

    ReplyDelete
  6. huu... xpe, mungkin lpas ni mana tau, dh x perlu berjauh2an ke..
    btw, take care yaaa

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...