Wednesday, January 30, 2013

pindah rumah..

memang dari dulu lagi dah jenis suka berpindah randah kot. sudah takdir menentukan. 2011 sekali pindah rumah. 2012, 2kali pindah.2013, besok nak mula memindah rumah lagi.heehehehee...

dari habis spm sampai lah sekarang ni. setahun tu mesti ada aktiviti pindah rumah. my family tak pindah lah, saya je. pindah sebab dapat kerja baru lah, sebab berenti kerja lah, pindah sebab nak tunang lah, pindah sebab nak kawen lah. sekarang ni  nak pindah lagi sebab dapat kerja baru kat kampung pulak.adoi...

serabutnya kepala otak nak pikir tang mana nak mula dulu.  barang paling ku sayang dalam rumah mesti lah barang-barang dapur. kurang percaya kalau suami yang setle semua hal rumah. kang ada jugak pinggan mangkuk retak seribu. kuali senget, bunga tercabut dari pasu.uwawaaa....xpe,xpe...iter buat sendiri jer...

lani masih tak buat apa-apa lagi. besok lori dah datang nak angkut barang-barang. tak tahu pulak nak mula tang mana. tang dapur ka, tang bilik tidoq ka, tang depan kaa, tang bilik ayaq ka.

untung badan kali ni, barang dalam rumah tak banyak macam kat JB dulu. lani ada lah sikit-sikit. rumah orang bujang bukan ada sofa panjang melintang. bentang toto depan tv lepas tu tido bergolek laki bini.eeeuuu..bestnya! tak payah sesusah nak tunggu manja-manja dalam bilik bagai.haha..oppps...

okey..okey..kita nak mula tang kain baju dulu lah.kaedahnya,sumbat je semua dalam plastik sampah yang hitam tu.setle. lepas tu kang setle kan hal dapur pulak. bungkus pinggan mangkuk dengan surat kabar lama lepas tu sumbat dalam storage box besar..

okey.siap..
nak sambung wat kerja pulak.tata..

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...