Wednesday, January 30, 2013

pindah rumah..

memang dari dulu lagi dah jenis suka berpindah randah kot. sudah takdir menentukan. 2011 sekali pindah rumah. 2012, 2kali pindah.2013, besok nak mula memindah rumah lagi.heehehehee...

dari habis spm sampai lah sekarang ni. setahun tu mesti ada aktiviti pindah rumah. my family tak pindah lah, saya je. pindah sebab dapat kerja baru lah, sebab berenti kerja lah, pindah sebab nak tunang lah, pindah sebab nak kawen lah. sekarang ni  nak pindah lagi sebab dapat kerja baru kat kampung pulak.adoi...

serabutnya kepala otak nak pikir tang mana nak mula dulu.  barang paling ku sayang dalam rumah mesti lah barang-barang dapur. kurang percaya kalau suami yang setle semua hal rumah. kang ada jugak pinggan mangkuk retak seribu. kuali senget, bunga tercabut dari pasu.uwawaaa....xpe,xpe...iter buat sendiri jer...

lani masih tak buat apa-apa lagi. besok lori dah datang nak angkut barang-barang. tak tahu pulak nak mula tang mana. tang dapur ka, tang bilik tidoq ka, tang depan kaa, tang bilik ayaq ka.

untung badan kali ni, barang dalam rumah tak banyak macam kat JB dulu. lani ada lah sikit-sikit. rumah orang bujang bukan ada sofa panjang melintang. bentang toto depan tv lepas tu tido bergolek laki bini.eeeuuu..bestnya! tak payah sesusah nak tunggu manja-manja dalam bilik bagai.haha..oppps...

okey..okey..kita nak mula tang kain baju dulu lah.kaedahnya,sumbat je semua dalam plastik sampah yang hitam tu.setle. lepas tu kang setle kan hal dapur pulak. bungkus pinggan mangkuk dengan surat kabar lama lepas tu sumbat dalam storage box besar..

okey.siap..
nak sambung wat kerja pulak.tata..

selsema datang balik =.=

sepanjang kehamilan ni memang selalu je demam selsema. minggu ni selsema datang balik. tidur malam punya lah susah. kadang tu terjaga 4pagi sebab tak boleh bernafas, hidung tersumbat.seksanya. kena lah gagahkan mata pi cari vick nak letak kat hidung. bila selsema dah cair mula lah pulak dia terbersin sampai siang.adui...dugaan betul.

suami pun demam selsema gak ni. dia kalau demam lemah kepala lutut kita tengok. jarang sakit tapi bila dah mai sakit...tu dia. muntah-muntah sampai lembik badan. lepas muntah-muntah tu kang dia okey lah.cergas je start motor pi minum teh.ceh!

subuh pagi tadi saya telan jugak ubat selsema yang diberi doktor. makan ubat pukul 5pagi, pukul 6.30pagi macam biasa, mak kejutkan tidur. ubat baru nk bertindak kot, punya lah mengantuk mata ni. langsung tak boleh nak bangun. 

masa tengah ambik mood nak bangun dari tidur tu baru lah teringat pesan doktor....
"saya tak nak bagi makan ubat selsema ni bukan apa, nanti takut baby awak pun tidur sama"
bila teringat pesan doktor tu baru lah rasa menyesal. alamak, anak aku pun lalok jugak ke dalam perut ni?senyap...je! malam tadi kemian ligat lagi berguling.

masa tengah drive nak ke tempat kerja pun, tak rasa apa-apa dari dalam perut. tapi, bila tiba kat satu kawasan sekolah yang ada zebra crossing yang panjang dan tebal. tetiba terasa satu tendangan kuat..
"ehhh..ehh..anak ibu dah bangun ke?good morning baby.." cewaaaah..
mungkin gegaran kuat buat baby terjaga dari lalok.. mungkin lah kot.memandai je ni..hahahaha..

lepas ni tak payah lah makan ubat selsema lagi.

duit gaji

dah gaji..dah gaji..dah gaji. !!
sebenarnya dah seminggu dapat gaji. seronok lah dapat gaji yang dah siap pelarasan.syahdu rasanya, sampai tak sedar terboros macam-macam.adoooi.sakit dada den.

tadi beli kelengkapan rumah.lagi sekali! sekali pindah rumah,sekali itu lah nak beli barang baru. ingatnya gaji pertama ni nak berjimat cermat, nak beli baju ngandung baru ke, nak tukar cermin kereta yang retak tu ke, nak pi babymoon ke..nak balik bercuti ke kelantan ke..last-last makcik kene gak sediakan duit untuk beli set bilik tidur baru dan lain-lain..

cadang hati ku nak bawak je set bilik tidur kat rumah emak tu, tapi diorang ni bising kata..
"nanti nak balik kampong tidur mana?"...endak tak endak kene lah makcik ni beli. 

macam biasa,lepas beli tu sepatutnya hati suka tapi tetiba sakit kepala plak bila tengok baki dalam akaun bank.adoi..adoi..adoi..

okey lah.sakit dada,sakit kepala..ini semua sebab duit...

Thursday, January 24, 2013

scan..


baby tengah menangkup.
saya pun tak berapa paham gambar ni camne...
semua dalam keadaan baik.
nak tengok dia punya tuttt,langsung tak bagi.
nak surprise kott..
kawan i kata dia malu sebab tak pakai suar dalam.
ceh!hahahaha...
xpe,nanti bila dah keluar..
ibu terus sarungkan seluar dalam siap ada gambar-gambar lagik.! =)

suami,
mesti lah senyum-senyum..
pertama kali tengok anak dia berguling sakan,
dengar bunyi jantung anak dia yang laju tu...
nampak anak dia lambai-lambai tangan kat dia..
'assalamualaikum abi,ini pertama kali kita jumpakan..'
eceh..lebih kurang macam tu kot..
sesekali tutup muka pulak tu, baru nk tengok hidung iyer..
kesian suami, sebelum ni asyik tengok anak orang dalam you tube je..

walau pun tak puas hati cara doktor tu scan
tapi..tapi..tapi..
sabar je lah.
dia tak pandai scan kot...
adalah lebih baik saya scan masa next check up kat kKIA jer..
duit tak payah keluar,doktor terang pun sangat lah jelas..
last dah ni kot pi gatal-gatal scan kat private...
buat perabih duit den jee..

okey,dah mengantuk.
jumpa lagi..
tata..

baru ada mood....

salam maulidur rasul semua..

maaf bebanyak sebab lama menyepi. tak berapa bernafsu nak berbelog sekarang ni. tak tahu lah kenapa, hormon menulis tak mai lagi kot. lagi pun dalam kepala padat & sendat dengan macam-macam perkara. awal tahun memang macam ni kot.....hurm..

ok! walau pun lama tak muncul tapi saya selalu baca entri kengkawan semua.bukak blognye hari-hari tapi bila nak mula menulis terus jadi tak tahu mengeja.hehe,tipu je. sebenarnya, bila badan kepenatan otak pun terus malas. seharian otak dah letih di pejabat, pergi dan balik kerja pulak dah ambik masa sejam. maka?? masa berbelog tu adalah lebih baik kalau diisi dengan baring sambil angkat kaki tinggi-tinggi. atau pun tidur sampai puassss hati. gamaknya! 

episod keletihan ni ,insyaallah bakal berakhir. dah dapat rumah. tunggu masa je nak sumbat barang-barang dalam rumah sewa tu. aktiviti basuh rumah,sapu sawang, setle longkang tersumbat semua dah dibereskan oleh emak ku n the geng. emak ambil tugas sebagai penjahit langsir, abang pulak uruskan hal lori pindah rumah adik-adik ku sebagai pembantu mengemas dan suami yang ku sayang sebagai orang kuat angkat-angkat barang masa berpindah nanti. saya? labuh ke mulut jerrr.mak kan mengandung!hikhikhik..

hari ni cuti maulidur rasul. akan terus bercuti sampai isnin minggu depan. yahoo! berjaya jugak saya memandu seorang diri n9-raub. baby okey..badan pun okey. sebelum keluar rumah tadi dah niat baik-baik dalam hati,dah doa banyak-banyak semoga perjalanan panjang ni dilindungi oleh Nya. alhamdulillah, 3jam perjalanan baru sampai Raub. dalam tekedek-kedek tu sampai lah jugak tanpa apa-apa kejadian yang tak diingini. baby pun duduk diam sesekali dia berguling,mungkin pening kepala sebab perut mak dia bergegar.huhuhu...

alahan. masih ada.walau pun tak seteruk dulu. mak kita kata, ini mesti baby lelaki. ikut pada mak saya dulu alahan sampai baby 4bulan je. mak mertua pulak langsung tak ada alahan. tapi saya ni special sikit. saat ini pun masih meloya lagi. ku redha andainya alahan sampai bersalin nanti... =.=

ini perut masa 14-15 minggu rasanya.kecik je
perut sekarang ni belum ada mood nak snap.
tunggu nanti yer...


**malam ni nak pi scan baby. lama dah tak tengok dia. rindu...

Tuesday, January 15, 2013

perkembangan ku...

salam semua..

alhamdulillah. dengan izin Allah. dengan sedikit kekuatan yang diberi, saya masih boleh berulang sejauh 50km pergi dan balik kerja. kadang-kadang memang rasa nak menangis. bila pikir nak cari rezeki halal saya redah je lah. bawak kereta slow melow je asalkan selamat. bila sampai rumah memang tersandar kepenatan. Allah saja lah yang tahu.

sebelum tu,sori sangat sebab lama tak update. bukan masalah busy tapi masalah malas. malas nyooor...

kerja.
minggu ke3 bekerja ni,saya dah dapat jadual berkursus ke luar daerah. nak tolak kang tak sedap pulak. sebab baru masuk kerja dah pandai nak tolak-tolak kursus luar.so terima je lah, akan berkursus dan berulang sampai lah baby 6 bulan nanti. moga diberi kekuatan, kesenangan dan selamat semuanya. maklum lar tempat berkursus jauh. kene pergi sensorang lak tu.sedihnya tak ada kawan..

kesihatan. 
alhamdulillah.syukur sangat sebab selsema, hidung berair,terbersin yang dah sebulan tu beransur baik. sebelum selsema cair macam air tu kering dia bagi saya demam dulu 2 hari.lepas elok je demam,selsema pun kering. cuma tinggal sikit-sikit je lagi. lega sangat sebab dah tak terbersin. kalau tidak tu memang stress sebab asyik terbersin. kita nak kerja,jumpa orang pun segan. pulak tu tong sampah penuh dengan tisu, perut pun sakit sebab asyik tersentak-sentak.ape pun suka sangat bila Allah bagi sihat ni.....alhamdulillah..

alahan.
yeaah! masuk 16week mabuk pun beransur baik. tak ada muntah-muntah, loya sikit-sikit tu ada lah. masih alah dengan kari+nasi goreng+asam pedas (sampai lani mak tak berani makan naaak). bulan ni saya enjoy makan apa sahaja di depan mata, asalkan tidak memudaratkan kesihatan dan tidak mendatangkan loya dan muntah. akibatnya berat badan naik dengan mendadaknya!fuyooow..baru je upload gambar terbaru kat facebook, ramai kata cute.tembam, rasa nak cubit pun.hahaha.. siap ada kata tak kenal lagi u...mak tak sentap, sebab memang betol pon mak dah kembang.. (^.^)

baby.
sihat.alhamdulillah. perut pun makin membulat kedepan. cepat penat terutama naik tangga nk masuk pejabat.heuuu.....usia baby ku rahsiakan demi kecomelan ibunya. ikut pada kad pink insyaallah minggu ni 18week. tapi xtau lagi betol atau tidak..

besok.
malam ni kene puasa dah. besok pepagi kene minum air gula pulak untuk cek kencing manis.okey,maknanya saya kene masuk tidur dah ni kan,kan..kan?

selamat malam.
ngantooknye..
rindu kat suami ku (^.^)

Sunday, January 6, 2013

sabar lah wahai aida...

sejujurnya..
suami ku belum pernah tengok anaknya dalam perut ni. maklum lah,kami sekarang ni kembali berjauhan. bila time check up je mesti sensorang. bila doktor tetapkan masa untuk scan mesti suami tak dapat balik walau pun dah pesan awal-awal...'kalau sempat nanti balik lah kejap kita tengok baby sama-sama'.. tapi tak pernah ada masa bersama. buat masa ni saya je lah tengok perkembangan baby sensorang. sedih gak tapi nak buat macamana kan..

biasanya lepas check up suami akan call. tanya macamana check up hari ni, berat badan naik tak..hb okey tak..baby dah berapa minggu..scan tadi baby buat apa. lepas tu dia akan buka youtube dan tengok sendiri perkembangan baby minggu ke minggu. minggu ni dia teruja sikit sebab baby dah 15week. dah aktif dalam perut, nampak kaki,nampak tangan,kepala,hidung. itu pun dia tak percaya. dia ingat baby masih seketul bulat je dalam perut..huhuhu sabaooor je lah makcik...

suka betul dia, tapi buat masa ni tengok anak orang dalam youtube je lah. anak sendiri belum berkesempatan.kalau dia tengok sendiri macamana lah eh??...

katanya nanti dia nak bawak saya pi scan kat raub.kat sana ada klinik yang gambar dia terang.doktor pun bagus. hajat hati nak tengok jantina baby sekali, itu pun kalau dapat. 

harap-harap dapat lah kan..
uuuumm,sedihnya hati bila berjauhan macam ni..
aku harus sabar dan terus kuat...

Friday, January 4, 2013

rindu tak..

hai..

hari ni jumaat. tinggal sorang-sorang kat pejabat. kawan-kawan semua balik rumah. tinggallah makcik seorang diri kat sini. nasib bekalan makanan banyak kat pantri. pagi tadi ada bacaan yassin lepas tu ada sedikit jamuan. baki meehun dari jamuan tadi banyak.so makcik mengulang makan mehun je lah ni sampai petang kang. nak keluar pi cari nasi malas pulak.panas....

hari ni hari ke3 bekerja. 3 hari dah berulang jauh dari rumah emak ke pejabat. penat sikit lah sebab saya akan melalui jalan yang banyak selekoh.berbukit-bukit. tapi yang best tak ada kesesakan lalu lintas.tidak lah stress sangat.

keadaan kat pejabat baru ok. ok je sebab belum dapat kerja.masa banyak study pasal benda baru.bos suruh fahamkan dulu konsep-konsep plan kerja baru ni. nextweek mungkin dapat komputer dan lepas je dapat komputer baru lah bermulanya kerja-kerja perancangan. selain tu masa banyak dihabiskan dengan makan-makan. mungkin sebab dalam pejabat ni sejuk sangat kot jadi perut asyik lapar je, pulak tu ditambah dengan si kecik dlm perut ni.memang tiket lah..

baby?...alhamdulillah.sihat! baby sangat memahami mak dia yang berjauhan dengan suaminye. masih muntah-muntah,pening-pening tapi keadaan lebih baik dari sebelum ni. nak pergi kerja pun bertenaga lagi cuma bila nak balik kerja tu penat berganda2 jugak lah. sebab jauh rumah emak dengan pejabat lebih kurang 40km.u all banyangkan..tapi ku gagahkan juga demi masa depan kami nanti.

eh,nak cerita pasal baby kan? termelalut jauh pulak.emm, semalam gi scan kat kkia. alhamdulillah baby sihat dan cukup sifat. sangat aftif. lama doktor scan baru dapat ukur badan dia.terkangkang-kangkang..melambai-lambai..mengeliat.kecian doktor.lenguh dia..perut mak dia pun jadi sakit sebab doktor dok tekan-tekan. minggu depan checkup lagi. saya kena datang klinik 2minggu sekali sebab kes alahan je.hehe.berat badan tak naik-naik malah makin turun. kita tengok lah nanti bila dah masuk 4bulan nanti macamana..mohon moga alahan hilang terus lah sebab nanti nak duduk sorang-sorang pulak. sebab dah dapat duduk kuaters..

hari ni baby genap 15minggu. due pun berubah jadi 1.7.13. semingu dua ni perut kadang-kadang jadi cramp.doktor kata sebab baby nak membesar. tapi sakit kadang-kadang je. kalau banyak berjalan atau buat kerja berat terasa lah nyilu sikit. nak drive laju pun takut so saya pandu perlahan je lah..60km/jam.

okey.nanti kita sambung lagi.mungkin minggu depan...mungkin bulan depan..entah-entah besok update lagi.hehe,ikut mood dan kelapangan lah kan?saya dah kerja sekarang ni.azam tahun baru ni nak jadi pekerja yang baik,rajin buat kerja dengan mengurangkan main internet.hahaha!opsss..
lepas tu nak jadi ibu yang baik.insyaallah. moga ada rezeki kita kan....

assalamualaikum...  
 take care..
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...