Friday, December 28, 2012

kenangan 2012..

salam sayang semua..

tinggal beberapa hari je lagi nak tahun baru. bila kenang balik kenangan dari awal tahun 2012 sampai penghujung tahun ni rasa sekejap je. pada saya tahun 2012 ni lah tahun yang paling lain sikit dari tahun-tahun sebelumnya.

2012..
tahun yang ada macam-macam kenangan. semua tu tersimpul rapi. mana yang saya tak simpul tu ada saya cerita dalam blog. kalau kengkawan rajin nak tahu..baca lah semua kisah-kisah dari januari 2012 sampailah saat ni.

januari
bekerja di Johor Bahru.sebagai juruteknik perancang bandar&desa. terasa penat dan bosan dengan tugasan harian.rasa tak ada langsung masa untuk berehat.lepas tu tension pulak sebab duduk jauh dengan suami. saya pun terus buat surat perletakan jawatan dengan senyum sampai ke telinga. hati puas.notis sebulan berhenti kerja terus berjalan sampailah penghujung januari dan ku tinggalkan semuanya dengan air mata. dengan harapan ada sesuatu yang lebih baik menanti di kuantan...

februari
berhenti kerja. pindah kuantan. duduk bersama suami. sesuatu yang pelik. sebab tak pernah duduk lama dengan suami. kerja hari-hari nak bertekak je. maklum lah tak pernah duduk sebumbung dalam tempoh yang agak lama. biasa paling lama pun seminggu jer. pulak tu i makin rajin memasak.euu..suami pun makin gemuk. bulan pertama masih panas, bak pengantin baru katanya.

mac
bulan ni lebih rileks berbanding bulan lepas. rumah dah siap kemas, kelengkapan rumah dah tersedia sepenuhnya, hati lebih tenang. tapi diuji pulak dengan demam dan asma. banyak kali gak pi hospital tengahmalam sebab semput.susah nak bernafas. jangkitan kuman pada paru-paru lah..fuhhh...allah saja yang tahu.seksa!


april
tak ada apa-apa. meneruskan usaha ttc dengan tabah. berjogging,diet, makan vitamin, clomid. ditambah period meragam tak mau turun. aduh, berendam air mata sangat. tapi kiteorang laki bini banyak habiskan masa bersama pi sana sini. seronoknyaaa....

cukup lah sekali.
fuhh,pening kepala beb..


mei
masih berttc. masih mencuba berubat sana sini dengan harapan moga allah kurniakan pada kami anak. dalam masa yang sama masih sibuk gak pi jalan sana sini. maklum lar sebelum ni duduk jauh susah nak dapat pi jalan-jalan berdua.


cuba cari kiteorang yang mana?huhuuh

jun
ku ditinggalkan. sebab suami berpindah ke Raub. sedih lah.sapa kata tak sedih kan. saya ditinggalkan adalah dalam 2 minggu kot. sementara suami dapat cari rumah sewa untuk kami.

julai
masih berusaha ttc. bulan ni entri paling sikit sebab kiteorang laki bini sibuk.ada projek besar.hehehe..

ogos
raya..raya..raya. pertama kali raya jauh dari keluarga tersayang. sunyi sepi rumah keluarga ku sebab si mulut bising tak ada.eh gituew lak.haha. raya kali ni kami pi balik kelantan. raya kat rantau panjang. giliran tetap giliran. tak kiralah macamana hal pun...kan? 

sep
period tak turun dari bulan 6 sampai bulan 9. punya lah lama menunggu. lepas je balik raya terus saya pi klinik minta ubat turun period macam biasa tu.hehe. lepas turun period saya teruskan usaha ttc dengan lebih tekun. makan makanan berkhasiat,senaman,berdoa. dalam sibuk berttc tu suami pulak ditimpa malang. malang sungguh bila terjatuh dari kerusi yang ditindih 3 patah. kaki kerusi patah 3, siku suami pulak tercabut. suami dapat cuti sebulan lebih.pergh..lama beb. jenuh pi honeymoon kat merata tempat.kalo rajin nak baca sila pi klik kat bulan september naa..eh,ada lagi nak bagitahu..penghujung bulan 9 tetiba saya jadi rajin masak, tetiba mengidam macam-macam makanan.dan ku fitnah kerana aku nak gemuk.


tak pernah umur hidup ku buat laksa penang..
tetiba je kau.pelik tak?
beli tak mau pulak tu..


oktober
tabiat rajin masak n teringin nak makan macam-macam terus memuncak sampailah raya haji. tak fikir pun kenapa, mungkin masa tu sesaja nak memantapkan skil memasak. ewaaah.haha..bulan ni dapat surat panggilan pi interview kerja kat N9 kat kampong sendiri tu. dalam masa yang sama emosi tetiba jadi sedih semacam.awat jadi lagu ni? diiringi dengan pening kepala yang maha dasyat! dan period ku pun makin lewat tapi tak teringin nak pi buat upt. alasanya period memang selalu lewat pun.so tak payah membazir beli upt.kan? dan sampailah satu masa iaitu sehari sebelum raya haji, teguh hati ku nk pi buat upt sebab merasakan diri ni tak sihat je pulak. dan hasilnya adalah......positif. terus kami cam terpinga-pinga,terkejut,terharu dan berpeluk-pelukan ^_^

nov
bermula lah episod alahan teruk. berat badan hilang 7kilo. potong rambut tebal hitam mengurai yang ku sayang sebab tak larat nak cuci.boleh gitu eh?hehehe..suami terpaksa hantar saya pi duduk kampong sebab nak uruskan diri sendiri pun tak larat.pendek kata bulan ni memang bulan paling mencabar.



dec
awal bulan je saya dapat call suruh datang untuk interview peringkat yang seterusnya. 3 kali ditemuduga sampai menangis saya dibuatnya. mungkin sebab masa tu saya masih alahan, emosi tak betul lagi,badan pulak dah letih.fuhh..gigil! dan penghujug bulan ni dapat call lagi katanya saya berjaya dalam temuduga tu.hureyy! air mata ku dibalas dengan senyuman.waaah! akhirnya berjaya jugak berkhidmat di negeri sendiri walau pun terpaksa berjauhan kembali dengan suami..ermm......

haa, macam tu lah kisahnya untuk tahun 2012 ni. pada saya pada awal tahun ni memang penuh kesedihan dan dugaan walau pun dalam hati ada kepuasan.ada macam nak balas dendam gitu rasanya. kepuasan sebab dapat bersama suami setelah setahun lebih berjauhan. dan keputusan berhenti kerja tu lah pengorbanan paling besar yang saya buat untuk dia walaupun pada awalnya keluarga menentang keras.sedih tau...

penghujung tahun pulak penuh dengan keriangan. kesedihan & kesabaran saya sebelum ni dibalas oleh allah dengan 2 berita yang saya tunggu-tunggu iaitu mengandung dan kerja baru. hebatnya kuasa allah. DIA maha menentukan segalanya. keputusan saya untuk berhenti kerja dulu telah tertulis sejak azali lagi jadi tak perlu lah kita sesal kan.semuanya ketentuan tuhan dan jelaskan segalanya telah diatur cantik... 

okey..sekarang ni kita hadapi semuanya dengan tabah. moga 2013 yang akan datang ni memberi lembaran baru yang lebih bahagia buat saya dan keluarga.terima kasih ya allah kerana mengatur segalanya.love Allah.!

ewah-ewah..dah macam ucapan artis pulak dah haa. semoga kengkawan semua lebih kuat mengharungi dugaan allah. percayalah, kita susah tapi sebenarnya ada yang lebih susah dari kita.kuatkan hati dan percayalah allah maha mendengar.so jangan malas doa yer...

muah!love all...

tata..

7 comments:

  1. I'm happy sgt2 dgn kamoo aida..seorang yg sabar dan tabah.. semoga sntiasa dilindungi Allah..sayang Aida. Takecare dear.

    ReplyDelete
  2. happy dengar..sy pon harap ada 2 berita gembira yg bakal myusul 2013..baby and kerja baru...=)

    ReplyDelete
  3. mood nak bace entry ni...teruja... sedih... senyum.. gembira... tetiba x sedar air mata kuar... akak tumpang gembira dgn aida.. doakan akak ye.. (nkh)

    ReplyDelete
  4. besnya baca entry ni..Banyak kisah suka dan duka kan.... Dapat rezeki mlimpah ruah.. =)

    ReplyDelete
  5. Ujian datang menguji..disetiap kepahitan terselit kemanisan..siapa tahu pada awl nye begitu berat ujian yg dilalui..diakhirnye, senyuman kian terukir...Syukur kan...

    ReplyDelete
  6. Akhir 2012 yang ohsem ye aida? Take care sayangg ;)

    ReplyDelete
  7. best entry aida yg ni,penuh emosi,suka,duka..itulh hidup kn?akak percaya stp kesusahan yg kita lalui pasti ada rahmat disebaliknya..antara kita sedar atau tidak <3

    jaga baby baik2 ea :)

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...