Thursday, December 6, 2012

10 minggu

salam..


10 week

alhamdulillah. baby dah 10minggu. mesti ramai yang pelikkan? hari tu kata dah dah 10minggu tapi hari ni kata baru 10minggu lagi. haa, ini lah dia kalau dah period tunggang langgang, pusingan bulanan pulak panjang. masa anggaran 10minggu iaitu 2minggu lepas pi scan kat kkik Juasseh, sekali pi tengok laaah baby baru 8minggu. maknanya due date baby pun berubah naik ke bulan 7 [sama bulan dangan suami] dan ku rasakan perjalanan 1st trimester ini sangat lah panjang sebab masih alahan yang teruk. adoi...ini lah nikmat yang ditunggu-tunggu tapi bila dah dapat memang nak ikat kain batik pun tak larat.huhuhu...

sekarang ni saya balik duduk dengan suami semula. 2 minggu duduk dengan mak memang manja terlebih. kesian tengok mak bersusah payah masak untuk kita.last-last bila suami balik kampong jenguk saya hari tu terus bungkus kain baju. mak tak bagi balik raub lagi sebab saya tak berapa sihat lagi tapi saya pikir waktu tu dah sihat bebenor lah. last-last 2jam perjalanan sampai je raub terus lembik,menggigil,muntah segala apa ada dalam perut.pergh..benda ni memang sukar dijangka. tak boleh kata dah sihat,lepas tu kang mulalah....

2 hari ni tulang punggung belah kiri sakit.mybe sebab duduk lama dalam kereta masa nak balik raub kot. pinggang pon sama sakit sekali. azab nye bila nak baring sebab kene cari posisi yang terbaik masa nak tido. dan untuk pengatahuan semua saya dah lama ponteng minum susu. tak tau lah kenapa susah bebenor nak minum susu. tak muntah pun tapi tekak kata susu tak sedap kot.

rambut pun saya dah potong pendek. tak ada masa dah nak layan rambut panjang,tebal mengurai tu.penat! tapi ini last rambut pendek sebab nanti kalau ada  rezeki nak bersalin nanti kene buat rambut toncet.senang nak buang angin dalam badan katanya..

p/s :: tadi saya call mak, minta mak ambik kat raub sebab alahan datang mengganas semula bila balik sini.hehehe..









2 comments:

  1. Jgn mengeluh ye aida.. Nikmatilah sepuas puasnyaaa... =)

    ReplyDelete
  2. Keadaan BIASA----YANG PENTING jaga diri n baby---nanti trimester 2 akan mula ilang laa loya n alahan---malah sihat lagikkk....sabar yer

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...