Friday, December 28, 2012

kenangan 2012..

salam sayang semua..

tinggal beberapa hari je lagi nak tahun baru. bila kenang balik kenangan dari awal tahun 2012 sampai penghujung tahun ni rasa sekejap je. pada saya tahun 2012 ni lah tahun yang paling lain sikit dari tahun-tahun sebelumnya.

2012..
tahun yang ada macam-macam kenangan. semua tu tersimpul rapi. mana yang saya tak simpul tu ada saya cerita dalam blog. kalau kengkawan rajin nak tahu..baca lah semua kisah-kisah dari januari 2012 sampailah saat ni.

januari
bekerja di Johor Bahru.sebagai juruteknik perancang bandar&desa. terasa penat dan bosan dengan tugasan harian.rasa tak ada langsung masa untuk berehat.lepas tu tension pulak sebab duduk jauh dengan suami. saya pun terus buat surat perletakan jawatan dengan senyum sampai ke telinga. hati puas.notis sebulan berhenti kerja terus berjalan sampailah penghujung januari dan ku tinggalkan semuanya dengan air mata. dengan harapan ada sesuatu yang lebih baik menanti di kuantan...

februari
berhenti kerja. pindah kuantan. duduk bersama suami. sesuatu yang pelik. sebab tak pernah duduk lama dengan suami. kerja hari-hari nak bertekak je. maklum lah tak pernah duduk sebumbung dalam tempoh yang agak lama. biasa paling lama pun seminggu jer. pulak tu i makin rajin memasak.euu..suami pun makin gemuk. bulan pertama masih panas, bak pengantin baru katanya.

mac
bulan ni lebih rileks berbanding bulan lepas. rumah dah siap kemas, kelengkapan rumah dah tersedia sepenuhnya, hati lebih tenang. tapi diuji pulak dengan demam dan asma. banyak kali gak pi hospital tengahmalam sebab semput.susah nak bernafas. jangkitan kuman pada paru-paru lah..fuhhh...allah saja yang tahu.seksa!


april
tak ada apa-apa. meneruskan usaha ttc dengan tabah. berjogging,diet, makan vitamin, clomid. ditambah period meragam tak mau turun. aduh, berendam air mata sangat. tapi kiteorang laki bini banyak habiskan masa bersama pi sana sini. seronoknyaaa....

cukup lah sekali.
fuhh,pening kepala beb..


mei
masih berttc. masih mencuba berubat sana sini dengan harapan moga allah kurniakan pada kami anak. dalam masa yang sama masih sibuk gak pi jalan sana sini. maklum lar sebelum ni duduk jauh susah nak dapat pi jalan-jalan berdua.


cuba cari kiteorang yang mana?huhuuh

jun
ku ditinggalkan. sebab suami berpindah ke Raub. sedih lah.sapa kata tak sedih kan. saya ditinggalkan adalah dalam 2 minggu kot. sementara suami dapat cari rumah sewa untuk kami.

julai
masih berusaha ttc. bulan ni entri paling sikit sebab kiteorang laki bini sibuk.ada projek besar.hehehe..

ogos
raya..raya..raya. pertama kali raya jauh dari keluarga tersayang. sunyi sepi rumah keluarga ku sebab si mulut bising tak ada.eh gituew lak.haha. raya kali ni kami pi balik kelantan. raya kat rantau panjang. giliran tetap giliran. tak kiralah macamana hal pun...kan? 

sep
period tak turun dari bulan 6 sampai bulan 9. punya lah lama menunggu. lepas je balik raya terus saya pi klinik minta ubat turun period macam biasa tu.hehe. lepas turun period saya teruskan usaha ttc dengan lebih tekun. makan makanan berkhasiat,senaman,berdoa. dalam sibuk berttc tu suami pulak ditimpa malang. malang sungguh bila terjatuh dari kerusi yang ditindih 3 patah. kaki kerusi patah 3, siku suami pulak tercabut. suami dapat cuti sebulan lebih.pergh..lama beb. jenuh pi honeymoon kat merata tempat.kalo rajin nak baca sila pi klik kat bulan september naa..eh,ada lagi nak bagitahu..penghujung bulan 9 tetiba saya jadi rajin masak, tetiba mengidam macam-macam makanan.dan ku fitnah kerana aku nak gemuk.


tak pernah umur hidup ku buat laksa penang..
tetiba je kau.pelik tak?
beli tak mau pulak tu..


oktober
tabiat rajin masak n teringin nak makan macam-macam terus memuncak sampailah raya haji. tak fikir pun kenapa, mungkin masa tu sesaja nak memantapkan skil memasak. ewaaah.haha..bulan ni dapat surat panggilan pi interview kerja kat N9 kat kampong sendiri tu. dalam masa yang sama emosi tetiba jadi sedih semacam.awat jadi lagu ni? diiringi dengan pening kepala yang maha dasyat! dan period ku pun makin lewat tapi tak teringin nak pi buat upt. alasanya period memang selalu lewat pun.so tak payah membazir beli upt.kan? dan sampailah satu masa iaitu sehari sebelum raya haji, teguh hati ku nk pi buat upt sebab merasakan diri ni tak sihat je pulak. dan hasilnya adalah......positif. terus kami cam terpinga-pinga,terkejut,terharu dan berpeluk-pelukan ^_^

nov
bermula lah episod alahan teruk. berat badan hilang 7kilo. potong rambut tebal hitam mengurai yang ku sayang sebab tak larat nak cuci.boleh gitu eh?hehehe..suami terpaksa hantar saya pi duduk kampong sebab nak uruskan diri sendiri pun tak larat.pendek kata bulan ni memang bulan paling mencabar.



dec
awal bulan je saya dapat call suruh datang untuk interview peringkat yang seterusnya. 3 kali ditemuduga sampai menangis saya dibuatnya. mungkin sebab masa tu saya masih alahan, emosi tak betul lagi,badan pulak dah letih.fuhh..gigil! dan penghujug bulan ni dapat call lagi katanya saya berjaya dalam temuduga tu.hureyy! air mata ku dibalas dengan senyuman.waaah! akhirnya berjaya jugak berkhidmat di negeri sendiri walau pun terpaksa berjauhan kembali dengan suami..ermm......

haa, macam tu lah kisahnya untuk tahun 2012 ni. pada saya pada awal tahun ni memang penuh kesedihan dan dugaan walau pun dalam hati ada kepuasan.ada macam nak balas dendam gitu rasanya. kepuasan sebab dapat bersama suami setelah setahun lebih berjauhan. dan keputusan berhenti kerja tu lah pengorbanan paling besar yang saya buat untuk dia walaupun pada awalnya keluarga menentang keras.sedih tau...

penghujung tahun pulak penuh dengan keriangan. kesedihan & kesabaran saya sebelum ni dibalas oleh allah dengan 2 berita yang saya tunggu-tunggu iaitu mengandung dan kerja baru. hebatnya kuasa allah. DIA maha menentukan segalanya. keputusan saya untuk berhenti kerja dulu telah tertulis sejak azali lagi jadi tak perlu lah kita sesal kan.semuanya ketentuan tuhan dan jelaskan segalanya telah diatur cantik... 

okey..sekarang ni kita hadapi semuanya dengan tabah. moga 2013 yang akan datang ni memberi lembaran baru yang lebih bahagia buat saya dan keluarga.terima kasih ya allah kerana mengatur segalanya.love Allah.!

ewah-ewah..dah macam ucapan artis pulak dah haa. semoga kengkawan semua lebih kuat mengharungi dugaan allah. percayalah, kita susah tapi sebenarnya ada yang lebih susah dari kita.kuatkan hati dan percayalah allah maha mendengar.so jangan malas doa yer...

muah!love all...

tata..

Thursday, December 27, 2012

gerakan halus si comel..

salam sayang semua..

hari ni balik raub, sebab nak ambik kain baju..
minggu depan kan dah mula kerja.
biasalah kalau tengah pregnant lepas tu jalan jauh..
macam-macam hal..sekarang ni tengah menahan sakit kepala.
siang tadi panas kot. 
ditambah pulak jalan karak - jelebu ni punya lah mencabar..

ok..
hari ni nak cerita..
minggu ni saya dah rasa pergerakan baby..
ee,awalnya! ^__^
saya jadi sangat sensitif bila ada sebarang pergerakan dalam perut.
kadang tu tertunggu-tunggu pulak..
sambil kata 'baby cepat lah gerak..ibu nk rasa ni..
bukan melalui pembacaan atau pengalaman sesapa
tapi kita akan rasa sendiri..
dan kita sendiri akan tahu..eh,dah rasa lah..

nak tau tak rasa dia macamana?
untuk seawal ni saya tak rasa pun tendangan kuat..
tapi sekadar gerakan halus, macam pergerakan angin atau pun macam ada org geletek perut dari dalam.eh gitu ke??hehehe...
halus tapi kadang-kadang boleh terperanjat kita di buatnya..

dia banyak menguis-nguis perut ibu dia.
sehari adalah dalam 2-3 kali
apa yang saya perasan, baby banyak menguis kat belah kiri..
macam ulat pun ada. geli..
kadang tu kat bawah pusat..
tapi jarang sekali dia pi jalan kat belah kanan..

bila dia menguis,korek-korek perut tu..
memang terperanjat.senyum je lah sebab kadang tu kita tengah berbual..
tetiba terdiam sebab terasa dia dok syok main-main dalam tu..
bila kita duduk diam, dia pun diam sama.
lepas tu tak rasa dah.
amboi pandai dia pasang telinga dengar mak dia beborak eh..

indah.
alhamdulillah.syukur sangat..terima kasih banyak ya allah..
jadilah anak yang baik wahai anak ku....

Tuesday, December 25, 2012

rezeki anak.alhamdulillah...

salam semua..

syukur alhamdulillah..
akhirnya interview beberapa bulan lepas dah berjaya..
nampaknya rezeki memihak pada saya.
walaupun masa tu saya sambil lewa je sebab tengah mabuk teruk.
baca buku pun tidak.banyak tak dapat jawab soalan pulak tu.
saingan pun tersangat lah sengit.
sampai saya tak pikir pun akan berjaya dapat nanti..
bila dapat call dari pihak sana,jadi tak sangka sangat.
dan saya anggap ini rezeki anak....
syukur..terima kasih banyak ya allah..

mula bekerja pada 2.1.13 depan..
masih bekerja untuk pihak berkuasa tempatan,jawatan yang sama dan jabatan yang sama..
tapi bukan ditempat yang sama tau...
akhirnya dapat gak berkhidmat di negeri sendiri
paling best dekat dengan keluarga.
boleh berulang tiap hari lagi antara rumah emak dan pejabat..hehehe..
itu yang best..

yang tak best sebab terpaksa berjauhan dengan suami semula
tapi tidak lah sejauh kuantan>JB macam dulu..
kira sekarang ni 2jam perjalanan dah dapat peluk yang tersayang..
dekat lah jugak kiranya kan...

sekarang ni kene lah bertahan walau apa pun yang terjadi..
demi anak yang sedang dikandung ni..[emm,ibu sayang kamu..]
nasib lah keluarga ada disisi untuk kali ini..
dan suami bakal menyusul berpindah lepas ni.
mintak-mintak cepat lah dia dapat berpindah kat n9..
boleh lah kiteorang berpencen kat n9..hehehe..

minggu depan dah mula bekerja..
baju kurang banyak yang dah sendat pulak ni haa..
maknanya kene lah mak shopping baju baru yang lebih selesa..
sesuai untuk kerja ku sebagai juruteknik perancang bandar..
pulak tu, alahan masih mengganas ^__^
kengkawan tolong bagi semangat tau..
moga saya akan kuat dan tabah..

mekasih banyak kengkawan..
baby sihat.
baby kata dia sayang kat semua aunty2..

p/s :: kite dah jarang balas comment kengkawan.maaf bebanyak tau. tapi kite selalu jenjalan kat blog semua kengkawan.teruskan usaha berttc.love all...

tata..

Monday, December 24, 2012

selamat pengantin baru dayah...


selamat pengantin baru buat sahabat ku hidayah dan pasangannya.
moga berkekalan hingga ke akhir hayat.
ini semua kawan-kawan masa sekolah rendah.
yang berkepit duduk depan pengantin tu,pengantin baru gak.
yang lain semua bujang lagi.
saya dah tak wangi macam pengantin baru, dah 2 tahun...hehehehe...

bukan dengan pasangan masing-masing tau...
doa ku, moga korang bertiga ni cepat bertemu jodoh.amin...




Wednesday, December 19, 2012

Scent of a Woman..tetiba mak terperasan....



tetiba mak dapat penyakit baru lar..
layan citer korea u..
comelnye diorang ni..
kita tengok pun tetiba dapat aura comel gitew...
eeeuu,perasan nyeee....
lani scent of a women tengah main kat astro ria,pukul5pm-6.30pm..
jadi sesapa yang nak layan tv waktu tu memang tak boleh.
sebab remote control udah ku sorok bawah bontot..

wahh,ensem gile lah diorg ni.
moga-moga baby dapat aura muka korea gitew..
fuh..fuh..fuh...moga jadi.hehehehe..

tatataaaa...




Wednesday, December 12, 2012

demam selsema...

salam semua..

tengah demam selsema ni..
2 hari dah panas badan & mengigil-gigil..
nak makan panadol tapi emak ku tak bagi..
so duduk melepek je lah sambil lekat coolfever kat dahi..
nasib lah duduk dengan family kat kampong..
ada abah,emak, abang n adik-adik yang banyak membantu..

besok checkup baby..
macam biasa lah,emak ku yang hantar ke klinik.
nak pergi sendiri memang tak larat lah...
harap baby sihat,cukup zat,comel macam mak dia..huhuhu..

ingat tak pati delima gulsan?..
ada baki setengah botol guna masa berttc dulu..
sangat membantu saat-saat genting lepas makan nasi.. 
bagusnya sebab dia masam,potong terus rasa loya.

ada kawan kita suruh amalkan pati kurma.
bagus untuk beri tenaga pada ibu hamil.
insyaallah,nanti kita pi cari kat bandar.
masalahnya sekarang ni nak pi pekan berdekatan tu pun nak harapkan orang hantar..

okey.itu je lah nak cerita..
nak sambung baring semula ni..
kita rindu kat suami.hehehehe...


kenduri kawen depan rumah.
makan pun macam-macam masa tu..
akibatnya,2 hari tak sedap perut.
2 hari melepek kepenatan.
masa tu dah janji tak mau pi kenduri kendara lagi dah.
penat..








Thursday, December 6, 2012

10 minggu

salam..


10 week

alhamdulillah. baby dah 10minggu. mesti ramai yang pelikkan? hari tu kata dah dah 10minggu tapi hari ni kata baru 10minggu lagi. haa, ini lah dia kalau dah period tunggang langgang, pusingan bulanan pulak panjang. masa anggaran 10minggu iaitu 2minggu lepas pi scan kat kkik Juasseh, sekali pi tengok laaah baby baru 8minggu. maknanya due date baby pun berubah naik ke bulan 7 [sama bulan dangan suami] dan ku rasakan perjalanan 1st trimester ini sangat lah panjang sebab masih alahan yang teruk. adoi...ini lah nikmat yang ditunggu-tunggu tapi bila dah dapat memang nak ikat kain batik pun tak larat.huhuhu...

sekarang ni saya balik duduk dengan suami semula. 2 minggu duduk dengan mak memang manja terlebih. kesian tengok mak bersusah payah masak untuk kita.last-last bila suami balik kampong jenguk saya hari tu terus bungkus kain baju. mak tak bagi balik raub lagi sebab saya tak berapa sihat lagi tapi saya pikir waktu tu dah sihat bebenor lah. last-last 2jam perjalanan sampai je raub terus lembik,menggigil,muntah segala apa ada dalam perut.pergh..benda ni memang sukar dijangka. tak boleh kata dah sihat,lepas tu kang mulalah....

2 hari ni tulang punggung belah kiri sakit.mybe sebab duduk lama dalam kereta masa nak balik raub kot. pinggang pon sama sakit sekali. azab nye bila nak baring sebab kene cari posisi yang terbaik masa nak tido. dan untuk pengatahuan semua saya dah lama ponteng minum susu. tak tau lah kenapa susah bebenor nak minum susu. tak muntah pun tapi tekak kata susu tak sedap kot.

rambut pun saya dah potong pendek. tak ada masa dah nak layan rambut panjang,tebal mengurai tu.penat! tapi ini last rambut pendek sebab nanti kalau ada  rezeki nak bersalin nanti kene buat rambut toncet.senang nak buang angin dalam badan katanya..

p/s :: tadi saya call mak, minta mak ambik kat raub sebab alahan datang mengganas semula bila balik sini.hehehe..









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...