Friday, November 2, 2012

5 minggu..

tak tahu nak update apa. segalanya masih bluur gitu. nak cerita lebih-lebih pun segan sebenarnya. walau pun ada seguni idea tapi simpan-simpan lah untuk kenangan diri sendiri =) 

cuma nak cerita pengalaman seciput ni lah. gejala mabuk kecil-kecilan yang saya dapat. kalau boleh tak nak sesekali merungut pening lah,ngantuk lah. lapar lah,muntah lah, busuk lah.itu lah..ini lah. em, saya takut nak merungut dan tak mengadu pun kat suami. biarlah saya menikmati sakit yang saya tunggu-tunggu ni. bukan senang nak dapat kan.

untuk seminggu ni saya baru perasan, saya suka tidur. asyik tidur je! bangun pagi  pukul 6.00am selesai solat subuh saya pun pi siap-siap masak nasi untuk makan tengahari nanti. awalkan? sebabnya usai subuh tu saya tak pening kepala lagi. pening kepala dan mengantuk datang dalam pukul 8am> 11am. nak mengemas, basuh baju semua kene buat sebelum matahari keluar memancar-mancar sebab lepas tu kang saya dah penat dan masa saya nak tidur pulak. kalau saya boleh tahan saya tahan lah tengok tv. tapi biasanya tertidur juga. malam pun saya tidur awal. tak dapat dah nak join suami yang suka berjaga sampai pukul 1-2 pagi.

asyik lapar. biasa nasi untuk saya dan suami makan 1pot setengah ja. tapi kali ni saya buat 2pot 1/2 terus. saya makan beras siam, beras siam ni kalau dah masak memang mengembang dan jadi banyak. so 2pot 1/2 tu memang tahan untuk saya sampai malam kang. tadi terlewat makan tengahari sebab tunggu suami balik kerja. fuh, menggigil dan bekeroncong sangat perut ni. msg suami suruh balik cepat, last-last saya tertidur juga dalam gigil tu.kesiannya.suami pun baru tadi perasan saya jadi kuat makan untuk seminggu ni. suami tak galakkan saya makan nasi banyak sangat,dia pi la beli roti. tapi tak adanya.tak best.so tak nak makan.hehehe..

lenguh kaki dan kepenatan. entah lah, semalam kaki saya lenguh sangat. letak minyak panas kat kaki okey lah kejap. ke sebab sejuk sebab hujan eh? mungkin sebab sejuk kot.pulak tu saya banyak berjalan semalam.

badan menggigil. kenapa tu? adakah sebab sebab saya lapar,penat atau sebab kurang gula dalam darah? tidak lah hari-hari tapi kadang-kaadang lepas bangun tidur pun gigil. lapar kot?...

muntah dan loya. saya tak suka muntah sebab ia sangat memenatkan. tapi siapalah saya yang nak mengelak muntah? tak selalu muntah tapi ada masa-masanya. kalau boleh saya tahan. biasanya akan muntah bila gosok gigi lah. rasa geli  geleman sangat bila buih-buih ubat gigi tu penuh dalam mulut. bila nak berus lidah terus......lembik lah lepas tu kan? perut pun mula lah bekeroncong kreok-kreok-kreeeok.letih. tapi buat tak tahu je lah.

cepat kembung. macam baby sangat. tapi nak buat macamana.hehehe(^.^)

semalam mak call. mak tanya lah,macamana kesihatan. saya jawab, alhamdulillah semua okey. cuma pening-pening tu je kejap ada,kejap tak ada. mak kata, itu perkara biasa. sebab mak saya dulu mabuk teruk sampaikan pinggan mangkuk dalam sinki jadi berulat sebab tak basuh.hehe,punya lah teruk. bila dengar cerita emak, saya mohon supaya saya kuat dan tak mabuk teruk macam emak dulu. tak mau muntah-muntah. tak mau moody-moody. mintak sangat Allah jauhkan. kalau boleh nak sihat-sihat je..

saya masih baru. tak tahu lah nanti-nanti kan. harungi lah dengan tabah. korang rasa kan, patut tak saya sambung cerita pasal pregnancy dalam ni? atau saya kene buat lagi satu blog?



alhamdulillah. rezeki kita baby. thanks pada kawan suami yang pos 2 kotak besar susu ni kepada kami. hadiah katanya.  rasanya sangat sedap. macam minum aiskrim vanilla gitu. tapi kene minum masa tengah panas sikit lah, kalau dah sejuk dah xbest. susu anmum materna saya jadi tak suka pulak, macam rasa pahit ke apa ntah.


love all..






10 comments:

  1. dear, cerita sal prgnancy dlm blog ni jelah. xperlu kot buat blog baru. lg senang stay dgn 1 blog je.

    mak aihh,byknya susu.rezeki bby tuh :)

    ReplyDelete
  2. Wahh meriahnya susu....alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....

    akhirnya aida dpt merasa nikmat2 mengandung ni...hihihi...
    xpayah la nk buat blog baru..takot x ter update 2 2 blog ni...hihihi

    ReplyDelete
  4. Takyah buat blog baru. blog ini pun oke.... Yg penting update selalu yekkk =)

    ReplyDelete
  5. murahnya rezki mommy n baby....proceed dgn blog ni je aida... (nkh)

    ReplyDelete
  6. Tahniah... alhamdulillah akhirnya doa awak dimakbulkan... happy sgt untuk awak... untuk 3 bulan pertama, jaga diri betul2, jgan lasak2, jaga makan, pegi check up, minum susu, dan banyak rehat.... semoga semuanya selamat.... fikir yang seronok je... n doa banyak2...

    ReplyDelete
  7. tahiniah--jaga diri tau---anggap jer.. gejala itu semua--kenangan nanti2....insyaallah mmg laa tak best--tapi fikirkan bb akan best jer

    ReplyDelete
  8. congrats sis.. happy for u..walaupun silent reader tp sy sgt suka bc blog sis.. owh btw just nk share knowledge..
    sis ckp husband xbg mkn nasi kan.. lebih prefer roti.. anyway the truth is calorie sekeping roti same dengan sesenduk nasi.. means menyumbang kepada 75kcal..same goes with 1 senduk rata mee = sesenduk rata kuew teow = sesenduk rata nasi = sekeping roti = 3 keping cream cracker yg bersaiz besar.. so for me better sis mkn nasi or mee sbb lebih cepat kenyang.. kalau roti kadang kita tak sedar makan banyak keping so nnti jadi lebih calorie plak.. lagi pun kalau mkn nasi sis akan mkn dengan lauk skalikan so kat situ dah dapat carbo protein n fat.. kalau roti just ada carbo je melainkan better kalau nak makan roti buat sandwich means ada carbo, protein fat dan sayur2..

    opss.. terbebel panjang plak..
    sy doakan sis dan baby sihat2 selalu.. =)

    ReplyDelete
  9. wahh dh pegnen ker..wlupun silent reader..mmg dari dulu skodeng blog awak..

    tahniah yer... doakan saya jugak..!! hehehe ;)

    ReplyDelete

  10. Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
    Harga serendah RM1.00/pcs.
    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

    Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...