Monday, November 5, 2012

buang ion negatif dalam badan (^.^)

ahad,
selesai subuh pagi semalam. suami ada  prograSunday Bike Ride @ Raub. pagi gelap lagi dah keluar rumah. tak sempat nak cium-cium pipi bagai sebab masa tu saya pun tengah solat subuh.bila selesai, tengok-tengok hilang dah.ee,selalu macam tu.sejak kawan dia belikan basikal ni kemain lagi dia dok pusing pekan Raub. lama dah dia tak keluar melepak waktu malam.sebab kepenatan. baguskan? kalau tahu, dari dulu lagi hadiahkan dia basikal. emm, tapi ada jugak risaunya. saat saya tengah macam ni lah baru dapat hobi baru.adoi...

basikal biasa-biasa ja..
yang penting saya dah try seround dalam rumah.hehehe
best. leh kuruih..

dalam pukul 10pagi tu,baru suami balik. siap bawak beg cabutan bertuah lagi. masuk rumah,simpan basikal terus ajak saya pi mandi kat Jeram Lata Jarum. huih,syoknya. apa-apa hal saya kene makan dulu.sebab lapar sangat pulak. pekena nasi lemak sepinggan penuh kat kedai dulu baru boleh nak mandi-mandi.hehehe..


 tempat ni sangat lawa. aman damai sejuk.
saya tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak 
sebab hati dah suka sangat.
tak sabar nak celop kaki katanya

dia ajak kita, tapi dia tak mau mandi.
dah kanapa? penat koot..

kalau abi tak mau mandi, meh ayang mandi dulu.sejuk gila!
kita boleh mandi kat tempat air paras lutut ja.
nak renang ka, nak golek-golek ka,
kuak kupu-kupu ka...boleh takat tu ja.
dek kerana tak tahan tengok saya dok syok meniarap bagai dalam air tu,
dia pun turun jugeeek.
macam best je tengok ayang berendam.katanya.ehehehe..

 setelah setengah jam lupa diri.hahaha
baru rasa insaf dan nak naik.
pucat lesi muka masing-masing.
cepat-cepat nak balik sebab dah masuk zuhur, 
orang kata tak elok mandi jeram dalam hutan macam ni waktu tengahari tepat.wallahualam..
masa ni tengah sejuk + lapar + kembung perut juga...hehehe

okey itu je nak cerita.
masuk dalam kereta tentunya saya kepenatan.
huh,berendam dalam air takat lutut ja pun kan..
ok.jom.balik-balik!..


selesai sudah aktiviti membuang ion negatif dalam badan untuk hari ni.



4 comments:

  1. ambui mak buyung masuk hutan..ati2 ye..
    saya dh ada bad experinced...
    hati2 tau

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau blh g rendam kaki time panas2.

    take care mama n baby.

    ReplyDelete

  3. Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
    Harga serendah RM1.00/pcs.
    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

    Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...