Friday, November 30, 2012

lama dah simpan...

bekas ttc kalau dah berjaya conceive jangan lah menyombong. sampai kata jangan menyemak kat blog dia n suruh pi main jauh-jauh. tak baik tau cakap macam tu.kalau lah saya masih berttc pasti saya berkecil hati.

betul, kadang kita happy sangat sampai tak boleh control perasaan gembira tu. tak salah kalau nak meluahkan kegembiraan, tapi jangan lah membabitkan perasaan orang lain. apa yang kita dapat ni semua pinjaman dari Allah swt. tak selamanya dia bersama kita. doa kawan-kawan penting so sentiasalah berbuat baik dengan orang lain.gitew...

dulu, waktu saya masih berttc, saya cukup suka bila tahu ada kawan-kawan yang berjaya conceive. dari dia pasti saya dapat semangat baru nak usaha dan usaha lagi. yelah, bila kita dah usaha keras tapi tak ada hasil memang menjatuhkan mood. kadang-kadang cakap dalam hati..'aku malas dah...tawakal sajalah'.betul tak? tapi kuasa Allah taala jangan dipertikaian.ada, cuma tak tahu bila...

beberapa bulan lepas saya ada terkecil hati dengan seorang sahabat yang memperkatakan kegembiraan seseorang yang dah berjaya conceive lepas tu gugur. masa tu saya masih berusaha nak mengandung. perit juga hati ni sebab saya pernah keguguran. tapi tu lah, dah memang orangnye mulut tak ada budi bahasa, bermuka-muka, suka jaga tepi kain orang memang lupa setiap apa yang terjadi ini kehendak Allah. mungkin masa tu dia tak mengandung lagi kot...tak rasa pun susah payah,menanggung rasa macam orang yang berttc ni rasa.tak apalah, senyum jalah.alhamdulillah....

sekarang ni kandungan sedang membesar. saya mengalami alahan yang nak kata teruk tak teruk, nak kata tak teruk tapi teruk. biasa-biasa je kot. ada masa memang menangis,ada masa happy. saya gembira setelah 2 tahun menanti,dengan period yang susah nak turun, bersahabat baik pulak dengan pil-pil hormon, itu lah..ini lah.kalau ingat balik Allah swt saja lah yang tahu. bila saya dah berjaya (+ve) pasti saya gembira dan saya tak pernah rahsiakan pun berita gembira ni.

kalau orang tanya 'kau mengandung ke?'..saya kata 'ya,alhamdulillah.doakanlah kandungan kali ni sihat'..kalau orang tanya, saya kata ya betul. tak pernah pun saya kata 'mana ada aku mengandung'..atau pun 'belum ada rezeki,tengah usaha'..sedangkan kita dalam trimester! pada saya tak perlu sorok kalau niat kita hanya dambakan doa-doa dari seorang sahabat. lainlah kalau kita hanya listkan senarai bff je yang boleh tahu kita pregnant.oppps!

saya tak ada bff, jadi sesapa pun boleh tahu perkembangan saya.ecehhh. saya tak sampai hati nak sorok berita gembira sebab saya perlukan doa-doa kalian semua. tapi kalau nak hebahkan seluruh alam tu tidak lah, biarlah orang sendiri yang bertanya......

hah! di pagi jumaat ini berjaya jugak melepas segala terbuku dihati.semoga kawan-kawan ttc berjaya suatu hari nanti. jangan berhenti usaha terutama sahabat ku Ainna & kak NKH. jangan menangis,Allah kan ada....





mata..




jangan jadikan pandangan mata seperti mata lalat...
hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk.
yang hanya melihat keburukan dan kesalahan orang lain,

jadikanlah pandangan mata seperti mata lebah..
yang hanya memandang kewangian dan keindahan.
hanya memandang kebaikan orang lain sehingga melupakan keburukan orang lain....

Monday, November 26, 2012

hai...

entah ler..
tak ada mood nak berblog sekarang ni..
dah 2-3 orang tanya kita,kenapa blog tak boleh bukak?
blog saja saya kasi cuti rehat.
sebab saya nak blog pun rasa apa yang saya rasa..
mood tengah tunggang langgangkan..
tak aci kalo blog bersuka ria,tuan dia dok lemah tak bermaya..
tak aci..tak aci....

hari ni meloya teruk.
loya je tak muntah pun..
tapi kepala lutut semua lembik ^__^
letihnya..
jadi mak kita pun pi cari kundang manis kat kedai.
kesian mak,apa sebut semua dia pi cari..
mak kata 'bunting sulung boleh lah layan macam puteri..tapi kalo dah bunting 3-4 orang dah tak kuasa dah nak layan'..huhuhu...sabor je lah...

ok lah u all...
nak rehat dan baring-baring semula n..
tata...



Monday, November 19, 2012

alhamdulillah...



syukur alhamdulillah. 
kawan-kawan doakan kami yer....
terima kasih banyak...

Friday, November 16, 2012

buku pink..

yeay.alhamdulillah. 9minggu 4hari.dalam ketar-ketar tu akhirnya berjaya gak pi buat buku pink. letih sungguh hari ni,walau hari masih pagi. tengah akak nurse sibuk interview time tu lah saya sibuk berkejar ke toilet meluahkan balik apa yang dimakan pagi tadi. akak nurse pun kata 'eheh..,kesian awak..sabar ye. 3 bulan pertama je macam ni'..macam ni lah setiap hari. tak kira pagi,tengahari, petang atau malam. berat pun dah susut 3kilo.dulu punya lah susah nak turun berat badan sekarang ni dalam masa seminggu je susut 3kilo.hehehehe.....alhamdulillah.


haa, kita ada 3 buku pink.
yang ada kertas oren tu buku pink baby yang lepas.tak guna dah.
buku pink tengah tu baru yang sekarang punya.
Diari Hamil tu hadiah dari adik Farahin [inn] masa kerja kat JB dulu.
thanks inn, 8 bulan simpan buku ni baru dapat guna.

folic asid + vit C + iron tablets + B compleks
setiap hari mesti makan tau.
jangan ponteng.
sebenarnya,susu pun dah 4 hari ponteng.


dalam segala hal, plastik beg ni sangat penting untuk saya.
naik kereta mesti ada.
kalau tidak, ada orang tu menangis nak kene bersihkan kereta.
huhu. malunye iter..

ok. itu je lah kot. nak baring lepas tu kang nak kemas baju. sebab besok saya akan balik ke kampung [n9].  suami terpaksa jugak hantar saya balik kampung. kat sana rasanya terurus sikit kot. kadang-kadang suami kerja luar dan balik kerja lambat sudahnya saya tak makan lah. nak masak?eeemmm,seminggu dah tak masak sebenarnya walau pun goreng telur. moga semua baik-baik lah kan.doakan saya sihat dan baby pun sihat.insyaallah,dengan izin-NYA.

Wednesday, November 14, 2012

EPO dan period sebelum ni..

salam sayang.

seingat saya sejak anak dara pusingan period saya ialah 35hari. itu pun tahu bila 2-3 bulan sebelum kawen. masa tu dah mula study pasal period. kawan pejabat lah yang ajar n suruh buat. senang katanya bila nk kira usia kandungan bila dah pregnant nanti.

tapi! setakat 6 bulan perkahwinan je lah elok cantik molek, lepas tu mula lah tunggang langgang. masa kali pertama dia buat hal tu memang jenuh buat upt. semua hasilnya adalah (-ve). kalau bab makan ubat turun period ni saya dah handal sangat dah. paling lama saya tunggu iaitu 2 bulan lepas cd94.

ramai pesan dengan saya jangan ambil ubat turun period. nak kene tunggu dia turun sediri pun saya tak tahu bila dan bila. last-last saya tahu macamana cara nak buat period saya teratur cantik? haa, ambil lah EPO (everning primrose oil). bulan pertama saya ambil epo memang period saya cun sangat. tak banyak ragam, seminggu sebelum period dah mula rasa sakit breast,cramp perut dan emosi tak betul.masa tu saya dah tahu period nak turun. turun pulak 5-6 hari je. hari ke 7 saya dah boleh mandi wajib. haaaa...bagus tak?

2011

ogos 
(18.08.11/keguguran)

september
(tak turun period)

oktober
16.10.11 / period selepas mkn ubat turun period

november
(tak turun period)

december
cd51 / 7.12.11 / period
berurut/ EPO

2012

januari
10.1.12 / period
EPO 14hari

february
(tak turun period)


mac
9.0.12 / period
EPO Full

april
3.4.2012
clomid / berat badan naik 3kg!

mei
(tak turun period)

jun
cd62 / 8.6.12 / period

julai
(tak turun period)

ogos
(tak turun period)

september
makan ubat turun period
09.9.12    period / cd94
12.9.12   kering
13.9.12   keluar sikit
Epo full / susu kambing / air kunyit / telur ayam kampung / kurma & buah tin / berurut/ pati delima gulsan

oktober
cd48 (+ve)
alhamdulillah.syukur ya allah..

eh, faham tak yang kat atas tu. kalau tengok macam gigi rongakkan? kejap ada,kejap tak ada. asal makan epo full sebulan memang turun comel je! kalau makan 14hari iaitu 14 hari sebelum hari subur memang tak turun lah period.

so kawan-kawan yang period tak teratur tu apa kata try EPO dulu untuk 3 bulan pertama. bila rasa period dah okey dan dah tahu bila waktu subur cuba pulak untuk pregnant. tapi tak bermakna bila kita tengah on EPO kita tak boleh pregnant. boleh jer...sebab saya pun ambil epo penuh sebulan. :)

bagus tau! mungkin pada awal kita amalkan tu muka kita naik jerawat halus dan badan pun naik sikit. tapi kalau pikir dari period tak turun-turun dan makan ubat turun period tu baik saya amalkan epo ni. tak apa, berkorban kulit halus sekejap je.....

selamat berusaha!

p/s : kita ambil Everning primrose oil (epo) yang jenama naturella...









Monday, November 12, 2012

salam takziah untuk sahabat ku...

semalam,

dapat berita kawan satu sekolah [diana] baru sahaja kematian bayi yang baru dilahirkan. kali terakhir saya berbual dengan diana, semasa dia baru pregnant 6minggu dan beriya suruh saya amalkan asid folic untuk mudah hamil. saya doakan semoga diana kuat untuk menempuh hari-hari yang akan datang.



............................................

pagi ini,

kawan satu sekolah juga [fareeza] yang hamil 7-8week sedang koma di hospital putrajaya. fareeza dikatakan mengalami athma yang teruk. terbayang wajah gembira fareeza bila dia disahkan hamil 5week lepas dan seronok bila bercerita perihal alahan yang alami. dan saya pula di minggu yang ke-4 mungkin waktu itu. saya harap sangat fareeza cepat sedar dari koma dan kembali sembuh seperti biasa.nanti saya update lagi perkembangan fareeza.


saya,
........................................... dengar 2 berita buruk dalam satu masa cukup menyedihkan. saya mohon Allah sentiasa melindungi saya dan baby.




Sunday, November 11, 2012

nasi impit kuah lodeh sambil cerita-cerita..

salam ahad semua..

yeay! semalam baru balik rumah dari suatu tempat.gitu...
terlepas beberapa episod drama Julia, lani tengah gigih maraton menonton kat Tonton TV3..
petang semalam, habiskan masa dengan bermalas-malasan menonton masterchef malaysia ulangan pulak.peh...nasib che lah tak terkeluar.heeee..

menyambil tu setle kan kain baju yang berbakul-bakul tak basuh
2 pusing mesin basuh [8 kilo] baru selamat semua..
pegh.....keras perut dibuatnya..

dah 3-4 hari ni asyik terasa nak makan nasi impit kuah lontong jer..
asyik review gambar kuah lontong je kat google.
bukan apa, saja nak kasi meleleh lagi.jahat kan?
nasib lah tak susah nak buat. 
kalau susah nak buat kene lah pi Johor nak merasa yang original kuah lodeh sedap kan..
tak sanggup..tak sanggup. jauh bebenor..
so pepagi ni cadang nak pi market nak pi cari sayur-sayurnye..

dan, akak ipar kita pregnant 3bulan..
semalam mak call bagi tahu dia masuk hospital 
sebab gula dalam darah tinggi.
adoi,kesiannye.takut pun ade dah ni..
anak-anak semua transfer kat rumah mak.
mak tanya kita, bila nak pi buat buku pink?
ini pun satu hal, kita kadang-kadang nak pi tapi bila dah bersiap tetiba tanggal tudung terus baring atas katil.malas dan mengantuk sangat.
dapat penyakit macam tu pulak haaa...

nasi impit kuah lodeh

nah, lagi satu gambor

cerita punye cerita, siap sudah nasi impit kuah lodeh kite..
kuah nampak tak menarik tapi rasa alhamdulillah, boleh telan.hehehehe..
hari tu masa raya haji emak ada buat tapi tak sempat nak jamah sepuas hati
sebab sibuk dengan kembung perut.eeeee....
punye lah lama nak buat entri ni,dari bangun tidur, pi pasar..
sampai siap lah kuah lodeh kite..
okey,makan sudah..update entri sudah..mata pun dah mula berbuai-buai..

okey,selamat u all.
doakan saya sihat dan sihat eh..








Monday, November 5, 2012

doa untuk elak keguguran bayi dalam kandungan.


bleeding tak ada,sakit pun tidak. tapi dalam hati ni...Allah sahaja yang tahu. betapa risau,takutnya nak menempuh hari-hari yang akan datang.scan pun belum buat lagi. selagi tak buat,selagi itu lah hati ni risau.kawan-kawan,doakan lah kehamilan kali ini lebih baik dari sebelumnya. saya tak sanggup lagi dah berperang dengan perasaan sedih. menghadapi kesukaran yang saya pernah tempuh dulu.peritnya....
Ya Allah berilah perlindungan kepada kami,sesungguhnya engkau sebaik-baik Pelindung.

SURAH AL-Hij'r (Batu Gunung) 

Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

Terjemahannya:

Ayat 97

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

Ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

Ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.


Cara-cara Bacaan.
Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.

Sedikit maklumat perubatan tentang keguguran bayi dari kandungan. 

Fakta Keguguran
Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Sebab keguguran
Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Risiko keguguran
Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu:Pemakanan yang tidak sihatMerokokHorman yang tidak seimbangJangkitan kumanMasalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.Terdedah pada radiasi dengan banyakMengambil ubatan yang memudaratkan bayiDemam yang tersangat panasRahim yang tidak normal

Bila perlu berjumpa doktor?
Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :

Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
Pendarahan yang berketul-ketulSakit perut berpanjangan
Keluar lendir yang berbau dari faraj
Demam melebihi 38 darjah C

Selepas keguguran:

Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
Jangan gunakan tampon
Jangan douche vagina anda
Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran
Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.

Dilatation and Curettage (D&C)
Prosedur ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu dari hasilan kehamilan tertinggal di dalam rahim. Sekira ia tidak dikeluarkan, pendarahan atau jangkitan kuman mungkin akan berlaku. Aktiviti harian boleh diteruskan semula sekiranya anda merasa sihat. Tanya doktor anda untuk sebarang aktiviti yang lebih lasak.

Hamil selepas gugur
Dicadangkan agar anda menunggu sekurang-kurang 2 bulan sebelum anda merancang untuk hamil semula. Ini akan memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.

Kehamilan Hampir Gugur
Kehamilan adalah masa yang sangat indah untuk anda dan suami. Merancang untuk bayi dan melihat tumbesarannya adalah cukup memberikan kegembiraan dan pengalaman yang amat bermakna bagi anda. Tetapi, ia juga masa yang membimbangkan bagi wanita yang risau kemungkinan mereka akan mengalami keguguran. Sekiranya anda mengalami pendarahan pada peringkat awal hamil, anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Kehamilan yang hampir gugur atau ‘threatened miscarriage’. Ia satu keadaan yang meletakan kandungan anda berisiko untuk gugur.

Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?

Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.

Gejala dan simptom
Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:

Merah pekat
Merah cair
Coklat
Kadang-kadang sangat sedikit
Kadang-kadang berketul darah
Sakit belakang
Sakit pada ari-ari
Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur

Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:

Jangkitan kuman pada faraj
Polip pada pangkal rahim
Hamil di luar rahim
Cancer pangkal rahim
Bagaimana diagnosa dibuat?

Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.

Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Rawatan

Tiada rawatan atau ubatan yang mujarat untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:

Tunggu dan lihat: 
Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa ini.

Kurangkan aktiviti yang lasak: 
Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.

Ubat Progesterone: 
Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.

Tenangkan fikiran: 
Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.

Risiko Keguguran
Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.



buang ion negatif dalam badan (^.^)

ahad,
selesai subuh pagi semalam. suami ada  prograSunday Bike Ride @ Raub. pagi gelap lagi dah keluar rumah. tak sempat nak cium-cium pipi bagai sebab masa tu saya pun tengah solat subuh.bila selesai, tengok-tengok hilang dah.ee,selalu macam tu.sejak kawan dia belikan basikal ni kemain lagi dia dok pusing pekan Raub. lama dah dia tak keluar melepak waktu malam.sebab kepenatan. baguskan? kalau tahu, dari dulu lagi hadiahkan dia basikal. emm, tapi ada jugak risaunya. saat saya tengah macam ni lah baru dapat hobi baru.adoi...

basikal biasa-biasa ja..
yang penting saya dah try seround dalam rumah.hehehe
best. leh kuruih..

dalam pukul 10pagi tu,baru suami balik. siap bawak beg cabutan bertuah lagi. masuk rumah,simpan basikal terus ajak saya pi mandi kat Jeram Lata Jarum. huih,syoknya. apa-apa hal saya kene makan dulu.sebab lapar sangat pulak. pekena nasi lemak sepinggan penuh kat kedai dulu baru boleh nak mandi-mandi.hehehe..


 tempat ni sangat lawa. aman damai sejuk.
saya tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak 
sebab hati dah suka sangat.
tak sabar nak celop kaki katanya

dia ajak kita, tapi dia tak mau mandi.
dah kanapa? penat koot..

kalau abi tak mau mandi, meh ayang mandi dulu.sejuk gila!
kita boleh mandi kat tempat air paras lutut ja.
nak renang ka, nak golek-golek ka,
kuak kupu-kupu ka...boleh takat tu ja.
dek kerana tak tahan tengok saya dok syok meniarap bagai dalam air tu,
dia pun turun jugeeek.
macam best je tengok ayang berendam.katanya.ehehehe..

 setelah setengah jam lupa diri.hahaha
baru rasa insaf dan nak naik.
pucat lesi muka masing-masing.
cepat-cepat nak balik sebab dah masuk zuhur, 
orang kata tak elok mandi jeram dalam hutan macam ni waktu tengahari tepat.wallahualam..
masa ni tengah sejuk + lapar + kembung perut juga...hehehe

okey itu je nak cerita.
masuk dalam kereta tentunya saya kepenatan.
huh,berendam dalam air takat lutut ja pun kan..
ok.jom.balik-balik!..


selesai sudah aktiviti membuang ion negatif dalam badan untuk hari ni.



Friday, November 2, 2012

5 minggu..

tak tahu nak update apa. segalanya masih bluur gitu. nak cerita lebih-lebih pun segan sebenarnya. walau pun ada seguni idea tapi simpan-simpan lah untuk kenangan diri sendiri =) 

cuma nak cerita pengalaman seciput ni lah. gejala mabuk kecil-kecilan yang saya dapat. kalau boleh tak nak sesekali merungut pening lah,ngantuk lah. lapar lah,muntah lah, busuk lah.itu lah..ini lah. em, saya takut nak merungut dan tak mengadu pun kat suami. biarlah saya menikmati sakit yang saya tunggu-tunggu ni. bukan senang nak dapat kan.

untuk seminggu ni saya baru perasan, saya suka tidur. asyik tidur je! bangun pagi  pukul 6.00am selesai solat subuh saya pun pi siap-siap masak nasi untuk makan tengahari nanti. awalkan? sebabnya usai subuh tu saya tak pening kepala lagi. pening kepala dan mengantuk datang dalam pukul 8am> 11am. nak mengemas, basuh baju semua kene buat sebelum matahari keluar memancar-mancar sebab lepas tu kang saya dah penat dan masa saya nak tidur pulak. kalau saya boleh tahan saya tahan lah tengok tv. tapi biasanya tertidur juga. malam pun saya tidur awal. tak dapat dah nak join suami yang suka berjaga sampai pukul 1-2 pagi.

asyik lapar. biasa nasi untuk saya dan suami makan 1pot setengah ja. tapi kali ni saya buat 2pot 1/2 terus. saya makan beras siam, beras siam ni kalau dah masak memang mengembang dan jadi banyak. so 2pot 1/2 tu memang tahan untuk saya sampai malam kang. tadi terlewat makan tengahari sebab tunggu suami balik kerja. fuh, menggigil dan bekeroncong sangat perut ni. msg suami suruh balik cepat, last-last saya tertidur juga dalam gigil tu.kesiannya.suami pun baru tadi perasan saya jadi kuat makan untuk seminggu ni. suami tak galakkan saya makan nasi banyak sangat,dia pi la beli roti. tapi tak adanya.tak best.so tak nak makan.hehehe..

lenguh kaki dan kepenatan. entah lah, semalam kaki saya lenguh sangat. letak minyak panas kat kaki okey lah kejap. ke sebab sejuk sebab hujan eh? mungkin sebab sejuk kot.pulak tu saya banyak berjalan semalam.

badan menggigil. kenapa tu? adakah sebab sebab saya lapar,penat atau sebab kurang gula dalam darah? tidak lah hari-hari tapi kadang-kaadang lepas bangun tidur pun gigil. lapar kot?...

muntah dan loya. saya tak suka muntah sebab ia sangat memenatkan. tapi siapalah saya yang nak mengelak muntah? tak selalu muntah tapi ada masa-masanya. kalau boleh saya tahan. biasanya akan muntah bila gosok gigi lah. rasa geli  geleman sangat bila buih-buih ubat gigi tu penuh dalam mulut. bila nak berus lidah terus......lembik lah lepas tu kan? perut pun mula lah bekeroncong kreok-kreok-kreeeok.letih. tapi buat tak tahu je lah.

cepat kembung. macam baby sangat. tapi nak buat macamana.hehehe(^.^)

semalam mak call. mak tanya lah,macamana kesihatan. saya jawab, alhamdulillah semua okey. cuma pening-pening tu je kejap ada,kejap tak ada. mak kata, itu perkara biasa. sebab mak saya dulu mabuk teruk sampaikan pinggan mangkuk dalam sinki jadi berulat sebab tak basuh.hehe,punya lah teruk. bila dengar cerita emak, saya mohon supaya saya kuat dan tak mabuk teruk macam emak dulu. tak mau muntah-muntah. tak mau moody-moody. mintak sangat Allah jauhkan. kalau boleh nak sihat-sihat je..

saya masih baru. tak tahu lah nanti-nanti kan. harungi lah dengan tabah. korang rasa kan, patut tak saya sambung cerita pasal pregnancy dalam ni? atau saya kene buat lagi satu blog?



alhamdulillah. rezeki kita baby. thanks pada kawan suami yang pos 2 kotak besar susu ni kepada kami. hadiah katanya.  rasanya sangat sedap. macam minum aiskrim vanilla gitu. tapi kene minum masa tengah panas sikit lah, kalau dah sejuk dah xbest. susu anmum materna saya jadi tak suka pulak, macam rasa pahit ke apa ntah.


love all..






Thursday, November 1, 2012

perjalanan upt...

cd47 [petang]

cd48 [malam]

cd50 [petang]

cd53 [tengahari]

kawan-kawan,
period saya memang tak betul.tunggang langgang sangat. tak boleh agak langsung bila waktu suburnya,usia janin pun saya tak rasa sekarang 7week. saya agak, pusingan bulanan saya adalah 35hari. jadi mungkin sekarang ni saya minggu ke 5-6.ermmm.........

kawan-kawan,maaf lah tunjuk upt ni banyak kali,saya nak kawan-kawan semua semangat berttc.insyaallah,ada rezeki kalian..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...