Saturday, October 13, 2012

tak romantik, tapi lebih kepada keperluan...

eh,eh..ramai yang tanya saya. peliknye hadiah anniversary untuk saya tahun ni.hehe, hadiah tahun lepas kami pi bermalam dihotel jer..alasan masa tu kami tak jumpa sebulan tau.rindu sangat...hehehe.syok....

tahun ni alhamdulillah,dapat mesin basuh & peti sejuk (tak romantik tapi lebih pada keperluan). ni lah haa, nak cerita. kenapa tak dapat cincin ke, bunga ke, kek ke..pi dinner kat hotel ke..pi melancong ke..ape-ape je lah yang romantik-romantik ni kan. biasa orang lain kalau anniversary ni bawak bini pi honeymoon lagi.alang-alang balik honeymoon dapat anak lagi ker...

tapi kami tidak,suami saya pun sedia maklum dah dengan keuzuran peti sejuk lama tu. tangan saya ni lali dah kene renjat elektrik. renjat halus je tapi kalo kene terkejut gaaaak. mesin basuh tu  pulak harta pusaka mak mertua.kapasiti nak basuh baju pun tak banyak. kalo sekali membasuh tu mau 2 round. dapat pulak kalau kami baru balik dari bercuti, mau menangis saya depan mesin basuh tu.alhamdulillah, untuk yang baru ni boleh lah basuh segala mak nenek dalam rumah ni sambil rileks-rileks...

jadi suami pun hadiahkan lah saya peti sejuk baru dan besar dari yang lama. semoga isterinya bertambah rajin memasak.lepas tu boleh lah simpan banyak sikit barang-barang. kalo peti sejuk lama tu berkira-kira kalau nak beli barang basah banyak. takut tak muat..hehehe..

mesin basuh tu pulak suami beli yang auto. senang untuk saya buat kerja lain sementara tunggu baju siap basuh. dulu pakai manual, kadang terlupa air dah melimpah.

suami beli pun tanpa pengatahuan saya sebenarnya. tengah makan tengahari tu baru dia kata dah beli mesin basuh & peti sejuk tapi yang murah-murah n kecik-kecik je.teruihhh saya tak selera makan,excited katanya.hahaha. kene setengah jam lepas tu sampai lar lori bawak barang. saya pun senyum sampai ke telinga.sukoo! tak sangka  suami ku pandai pilih.. :)

gitu lah ceritanyaaaa.......malu kite tau (^.^)



berhimpit-himpit lah mereka dalam ni..

good bye..jasa mu dikenang..




okey.tata



3 comments:

  1. salam aida! :)
    nadia first time singgah sini dari blog ieda ttc. alang2, terus nadia follow. mane tau sikit sebanyak boleh belajar pengalaman dari aida kan. :) salam kenal dear.

    ReplyDelete
  2. Aida, ok apa hadiah tu.... For me, x kisah la nk bagi apa kan.... Pemberian yg ikhlas dh cukup buat kita gembira kan.... :-)

    ReplyDelete
  3. tahniah aida....dh masuk anniversary ke-2 dah,semoga berpanjangan hingga ke akhir hayat...hadiah tu kalau yani dpt,yani pun agak tersenyum lebar.....hehe.chaiyok2,lps ni leh masak bertambah2 sedap kan?

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...