Friday, October 5, 2012

rabun silau..

entah lah. sejak bila pun aku tak tahu bila lah aku ni dok asyik sangat sakit kepala. tak selalu lah, tapi dalam seminggu tu mesti ada sekali atau 2 kali pulun dok sakit kepala.eh, rasanya sejak zaman politeknik lagi kot. dan bertambah parah sejak bekerja dan sekarang ni dah berenti kerja lagi lah sakit.maklum larrr, busy menghadap lappy 24jam.

lebih dasyat sebenarnya kalau drive tengah malam. cahaya lampu dan lampu-lampu jalan ibarat musuh buat aku.peh, menyengat gilors. ditambah pulak hari baru lepas hujan. mau berkecai-kecai je aku nampak segala cahaya. tak tahan lah..

antara lain, aku sensetif sangat dengan lampu liplap siren polis. pernah lah sekali terjumpa kat highway masa perjalanan dari Raub ke Kuantan. pergh, menyilau tak ingat. terus husband aku bagi spek mata Gucci yang biasanya aku pakai ketika siang  saja. dia punya silau tu, 2-3km dah rasa terik. kadang sampai rasa panas biji mata ni.

dan lagi. kalau terlalu lama duduk dalam shoppingmall. lepas puas dok menelaah kain baju dalam shoppingmall tu cuba lah sekali hulur kepala kat luar. pandang kat tempat parking yang panas terik tu je sekejap. terus menangkap ke kepala. pergh...jgn dibuat-buat. biasanya aku parking kat dalam bangunan. masuk kereta terus capai spekmata hitam lepas tu beres ler nak pi mundar-mandir ke mana-mana...hehehe

sebenarnya banyak lagi sebab dan punca rabun silau aku boleh menyerang. berselisih dengan kereta yang  High-Intensity Discharge atau nama glamornya HID pun dah cukup buat biji mata aku panas dan terjojol.

so, besok aku nak pi jumpa doktor mata. nak cerita sikit pasal masalah aku ni.okey tu je nak citer.
tata!



No comments:

Post a Comment

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...