Monday, October 22, 2012

PMS ohh..PMS

hai.

hari ni moody sangat. tetiba bangun tido terus rasa nak mengamuk-ngamuk. dah macam budak kecil tak cukup tidur pun ada. nak nangis tapi tak lepas gitu.hehehe.. nasib lah husband pandai pujuk 'mood pms dia mai dahh' katanya. ape pun hari ni saya teringin nak makan gulai pucuk ubi+ikan kerisi goreng garing. dek lapar dan tak sabar nak makan tak sempat nak ambil gambar.lepas hajat nak makan pucuk ubi, saya terus rendam kacang hijau. nak buat bubur kacang hijau pulak ualls.

macam biasa,pms ataupun nama lain dia sindrom prahaid akan datang sekurangnya 1-2 minggu sebelum period. saya memang mengalaminya. antara dia...


  • breast sakit.tang ni paling jelas ketara. kalau breast sakit tu nak period lah tu! [mengandung pun iye jugak tau..] sakit ,sensitif, membengkak..dan besar dari biasa.heeeee..
  • moody,cepat naik angin.nak nangis pun ada!walhal kesalahan kecil je. bila pikir-pikir balik,tak marah pun tak apa kot? tak payah nangis pun tak apa..eleh..
  • selera makan bertambah-tambah.nak kata mengidam pun iye!ada je benda nak dibuat kat dapur tu. lepas habis makan kang nak makan lagi!adoi,nak tahan pun tak boleh gak tetap jugak menyelongkar peti sejuk.
  • perut kembung+meloya-loya. ini tanda untuk 2-3 hari sebelum turun period. sekarang ni seminggu dah kembung perut[buncit].meloya-loya kene tunggu hari kejadian lah. masa tu memang tekak nak makan asam je.dan saya pernah muntah-muntah sewaktu hari pertama period tau..
  • sakit perut+pinggang.itu biasa kan...tapi saya nak tambah lagi.lenguh peha,sakit badan,mengantuk,letih,bla..bla..bla......

itu situasi saya. nak tahu lebih lanjut sila lawati Kotex Malaysia . baru saya tahu, website Kotex sangat terbaik untuk bacaan kita!
------------------------------------------------------------------------------

3 comments:

  1. teruk jgk ek? kerut2 dahi saya baca. sy plg2 teruk pun rs sakit perut je, tgk2 terus naik terus bendera merahnya.

    ReplyDelete
  2. aida....u pregnant kottt.. beware...jgn buat kerja berat2...mana la taw kannn

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...