Monday, October 1, 2012

perut buncit

alhamdulillah.

baru lepas pekena sup perut paling sedap kat daerah Raub. sedapnya tukang masak tu buat, perut pun potong tebal.menggunung. tak kedekut lah kiranya. semangkuk rm5.ok kan? suami saya suka benar dengan sup perut, bukan sup perut je asal makanan berasaskan perut semua dia suka! ada jugak saya meninjau kat market harga sekilo perut yang dah siap bungkus tu emmmmm, rasanya lain kali ja lah. mahaiii kot.baik beli ikan 4-5 ekor kekdahnya..

tadi.perut tengah kosong. pelayan datang amik order terus kami kata nak milo ais cawan besar dan sup perut satu. suami pulak milo panas cawan 'pendek' dan meehun sup campor perut kegemaran dia.

dapat pesanan, terus bismillah dan makan tanpa pandang kiri dan kanan. saya rasa kepedasan melampau lah pulak. apa guna milo ais cawan besar menari kat depan mata kan? sedut sedalam mungkin,penuh nikmat dan ahhh..sedapnya....sedapnya hirup ais.

habis makan. masuk kereta dan perut ku senak.ais sejuk dan angin saling berguling-guling dalam perut.tegangnya perut.nak muntah.angin dan air saling tolak menolak.adeh,seksanya pernafaasan kalau selalu buat macam ni. tengok kat cermin perut macam ada baby lah pulak.sumpah kalo orang nampak mesti tanya 'awak mengandung ke??'.sedangkan........allah swt je lah yang maha mengatahui.hehehehe..

dah lah buncit. minum pulak ais.makan suka sangat sulam air,sedangkan dah tahu keburukan makan sulam air ni.nabi tak ajar umatnya makan sambil sulam air tau. tapi nak buat macamana,saya terbiasa... :(

3 comments:

  1. Salam Aida, pekabar sihat ke?
    hope aida sihat2 saja di sana...
    jaga kesihatan n pemakanan ye Aida!
    akak doakan Aida cecepat hamil...
    take care dear~

    ReplyDelete
  2. takpe aida.. slow slow ubah ye..

    Pstt: ida dah cd31 dah.. cd1 on 1hbSeptember hari tu.. nape tanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja je..
      sebab kebelakangan ni cycle kita hampir sama..hehehe

      Delete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...