Tuesday, October 30, 2012

terima kasih semua..



salam semua..

mula-mula sekali saya nak ucap terima kasih banyak-banyak pada semua yang ucap tahniah untuk saya. ada yang call, ada yang sms,ucapan melalui blog dan melalui facebook. yang facebook tu tak ramai yang tahu sebenarnya.segan nak bagitahu. ape pun saya terharu sangat bila ramai yang mendoakan kesihatan kami buat masa ni.alhamdulillah, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas dan memakbulkan doa kalian..saya doakan semoga kalian semua dipermudahkan dalam segala urusan untuk memperoleh cahaya mata.insyaallah.amin..

saya masih terlalu awal. Allah saja lah yang tahu perasaan ni.takut! segalanya terlalu teliti. lepas basuh baju, baju semua letak dalam raga dan tolak pakai kaki je. malas nak angkat berat-berat dah. hati ni sentiasa beringat yang peluang ni susah nak dapat jadi saya kene jaga baik-baik,mulut sentiasa berzikir sekurang-kurang alhamdulillah. kejadian setahun yang lepas benar-benar mengajar.

hari tu MIL ada tanya, bila nak buat buku pink. saya pun tak tahu nak jawab bila. sebak je rasa dada ni bila ingat buku pink. buku pink yang dulu punya pun masih tersimpan rapi dalam dashbord kereta. kadang-kadang kalau terasa,saya belek-belek la gambar scan dia.comelnya.


yang sekarang ni lain sangat pengalamannya. 2 hari lepas saya kene sakit kepala + pening + kembung perut + badan menggigil. tapi pagi je lah, bila dah pukul 11am ke atas sampai petang tu dah tak ada sakit kepala. cuma pening kepala + badan menggigil +loya je kadang ada,kadang tidak. ikut suka dia. dan penat-penat badan tu biasalah kan..

buat masa ni saya duduk rumah je. tak ada plan nak pi mana-mana lagi. cuma sekarang ni tengah menunggu next interview. yang hari tu interview untuk ujian kecergasan memang pitam sebab masa tu preggy 5week.eee,kalau saya tahu 'dah ada' tak nak saya lari 1km+ tu. nasib lah tak ada apa-apa, tapi angkat sofa panjang pulak keluar secalit coklat gitu. itu pun gigil dah badan ni.hehe..

apa pun,doakan lah saya dan baby sihat. saya enjoy tapi kadang-kadang takut sangat! terima kasih semua.









Monday, October 29, 2012

usaha-usaha sebelum ni..


Salam..

Alhamdulillah. Setakat ini semua berjalan lancar. tengah pening kepala + sakit kepala sekarang ni. Saya pun masih takut-takut sebenarnya. Sangat berhati-hati dari segala segi. Apa pun semuanya kerja Allah taala, saya berdoa semoga Allah swt permudahkan segalanya untuk saya menempuh tempoh perjalanan yang agak panjang ni.

Minggu lepas saya dah janji kan nak cerita usaha-usaha saya sebelum ni. Usaha-usaha saya tidak lah moden atau pun memerlukan belanja yang besar.usaha secara kecil-kecilan saja. Mana yang saya termampu. Saya dah siap buat draft, bila dapat line internet saya terus publish [sebab saya kat kampong mertua sekarang ni]

  •      Saya ada berjumpa dengan seorang lelaki. Nak panggil ustaz dia tak mahu. Kata belum layak lagi. Tapi berubat dengan dia memang senang dan terus ke matlamat. Dengan dia, saya di beri ayat-ayat pendinding diri, dinasihatkan mengaji setiap hari, mendekatkan diri dengan Allah dan beberapa potong doa pendinding diri untuk saya amalkan. Selain tu saya dan suami kene makan telur ayam kampung mentah sebanyak 6 biji seorang mula dari waktu period kering hingga waktu subur. [buat sendiri kat rumah pon boleh]

  •      Pak induk saya bawak saya jumpa dengan bekas biras dia dulu. Makcik ni naikkan peranakan saya sebab masa tu saya mengadu sakit perut bila angkat barang selain tu perut saya penuh angin jadi ada lah sesi buang angin sekali.sakit sangat! Lepas tu kalau datang kat makcik ni kene bawa ibu kunyit 3 ketul untuk 3 hari. Ibu kunyit tu basuh bersih-bersih lepas tu blender dengan air masak lepas tu tapis dan ambil air dia. Air kunyit sangat bagus untuk rahim kita. Nanti jangan lupa google pasal air kunyit k..entri bulan lepas rasanya saya ada cerita.[buat sendiri kat rumah pon boleh]

  •      Susu kambing higoat, kurma dan buah tin. Saya tak blender pun susu dengan kurma tu. Tapi susu tu saya buat minum pagi dan minum petang. Kadang-kadang ikut suka lah nak minum bila-bila masa. Kurma dan buah tin tu saya buat snek. Sambil-sambil layan facebook atau tengok tv tu saya makan 3-4 biji.insyaallah

  •      EPO. Niat saya untuk  3 bulan ni saya nak betulkan period saya dulu jadi saya pun makan  sampai hujung bulan. Biasanya kalau nak getting pregnant kita boleh makan epo dari hari pertama period sampai waktu subur je kan. Tapi saya terus je makan sampai breast saya sakit. Sebab masa tu ingat dah nak period.jenama saya ambil  jenama Naturalle & kordel.

  •      Pati delima gulsan. Saya beli masa bulan puasa dulu lagi. Tapi jarang ambil sebab tak tahan masam!  Jadi saya buat pati delima tu macam air rebina. Bancuh dengan air dan letak gula. Minum masa makan tengahari. Lama-lama saya pun tahan masam. Lepas tu saya pun dah boleh telan pati delima tu macam tu je.eh, sedap sangat rupanya….

  •      Ada kawan pejabat saya dulu kawen 8 tahun tapi belum ada rezeki. Akhirnya dia pi berubat dengan seorang ustaz.ustaz tu pesan baca surah yasin setiap malam. So saya pun dengan usaha sendiri baca surah yasin setiap malam.alhamdulillah,tak ada gangguan macam rasa seram sejuk atau tak sedap hati. memang kadang-kadang ada dugaan masa kita nak baca tu,mengantuk lah..malas teramat lah..kelu lidah lah. kalau boleh lawan je. yelah,kadang-kadang saya pun terbabas jugak.emm,jahatkan syaitan?
em, rasanya itu je kot. harap dapat membantu kawan-kawan semua. saya berpendapat mungkin berkat dari musibah suami saya jatuh dari pokok mangga bulan lepas kot. sebab masa tu suami saya cuti lama sebulan 2 minggu.memang jenuh lah berhoneymoon.hehehe..apa pun,jangan stress ok. saya sentiasa ingat jasa-jasa baik kawan-kawan ttc semua.

sayang semua...

Saturday, October 27, 2012

alhamdulillah,sampai masanya..


alhamdulillah.syukur pada mu ya allah kerana mendengar doa kami. syukur pada mu ya allah kerana memberi dia kepada kami. syukur pada mu ya allah kerana mengerti segalanya.....

alhamdulillah.berkat doa dan kata-kata semangat dari kawan-kawan semua.kami berjaya menunggu sehingga 2 tahun dengan penuh kesabaran yang tidaklah sesabar mana sebenarnya.

2 tahun yang penuh emosi,penuh umpat keji,penuh air mata hanya kerana saya terlalu menginginkan kehadirannya.

alhamdulillah.kawan-kawan doakan kesihatan saya dan anak sentiasa dalam keadaan baik yer. saya masih dalam keadaan berjaga-jaga sebab baru 6week. kejadian lama pun masih menghantui diri saya,walaupun setahun dah berlalu!

kesihatan buat masa ni alhamdulillah.seminggu ni saya dah mula pening kepala+loya tekak dan kurang selera makan. walaupun macam-macam hidangan atas meja sempena raya ni kan tapi sikit pun tak membangkit selera saya.akibatnya perut saya masuk angin dan asyik kembung je tak kira masa.apa pun saya akan menempuh saat-saat pening+loya ni dengan penuh kesabaran.

saya sentiasa ingat pada kawan-kawan ttc yang lain. sentiasa akan bagi sokongan pada semua lepas ni.insyaallah.saya tak lupa sebab kita dari jalan yang sama. kita merasa satu perasaan yang sama.insyaallah allah akan bagi yang terbaik untuk kita,cuma sabar lah tiangnya.love u all. teruskan usaha!

**nanti bila ada masa saya cerita usaha-usaha saya sebelum ni ok.senyum selalu dan doakan kesihatan kami tau.

Friday, October 26, 2012

raya aidiladha

cerita raya hari tu..
aidiladha yang serba sederhana..



kereta kecik. barang pulak banyak.
kat seat belakang ada 1 family.
tumpang dari raub > batu kikir.
kesian pulak, kalau depa senang depa xtumpang kita kan sayang..
jadi kita berimpit dulu yaa..
tak lama,2jam setengah jaaa..


saya suka makan pulut kukus.
hari tu kak kasih redha post entri pasal pulut macam ni haa..
kami pun terliuq laaa..
sampai kampong je saya pun suruh mak buatkan sedap-sedap.
teringin sangat-sangat!
bila dah dapat,fuh kembung perut.
pulut kan angin..hehehe

sesudah subuh,sehari sebelum hari raya aidiladha.
persiapan nak buat rendang pun dijalankan.
baru lepas menyiang daging lembu nak buat rendang.
peh, masa ni tengah pening lalat tak ingat ..

mak pulak sibuk  buat rencah rendang.

ok itu je. tahun ni aidiladha tak balik kelantan. sebab tahun ni turn balik n9.
tahun depan insyaallah balik kelantan.












risau..

angkat sofa panjang tu berdua dgn suami.
lepas tu masa nak pi buang air..
terperasan ada tompok coklat cair kat seluar dalam.
terus tak lalu makan..
risau..risau sangat!
peristiwa lama menghantui diri =(
ke sebab 'dia' masih baru lagi?
6week terlalu awal lagi kan...?

kawan-kawan bagi lah saya semangat..
sedih + takut  sangat dah ni..


ya allah,kau kuatkan lah dia =(


Thursday, October 25, 2012

cd 47



pening kepala sepanjang hari 

 mengantuk 

 mengah 

 kembung perut

masuk kereta terus melentok

breast sakit

???

**semoga ada rezeki untuk saya.doakan saya ye....


Tuesday, October 23, 2012

aida, jangan lah sedih..



entah lah.kenapa entah tetiba malam ni sedih pulak. rasa tak tertahan sangat!lama dah tak rasa down macam ni. lepas maghrib tadi rasa kosong je. untuk seminggu dua ni asyik sedih je.sedih sebab 2tahun menunggu kot? emm..tidak lah lama mana. tapi yang menghadap ni rasa berat dan lamaaaaa sangat! terbit jugak persoalan, kenapa aku ni susah sangat?

dalam kepala kalau boleh tak nak lah pikir sangat hal anak ni. ye lah soal rezeki ni kerja Allah kan. dia yang menentukan segalanya.walau pun dalam hati ni meronta-ronta sangat! teringin sangat. asyik memendam rasa je bila tengok kebahagian orang lain. bila lah turn kita kan??..

ape pun sabar je lah. sampai masa nanti adalah lah tu rezeki untuk kami. buat masa ni kami enjoy lah hidup berdua. kesana kemari berdua. nanti dah bertiga susah pulak nak feeling-feeling honeymoon macam sekarang ni kan ^.^

Monday, October 22, 2012

PMS ohh..PMS

hai.

hari ni moody sangat. tetiba bangun tido terus rasa nak mengamuk-ngamuk. dah macam budak kecil tak cukup tidur pun ada. nak nangis tapi tak lepas gitu.hehehe.. nasib lah husband pandai pujuk 'mood pms dia mai dahh' katanya. ape pun hari ni saya teringin nak makan gulai pucuk ubi+ikan kerisi goreng garing. dek lapar dan tak sabar nak makan tak sempat nak ambil gambar.lepas hajat nak makan pucuk ubi, saya terus rendam kacang hijau. nak buat bubur kacang hijau pulak ualls.

macam biasa,pms ataupun nama lain dia sindrom prahaid akan datang sekurangnya 1-2 minggu sebelum period. saya memang mengalaminya. antara dia...


  • breast sakit.tang ni paling jelas ketara. kalau breast sakit tu nak period lah tu! [mengandung pun iye jugak tau..] sakit ,sensitif, membengkak..dan besar dari biasa.heeeee..
  • moody,cepat naik angin.nak nangis pun ada!walhal kesalahan kecil je. bila pikir-pikir balik,tak marah pun tak apa kot? tak payah nangis pun tak apa..eleh..
  • selera makan bertambah-tambah.nak kata mengidam pun iye!ada je benda nak dibuat kat dapur tu. lepas habis makan kang nak makan lagi!adoi,nak tahan pun tak boleh gak tetap jugak menyelongkar peti sejuk.
  • perut kembung+meloya-loya. ini tanda untuk 2-3 hari sebelum turun period. sekarang ni seminggu dah kembung perut[buncit].meloya-loya kene tunggu hari kejadian lah. masa tu memang tekak nak makan asam je.dan saya pernah muntah-muntah sewaktu hari pertama period tau..
  • sakit perut+pinggang.itu biasa kan...tapi saya nak tambah lagi.lenguh peha,sakit badan,mengantuk,letih,bla..bla..bla......

itu situasi saya. nak tahu lebih lanjut sila lawati Kotex Malaysia . baru saya tahu, website Kotex sangat terbaik untuk bacaan kita!
------------------------------------------------------------------------------

Sunday, October 21, 2012

mood dan pasta linguine ku...

saya suka lepas masak terus update dalam blog.bukan nak kata ini blog masak-masak, eh tidak..ini blog rojak.segalanya boleh masuk. disebabkan saya ni jarang pi berjalan tempat orang jadi tak ada apalah yang nak di tayangkan. ini jer lah yang dapat ku tayang.hehehe..

pagi ni tak ada mood sebenarnya nak buat sarapan. nak makan roti tapi tak ada. nugget ayam ada, tapi tak suka pulak. nampak ada pasta,so saya pun terus rebus. campak-campak je ayam+lobak+ cendawan+fishcake dan segala yang ada kat dapur tu lepas tu siap laah. minum dengan air suam je pagi-pagi ni. sebab sejak akhir-akhir ni badan saya tak boleh terima nescafe lagi dah. 2 kali minum, 2 kali dia buat pening kepala+angin dalam perut. nak bukak mata pun segan-segan je u alls.




masa nak plating dan ambik gambar tu biar lah nampak grand sikit.
nampak lawa cukup lah, soal rasa no2 =)

Saturday, October 20, 2012

selera ku

bila hari-hari masak kat dapur, idea pun kering dok pikir nak masak apa kan? suami suka yang simple je,contohnya ayam goreng,telur goreng,sardin goreng.hehehe, tapi for me simple-simple tak best lah kan? nak lah masak yang grand-grand sikit. ayam masam manis ke, sup ayam mak siti ke,daging salai ke,ikan stim ke..makan kedai ke.eh!huhuhuhu...

tapi ada kalanya selera grand jadi selera kampong gak.kalau pi pasar basah terjumpa terung pipit memang saya beli. sedapnya! saya suka makan berulam dengan sayur mayur kampong uols. terutamanya ulam pegaga. memang mercik peluh bila makan dengan ayam masak lemak cili padi.ada try tanam tapi tak hidup pulak. :)

kegemaran ku : sambal ikan bilis campur terung pipit
syaratnya,buat pedas-pedas!



minggu lepas lagi mencari daun pisang nak buat lepat pisang.
teringinya,petang tadi baru lunas keinginan.
itu pun mak yang bagi daun pisang. 

baki pisang tu saya bancuh lagi buah apam pisang untuk 3 bekas.
suami makan 1,saya makan 2 heeeee..


p/s : breast dah sakit tak lama lagi nak cd1 lah tu.adoi............

Thursday, October 18, 2012

interview

eem, tengah take 5 ni. lepas sejam menghadap note perancang bandar. baru je beberapa bulan tinggalkan alam pekerjaan uall, tapi saya dah lupa. tapi kalau bab menghafal resepi masak-masak laju jer...

2 hari lepas saya menghadiri satu interview kerja.post yang sama masa kat JB dulu cuma tempat je lain.isy, kene buat ujian kecergasan. tak sangka pulak kene lari 2 pusing padang sejauh 1km lebih dalam masa 5-6 minit.erghh,tak pernah ku buat camgini.

habis je lari-lari tu biji mata pun putih gelap gulita gitu [pitam]. nasib baik lah ada JPA sedia memberi bantuan.hehe, malu gak lah masa tu. boleh pulak akak-akak JPA tu kecoh-kecoh cakap saya mengandung.wahh!katanya 'kalo u mengandung tak payah lari pun tak apa'...erm,tak payah tanya gitu pun tak apa aihh. sebelum keluar rumah dah pi urin siap-siap ler...adoi,malu sangat masa tu! dah lah saya sorang je yang dah 'puan'. yang lain tu adik-adik akak je.. =)

lepas ni ada satu lagi peringkat. ni yang nak kene study lebih ni. masa tu sempat korek rahsia dari pekerja jabatan perancang kat tempat tu. tak tahu ler dapat ke tidak. ape pun saya usaha!

Tuesday, October 16, 2012

kek coklat aina..



nampak sedap kan? rasa lagi sedap tau! kek ni kawan saya yang buat. ada lah satu malam tu tetiba nak makan kek coklat yang pahit-pahit, basah gitu. terus saya post kat facebook.eh, tak sangka ada yang sudi buatkan untuk saya.euuuuuu..dalam masa seminggu je dah dapat idaman kalbu..

aina ada bekalkan saya satu bekas, ingat tahan lah 2-3 hari sebab dia bagi banyak.hurm, rupanya tahan sehari jer.memang sedap tau! menepati citarasa ku sangat!

aina ada share resepi, nanti saya bagi eh...








Monday, October 15, 2012

tolong!

saya nak minta tolong sangat-sangat. tolong jawab ini saje. selagi ada pengatahuan tentang ini,jawab lah ye akak-akak semua..terima kasih.

orang yang ada pcos/cysts tak boleh makan EPO.betul ke?sebab ape?.....

sesapa yang ada pengatahuan lanjut mengenai kelebihan dan kekurangan makan EPO minta komen eh.

terima kasih..

teringin nasi lemak buah bidara


sabtu
cam biasa. bangun pagi je teringin nak makan itu lah..nak makan ini lah.  bila pi dapur tengok santan ada,daun pandan puuun ada. okey kalo barang tu ada baru jadi nasi lemak buah bidara ku.

sebenarnya teringat kat nasi lemak buatan emak. tapi jauh sangat nak minta buatkan. so kita buat lah. nasi nya saya tak tanak, tapi kukus.haaaa.

resepi cam biasa, segan nak share.kalau berelera boleh lah google  =)



kuah colek buah


kalau sape duduk kelantan tapi tak tahu ape itu colek memang kesian.heheh.gituew...saya pun dah setahun++ kawen baru reti buat kuah colek. eh bukan ape, baru-baru  ni je suami bagi saya rasa kuah colek ni.sedap lahhh..terus rasa nak buat sendiri.  bila dah siap tu sejukkan simpan dalam peti sejuk. saya suka makan masa tengah panas tu siap boleh hirup-hirup lagi....

makan lah dengan ape-ape buah pun sedap.saya suka makan masa tengah panas gitu dengan buah mangga depan rumah.resepi saya segan nak share. kalau sesapa nak try leh lah google cam biasa.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...