Tuesday, September 11, 2012

shamsul cairol...

masa saya duduk JB dulu..

saya ditakdirkan satu pejabat dengan seorang lelaki,namanya shamsul cairol. ditakdirkan lagi berjiran semasa menetap di Simbang Evanue. dia sebagai seorang pegawai perancang dan saya pendawai perancang o.O. walau pun itu, dia tak pernah memilih bulu bab berkawan. yeke?ermm.....walau pun dia pernah kata, dia tak main lar kawan dengan kak linda bawah rumah tu.disebabkan daun buluh dia dan kak linda jeling menjelig. sekarang ni tak tahu la dah elok ke tidak.harap dah laga pipi balik :)

apa yang saya nak tulis pun saya tak tahu. cuma nak bagitahu 14 september ni birthday shamsul cairol [tiba-tiba malam ni saya teringat kat dia ]saya ingat birthday dia, untuk 3tahun perkenalan ni setiap tahun birthdaynya jatuh pada bulan syawal.bestkan...

masa menetap di JB. dia lah yang ajar saya tentang selok belok kehidupan kat JB. ajar saya makan makanan johor. disebabkan dia,saya jadi ketagih makan ayam penyet. port biasa ayam penyet kegemaran shamsul cairol biasanya kat LC Catering. selain tu bila waktu tak kerja,kami suka pi lunch kedai asam pedas kat depan dewan simbang evenue. lauk kegemaran pulak tentunya daging kicap, ulam-ulaman, sambal belacan. dia pernah kata dengan saya 'i suka terung, tapi hanya makan yang emak i buat jer'..

bila hidup dah berjiran. kadang-kadang dah pagi buta pun kami boleh lagi pergi mencari Mcd. makan icecream dalam kereta sambil bergosip. makan kat kedai thailand pakai baju tidur. muka tak basuh..gigi tak gosok.weiweiwei...masa tu mungkin tak senonoh, tapi bila ingat..sweet lah pulak!

dulu kami bertiga.saya,shamsul dan husna. ada masa jadi ramai dengan kehadiran kawan-kawan. kongsi macam-macam rahsia dengan diorang. gelak,golek sesama. kadang-kadnag jadi bosan dengan dia tapi bila berjauhan kita akan sendirinya ingat saat-saat manis menjadi kawan dia.

pada pandangan mata, dia seorang yang sangat pandai menjaga hati kawan-kawan. dia pernah kata dengan saya ' i dah penat jaga hati kawan-kawan'..kadang-kadang dia jadi kuat merajuk. so pandai-pandai sendiri lah nak pujuk. mungkin dengan shopping? makan-makan? karaoke?..atau apa-apa je sebab dia seorang yang berhati lembut.

banyak saya nak cerita pasal shamsul cairol.oh ya, kalau nak tahu...hantaran hari pertunangan dan perkahwinan saya,semua dia yang buatkan.sesen pun tak minta bayaran. baik kan?walau apapun dia seorang yang caring.walau kadang-kadang dia jadi puting beliung tanpa kita sangka-sangka.

banyak benda nak cerita sepanjang saya menjadi kawan dan jiran kepada shamsul cairol. tak tulis pun tak tertulis rasanya. saat kami keluar hangout bersama,karaoke..makan-makan..shopping..bungkus bunga telur kenduri anak makcik timbalan setiusaha kami sampai pagi,ohh itu say aingat lagi!..meneman saya ketika buat runway.eceh..kongsi cahaya lilin di balkoni rumah saat terputus  bekalan elektrik.huh, banyak lagi........layan gambar dulu okey.

3 tahun lepas. masa ni saya baru je masuk bekerja.
dia pun kurus lagi.

dari kiri :bang manap, didi, shamsul cairol, saya, husna..
rindu uall....!!

kawan dia,kawan saya..
kawan saya,kawan dia

kiri kanan anak dara.sorang pun tak sangkut.
 masih menyolo sampai sekarang

kiri : kak nurul, dayah,saya,shamsul cairol
kak nurul dah ada sorang baby girl.
dayah dah pindah ke negeri kelahiran dia,Melaka
saya dah berenti,ikut laki ke Raub
shamsul cairol mencari-cari cinta sejati lah kot..

wedding kak nurul







hantaran hari pertunangan.shamsul cairol yang gubah.
**terima kasih bang cham,sudi mengubah siang dan malam.
sehingga sekampung memuji betapa cantik dan kurlassnya hantaran ni..
......................................................................................







hantaran kawen. pun idea dan hasil gubahan shamsul cairol.
dalam sibuk-sibuk dia, sempat lagi mengubah.
terima kasih banyak-banyak.jasa mu dikenang..

Dangan city Mall. jalan-jalan shopping ternampak pulak pameran seni UTM.
okey,harus singgah sebab Shamsul cairol suka seni ohkey.

Bangkok.setahun sekali atau dua kali harus merehatkan badan.
tahun lepas ke Bandung. tahun ni saya tak tahu kemana pulak dia... :)

akhirnya.saya mendoakan semoga shamsul cairol bertemu jodoh.
mendoakan juga supaya dikurniakan cahaya mata.
walau pernah berkata.....
'kalau lah isteri boleh dibuat dari tanah liat,lama dah i pulas-pulas sekali dengan anak-anak'..
berjaya dalam kerjaya juga.
bye bang cham!!!

**dengar hari tu nak beli rumah,semoga cepat dapat masuk rumah baru. boleh kiteorang datang menumpang semalam dua :)



3 comments:

  1. i olls mmg suka kwn dia...penah beraya umah mak dia kt muar.....kerrrlaaassss kan....hihihihi.... seriouly dia mmg x sombong.....

    ReplyDelete
  2. YOU MAKE ME CRY!

    Dah tiga tahun article ni ditulis...baru sekarang i baca. Touching sangat "jiran". So long as the memory of certain beloved friends lives in my heart, I shall say that life is good.

    I LOVE YOU SO MUCH (MOOOORE)

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...